October 22, 2010

Buah kering dari China ada plumbum

Sumber Berita Harian: 22/10/2010

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang memantau atas produk ‘salted plum candy’ dan buah kering dari China yang dipercayai mengandungi plumbum melebihi had dibenarkan.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanannya, Noraini Mohd Othman, berkata kementerian menjalankan pemeriksaan terhadap 241 sampel buah kering termasuk salted plum candy.

“Hasil keputusan analisis, kementerian mendapati hanya satu sampel buah kering dikesan mengandungi plumbum melebihi had.
“Kementerian sudah mengambil tindakan dengan menyita produk makanan itu dan pembekal produk berkenaan diarahkan menarik balik produk,” katanya di sini, semalam.

Noraini berkata, pemeriksaan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada laman web Jabatan Kesihatan Awam California bahawa dua jenis ‘salted plum candy’ yang diimport dari China mempunyai jumlah plumbum melebihi had dibenarkan.

Macam-macam dah sekarang ni. sebelum ni mi segera indomie... sedap tu terutama yang goreng..eh..mi indomie tu mmg ada yg goreng je rasanya. Negara Taiwan dah stopkan pengeluarannya dikuatiri mengandungi bahan yg tidak mendapat kelulusan..

"Taiwan menarik produk mee segera  Indomie dari sejumlah supermarket kerana mengandung zat pengawet methyl p-hydroxybenzoate  dan asam benzoat. Zat ini diketahui boleh  menyebabkan muntah dan mengganggu kesihatan.  Bahan pengawet ini dilarang di Taiwan dan selalunya digunakan dalam produk kosmetik. Dan jika kedua zat tersebut di ambil secara berlebihan boleh  mengakibatkan kanser." saya gugel aje...

suami saya kata, elok la...pas makan terus cantik...hahahaha..lawak plak bila dia ckp mcm tu.. dah cantik, sakit plak..ishhh...mintak dijauhkan laaa...
sebelum tu penah gak dgr barangan tin dr negara China yg tak elok dimakan.. la ni barang2 kering plak. adoiya... dah la saya suka nak membeli cendawan kering tu.. huhuhu...kena tapis2 la kita makan ye. tgk2 jugak takut nnt ada plak penyakit berbahaya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails