December 18, 2007

Rahsia jadi isteri solehah



ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.


Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.


Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.


Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.


Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.


Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan.


Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.


Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.


Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.


Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.


Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Sumber: Harian Metro

December 17, 2007

Jalan2 Cari Makan


Petang Ahad 16 Disember 2007 bawak Insyirah dan Mak We jalan2 kat taman tasik selayang. Best juga view kat sana. Kitorg siap masak nasi yg kononnya nak mkn tghr tp terrmakan petang.. Lauk ikan siakap masak cili padi ...nyam nyam.. Abah kata sedap. Tp org dtg taman byk yg berjoging n mancing..kitorg ni makan..n makan...selain bawak Insyirah jalan.


Excited sgt Insyirah sebab ramai budak2 main kites. Mmg best la..Angin pun nyaman je.. lepak tepi tasik.. hehe.. Lain kalo blh buat famili gathering kat sini..Luas sgt.

December 10, 2007

Insyirah dapat game baru



Tengahari tadi ibu belikan Insyirah play mat utk dia meniarap or guling2. Kalo tak asyik dok kat tilam n bila bergerak keluar mesti kat carpet...habuk la sayang..

Seronoknya tengok Insyirah main atas mat tu.. geram betul dia dgn very colorful mat...siap renyuk2 nk masuk mulut dia..

insya Allah pasni paklang dah terima barang cargo dia dr sarawak, ibu letakkan tikar sarawak kat ruang tamu. takde la habuk lg ye..

December 8, 2007

13 Things you should never say to your pregnant wife…

13 Things you should never say to your pregnant wife…
“I finished the cookies”
“Retaining water? Sure, like the emergency drain retains water….”
“I’m not implying anything, but I don’t think the baby weighs 20kg!”
“Wow, that rose tattoo on your hip now has the size of a palm tree!”
“You know, looking at her, you would never guess that Angelina Jolie had a baby”
“Why don’t we name the baby after my secretary, Mimi.”
“Got milk?”
“Well, couldn’t the doctor induce labor? The 25th is the F1!”
“Gosh, darling, you’re awfully puffy looking today.”
“Zaini at the office, he peed out a kidney stone today, the size of a pea! My, that’s got to hurt a lot!”
“I’m jalous; why can’t men experience the joy of giving birth?”
“Are your ankles supposed to look like that?”
“Get your own ice cream!”

December 4, 2007

JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU


>>JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU>>>>

OLEH : Datuk Dr Azlinda Mohd Jan (ppk, amn)>>============================>>>>

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri.Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya,ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan ati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi...:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita... sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat... sehinggalah suami kita memaafkannya..
Kerna itu.. seboleh2nya..jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer...

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.

Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.
Jangan sesekali ambil remeh perkara begini. biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu...tatkala itu..dihatinya pasti raser sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi...suami tetap merupakan "Anak Sulung"... walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan....;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram...dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.
wallahualam.. :)

Insyirah demam lagi...





Sejak dari hari Sabtu 1-Dec-2007 Insyirah mulai demam. Tapi ibu dah bagi ubat dan Insyirah dah kebah dr demam. Dia senyum dan blh main macam biasa. Blh bawak gi KLCC lagi.. Actually time tu opah, atuk n sepupu2nya datang dr Besut. So bawak diorg gi jejalan la...Insyirah pun hepi je that time.

Tp bila keesokan harinya, badan dia dh mula panas..dah makan ubat pun tak mau kebah2. Malam pun demam lagi..sampai tak nak menyusu. Kesian anak ibu. Mesti dia lapar tp dia tak nak minum susu...Bagi susu ibu pun Insyirah tak mau.. Tido pun asyik mengerang je dia. Kesiannnnnn sangat...huhu. Jeram kepala dgn air asam jawa pun tak mau turun panasnya. Malam tu jugak ajak abah gi beli buaian sebab dia tak mau tido langsung.. Dah la asyik merengek je...
Tp Insyirah baik, dia tak nangis kuat. cuma merengek dan sesekali mengerang uuuu..uuu..uuu.. je.. Sampaikan ibu yang menangis kat abah sebab kesiankan Insyirah.
Dalam solat ibu mohon pada Allah, supaya cepat sembuhkan Insyirah. Biarlah ibu yang demam asalkan anak ibu sihat selalu...huhuhu..
3-dec-2007

Badan Insyirah masih panas lagi... Tengah malam td 2 kali dia bangun...walau pun dh bagi mkn ubat mlm tu... tp pagi2 dia bangun mesti tersenyum. Sayu je hati ibu... Bila nk bagi mkn ubat mesti ibu nak nangis..tp demi utk sembuhkan Insyirah, ibu gagahkan jugak. Sehinggakan abah pun sanggup EL utk jaga Insyirah..

Kalau ikutkan hati mmg ibu pun tak nak pegi keje..tp apa kan daya, ibu tgh byk keje time tu. Maafkan ibu ye sayang sebab tak dpt jaga Insyirah...Harapkan pada Mak Wan dan abah yang dpt jagakan Insyirah. Pagi tadi dah bawak Insyirah gi klinik. Doctor kata biasalah baby demam...tp ibu dan abah yang luar biasa sebab sebelum ni tak penah ada baby...huhuhu.. Doctor bagi ubat batuk, demam, dan selsema... dan juga antibiotik. Tp ibu takut nk bagi antibiotik sebab Insyirah baru nak membina antibodi sendiri...

okey la...inilah coretan hari ini...(sebab teringat kat Insyirah time ni..15.54 pm..) huhuhu...
sayang insyirah...sembuh cepat ye sayang....mmmuuaahhhhhh


November 19, 2007

Welcome to the new world ...


Assalamualaikum anak ibu yang comel...

baru ni ibu berpeluang nak menulis..tp juz a few words je la..
Ibu sayang sgt pada Insyirah..yelah, mana ada ibu yang tak sayang anaknya. Semoga kehadiran Insyirah menceria dan menambah kebahagiaan ibu dan abah...
Sejak kelahiran Insyirah, terasa hidup ini amat bermakna. Segala sakit dan kepayahan semasa bersalin terubat dgn terlihatnya Insyirah..
Semoga Insyirah menjadi insan yang mulia dan dikasihi Allah serta semua orang. Semoga hidup Insyirah dicucuri kerahmatan dr Allah...
Ibu dan abah sayang sgt pada Insyirah...
Related Posts with Thumbnails