October 12, 2010

Petua Supaya Anak Menjadi BIJAK


Jumpe post ni dlm fb. Rasa menarik utk dikongsikan bersama. lgpun sentiasa menjadi amalan kita sbg ibu bapa. Suami saya pun selalu usap2 kepala anak setiap kali nak tidokan diorang. dan setiap kali diusap kepala diorang tu mesti kumat kamit mulutnya.. tak pulak saya tanya apa yg dibacakan. hehehe..  tapi saya peratikan  bila suami yg usapkan kepala anak2, cepat je diorang tido. cuba kalo saya yg usapkan....ermmm.. tak tido2 jugak... akhirnya, bab tidokan anak diserahkan pada abahnya laaa....

meh kita baca ni utk diamalkan...insya Allah....

Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun  kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails