Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

November 14, 2011

cuti menghampiri....

ye..ye...lagi beberapa hari je nak cuti sekolah... rasa lama dh tak bercuti walaupun baru lepas cuti raya haji yg sekangkang kera tu...


plan mahu ke mana cuti sekolah ni ye.. hajat di hati nak pegi utara. tp tunggu lepas abis spm le. best skit cuti idak le asyik pikir spm plak walaupun tugas telah diagihkan kpd semua guru. kepada yg jd guru pengawas thn ini berjaga la dgn baik..yg semak kertas spm pun bebaik la ye...hujung thn nnt kita jumpa lg time mesyuarat guru nt...


sekarang mood nak ngemas meja guru...jommm


Published with Blogger-droid v2.0.1

September 30, 2010

Alhamdulillah

Akhirnya saya telah pun menjadi seorang guru..... syukur alhamdulillah. Dapat posting kat tmpt praktikal lak tu. yakni dekat dengan tempat tinggal skrg. Tak perlu nak susah payah cari rumah lain, cari nursery lain... segala2 ada di sini. Biarlah org nak kata tmpt ni jauh dr KL ke apa ke...bukan saya nak duduk sgt kat town besar2 tu. duduk dlm ni aman bahagia tenangggg aje..

buat masa ni tak tau lg kena mengajar apa. Opsyen patut ngajar pengajian am tp sekolah ni mana ada f6, makanya mesti kena ngajar BM gak mcm praktikal dlu. takpelah. asalkan idak le duduk sj kan...

Anak2 semua dihantar ke nurseri. Setakat ni alhamdulillah, diorg seronok terutama kak yong. teruja betul nak ke sekolah dia tu. cuma nak bangunkan dia pagi2 tu payah la skit. tapi bila dah bangun idak le dia buat hal takmo g nurseri ke apa...mula2 dlu nak berdukung aje. tapi dia tau adik dia lebih memerlukan dukungan ibunya.. ahahah... nak patah rasanya dukung dua org sekali....penah ye.. time balik dua2 baru bangun tido, tak mo berjalan sndr. haaa.. kenalah berdukung dr nurseri ke kereta, dr kereta naik ke rumah plak. tapi esoknya ok dah dua2. mau dengar cakap.. dgn syarat bagi cekelat....huhuhu...

September 26, 2010

Episod baru

Esok saya akan mendaftarkan diri sebagai seorang guru. Maka bermulalah tugas sebagai guru bermula esok dan seterusnya... tapi sekolahnya belum diketahui. Segalanya akan diberitahu melalui taklimat di Kelab Shah Alam esok pagi. semoga impian saya utk menjadi guru yang disegani akan tercapai...bukan sebagai guru yg dibenci...
Related Posts with Thumbnails