October 28, 2010

anak-anak ibu, jom baca buku...


Tadi saya terbaca satu artikel pasal membentuk kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak di iluvislam website. Sangat menarik penceritaan sebab selari dgn tumbesaran anak2 saya, saya nak tahu dan tahu lg pasal membaca di kalangan kanak2 ni. Bukan saya tak tau tapi kadang2 lupa. hehe...

sejak2 kebelakangan ni, memang anak2 saya terutama kak yong suka membaca. tak kira la suratkhabar ke, majalah lama2 ke, buku2 lama ke... sampaikan semalam masa tgh kemas2 buku dan majalah yg dia baca tu, dia blh ckp "ibu dah lama tak belikan buku untuk yah".... huhuhu...ye sayang, ibu akui ibu kurang membeli buku2 utk syirah baca sekarang ni. ibu pun seakan terleka sejak2 ada adik ni. disebabkan kak yong dah keluarkan dialog sebegitu rupa yang agak terkesan dlm hati saya, saya gugel la utk cari koleksi buku kanak yg blh dibeli online. tapi jujurnya saya katakan, saya lebih suka bawak anak2 pegi sendiri ke book store... nak2 kak yong dah pandai memilih sampai rambang mata tak tau nak yang mana satu. kelakar pun ada. itu nak ini nak...

takpe la sayang, nnt ibu dah dpt gaji kita beli buku yg pakej sekali tu. mesti kak yong suka. hehe adik pun suka la nak menyibuk juga.

sebenarnya bila baca artikel td tu, saya terasa nak highlight kan beberapa perkara penting
"
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
  • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
  • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
  • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
Diakui sgt mengenai anak2 di sekolah menengah tu. sebabnya bila diorg dah ke sekolah, sesi pertanyaan tu semakin berkurang. saya dah pun buat pemerhatian terutama bila ajar budak2 kelas hujung. bila kita tanya faham ke idak, mesti dgn yakin diorg akan cakap faaaaahaaaammmmm cikgu...... tapi bila saya tukar, semua pelajar mesti ada yang tak faham kan.... diorg akan cakap...yelah cikgu... takkkkk faaaaahaaammmmmm... heheheehe... kan senang ckp tak faham drpd tipu cakap faham...adoi...kenalah gostan ngajar blk smpi diorg faaaaaaahaaaammmm cikgu....

berbalik kepada perkara membaca tadi. pucuk pangkalnya kalau anak2 kita byk membaca, atau buat persediaan awal mesti anak2 kita mudah faham. dan untuk mendidik diri anak2 kita dgn banyak membaca, kita sendiri kena perbanyakkan membaca. didiklah anak2 kita membaca sementara mereka masih muda bukan kerana mereka masih muda, kita abaikan pembacaan mereka....

hurmm... jom anak2 ibu kita pegi book store...

No comments:

Related Posts with Thumbnails