September 30, 2010

Alhamdulillah

Akhirnya saya telah pun menjadi seorang guru..... syukur alhamdulillah. Dapat posting kat tmpt praktikal lak tu. yakni dekat dengan tempat tinggal skrg. Tak perlu nak susah payah cari rumah lain, cari nursery lain... segala2 ada di sini. Biarlah org nak kata tmpt ni jauh dr KL ke apa ke...bukan saya nak duduk sgt kat town besar2 tu. duduk dlm ni aman bahagia tenangggg aje..

buat masa ni tak tau lg kena mengajar apa. Opsyen patut ngajar pengajian am tp sekolah ni mana ada f6, makanya mesti kena ngajar BM gak mcm praktikal dlu. takpelah. asalkan idak le duduk sj kan...

Anak2 semua dihantar ke nurseri. Setakat ni alhamdulillah, diorg seronok terutama kak yong. teruja betul nak ke sekolah dia tu. cuma nak bangunkan dia pagi2 tu payah la skit. tapi bila dah bangun idak le dia buat hal takmo g nurseri ke apa...mula2 dlu nak berdukung aje. tapi dia tau adik dia lebih memerlukan dukungan ibunya.. ahahah... nak patah rasanya dukung dua org sekali....penah ye.. time balik dua2 baru bangun tido, tak mo berjalan sndr. haaa.. kenalah berdukung dr nurseri ke kereta, dr kereta naik ke rumah plak. tapi esoknya ok dah dua2. mau dengar cakap.. dgn syarat bagi cekelat....huhuhu...

September 26, 2010

Episod baru

Esok saya akan mendaftarkan diri sebagai seorang guru. Maka bermulalah tugas sebagai guru bermula esok dan seterusnya... tapi sekolahnya belum diketahui. Segalanya akan diberitahu melalui taklimat di Kelab Shah Alam esok pagi. semoga impian saya utk menjadi guru yang disegani akan tercapai...bukan sebagai guru yg dibenci...

September 16, 2010

cite raya 2010

hah...baru ni rasa nak update blog. mcm dah kemalasan melanda sejak2 raya ni...  tapi tetap nak cerita jugak sebab ada cerita gembira sebelum beraya..hehehhe

di mlm raya semasa berada di Besut, saya dpt satu sms mengatakan dah blh cek posting. udah mak aihhh... gelabah tak hingat ... nak online..nak online... nak internet.... tp kat kg tu takde line 3G.. uwaaa.. tensi!! cuba bukak jugak tp no connection jugak.. nak tak nak suruh yop tlg cekkan tp dia plak tak tau nak cek kat mana. Nak tak nak suruh la kawan saya si hana tu yg tlg cekkan.

Alhamdulillah...saya dpt posting di Selangor, ada taklimat 27hb ni dkt Shah Alam. sekolah kat mana tak tau lg. ok la dpt negeri selangor. tak de la nak pikir jauh ke mana tercampak. tp risau gak buatnya jauh tercampak ke ujung selangor. dah la saya dok kat Hulu Selangor dah ni... tp tawakal je la...insya Allah saya yakin dpt area berdekatan rumah jugak. yg penting raya dgn hepiiiii....!!!!

ermm..tu pasal posting. pasal raya tak masuk lagi. thn ni beraya di Besut selama 4 hr...lama tu. sebab dah sebulan dok kat kuala kangsar, bagi can anak2 dok kat kg besut lama2 skit. seronok la si insyirah tu sbb dpt layanan bak puteri raja. sepupu sepapat layan dia, buai kan dia, bawak g mandi sungai, bawak g beraya, sampai dia tak mo blk beruntung dah.... cuma si adik je yg buat perangai. asyik nak memerapppp je dgn ibunya.. nak ke tandas pun mengekor......

puas dok beraya di sana yang semuanya hepi2 belaka...cuma terasa hambar sebab takde snap2 gmbr. huhuhuh....ye...kamera saya rosak sudah. adoi...bila nak repair kena rm3,4 ratus....gulpppp...tunggu pas raya je aaaaaa.. tak de la gmbr raya thn ni. ada pun kamera tumpang2 je la dgn kamera abg.

raya ke 5 balik kuala kangsar... tp pagi raya ke 6 tu ujan manjangg.. dok memerap kat rumah je la. ada baby baru lagi...hehehe..bising rumah opah yg ada 8 org cucu besar seorang baby mengalahkan rumah ada 20 orang cucu..... semua melontar suara yg lantang, garau, gemersik...emmmm...biorlah opahnya kata. hari ni je nak riuh pun..hari2 lain sunyi sepi je...

hari ni dah hari raya ke7...dah nak berangkat balik ke bkt beruntung. dpt plak sms dr bekas pelajar TBR nak mai beraya kat rumah hari sabtu ni. wahhh.. fes time ok anak murid cikgu nak dtg. nak layan bg makan kuih raya yg byk ni.. pastu ingt nak wat soto je. mudah skit..hehehe..

ok la..itu je..cerita raya 2010.. thn dpn saya akan pastikan ada kamera baru yg besar gedabak idaman ku itu... insya Allah...

September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Gambar diambil di bandar di-Raja Kuala Kangsar, Perak
Saya dan keluarga yang terdiri daripada En. Nor Rizaudin, Cik Insyirah dan Cik Nayli ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan yang sudi membaca blog ini dan juga kepada seluruh umat Islam. Kami memohon sejuta kemaafan sekiranya ada kesilapan dalam berbicara ataupun penulisan. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan hidayah dalam melaksanakan ibadah yang telah diamanahkan.

Saya akan berhari raya di kampung suami iaitu di Besut bermula hari ini sehingga hari raya ke-5. semoga kita berjumpa lagi dengan cerita hari raya yg pasti akan menjadi kenangan tersendiri.

September 7, 2010

kuih siput dah jadi...siapkan baju plak

Dalam sibuk2 nak meniaga, menjadi la jugak kuih siput ku..hehehe. Rasa, mestilah sedap sebab mak saya yg tlg bancuhkan. hehe. ikut resepi org lama la. tapi yg tak tahannya tu nak gentel jadi siput tu letih la skit. ni tinggalkan dekat adik bongsu ku, ucu..selamat menggentel ye.

baju kurung syirah dah siap. ada manik2 lagi. tp baju kurung adik masih lg dlm proses. td buat kain terbuat sempit plak pinggangnya. adik dah la pinggang, buntut besar. kena ote semula dah tak larat. tgk la malam kang buat bg abis sebelum balik besut.

baju saya....? ingat nak jahit sndr jugak tp rasa mcm tak sempat nk buat je. rembat baju kat kedai ni jelah. nak ngabiskan stok baju jugakan. ops..kak linda..mintak izin dlu ek...hehehe.. tulis dlm buku dlu ye.

nak upload gmbr pun ni laptop ucu. takde gmbr sndr dlm ni. tunggu gmbr raya je la....

September 4, 2010

menunggu org baru

Pukul 3 lebih tadi dapat call dari yop kata Kak linda dah masuk spital...yeaa..... tak lama lagi akan lahirlah org baru dlm keluarga kami. ermmm..sejak 2 menjak ni insyirah pun asyik sebut2 baby, adik tecik, nak baby... adoiyaaaa ...... nak tambah ahli tunggu dlu la tp tetiba dah ada rezeki suka juga... jeles la pulak tgk baby org lain.
semasa adik naik buai..tembamnya dia masa ni..

nak antar mesej kat kawan

Citer ni dah basi sebenarnya. tapi saya nak postkan jugak sebab sekarang ni kak yong asyik nak main henpon saya je. katanya nak antar mesej kat kawan... hehehe. tapi yg buat saya nak tergelak ni sebab perbualan kak yong dgn abahnya..

kak yong: abah, yah nak henpon jap...jap je..
abah: nak buat apa?
kak yong: yah nak antar mesej kat kawan jer.
abah: sapa kawan yah tu?
kak yong: ikah nayli ... (nama adiknya)
abah: tu kan nama adik...
kak yong: adik tu kawan yah laaa....(saya dah gelak2 dah time ni)
abahnya pun bagi la henpon tu kat dia...
abah: jgn byk2 sgt tau..nanti abis melambung bil abah
kak yong: ok....kejap je pun...sambil tekan2 kat henpon tu

pastu terus g kat adik sambil ambik henpon saya plak bagi kat adiknya.

kak yong: nah...dik, ada mesej la..
adik pun...letak henpon kat telinga...haaaa hooooo....sambil merayau-rayau ke depan ke belakang.

aduhh..nak gelak pecah perut kami tgk gelagat anak2 nih... hehehe....
dua org ni kalo bab sengih, gelak memang dah mcm 10 org kat rumah
tgk la perangai adik..tiru sapa tak tau laa..time bebuka ni kat rumah opah

September 2, 2010

shopping dan shopping lagi..

Minggu lepas abah kepada anak2 saya balik secara tiba2. Yelah, mana tak tiba2nya, mula2 kata tak jadi balik sebab dah apply cuti 6hb utk pegi shopping, tapi tup2 dia kata dah ada kat stesen ketapi nak naik ketapi ekspres plak dah. jd plan dah bertukar, terrr pegi la shopping pada hari sabtu yg lalu ke parkson. sebab nak ngabihkan voucer tu je pun. kalo tak mesti saya tak pegi parkson..sebabnya saya kureeengg gemar pegi parkson ipoh ni.. lagipun saya lebih suka pegi jusco..tp perodua plak tak bagi voucer jusco.. huhuhu..
gambar copy paste dr blog stallchantekchantek

makanya, selepas bershopping sakan..shopping barang anak2 je pun.. masa ni lah nak beli baju yg mahal skit. almaklumlah, ibunya enggak punya uwang... harap pada ihsan si abah dan voucer itu aje la.. dah memilih baju yg sesuai..adalah dlm 4 jam kot...shopping barang budak je 4 jam.. konon nak balik awal sebelum pukul 3, tak lama pegi, beli barang budak2 je... elehhh..blh percaya ke pada pompuan yg dh lama tak pegi shopping ni. Pening nak mencari saiz baju anak, kaler yg sesuai.. suruh abah yg pilih dia mmg la ok taste dia.. tp bila tgk rega.. mak ai.. takkan nak beli baju budak 1, dan 3 thn yg berharga rm99.00..... tak setuju!!!

tp memang mahal la pun baju budak2 ni.. nak wat camne.. kecik sgt kot nak menjahitnya. alah..mahal skit takpe la..lgpun kan guna voucer.. idok le terasa sgt mahalnya tu. tp idok le beli yg rm99 tu.. sory ek.. beli biasa2 je la.. kak yong nak baju baby kiko jugak sebab dia terpengaruh dgn baby kiko yg kat astro ria tu.

ok selesai barang budak. ahad tu balik ke rumah bukit beruntung dgn alasan nak amik stok. dan nak perabihkan jahit baju kurung. dan siap sepasang, baju adik tak siap lg. sbb pesak tergunting sebelah je.. sebelah lg terlupa plak. hahahah... bwk blk kg la jwbnya..

nak dikaborkan, hari selasa bersamaan hari merdeka,masih lagi di b. beruntung. selepas menonton acara kemerdekaan di tv..yg memang menarik dan meriah, abah ajak pegi beli henbeg dan kasut. sebab katanya dah lama saya tak beli henbeg...oh... so sweet....syoknya raya....!!! orang dah ajak bershoopping lg...

apa lagi..terus ajak abah pegi jusco kepong..yg terdekat dan tak sesak sgt. tapi sebenarnya sesak jugak. bukan orang yg beragama Islam je nak shopping tpi kaum lain pun sama ambik kesempatan sebab dah la sale raya + sale merdeka.... so apa lagi.. jommm shopping.. abah lepaskan saya sesorang kat department women sana, dia pegi melilau dgn anak. aduh .. berpinar mata nak pilih.. akhirnya dah terjumpa pilihan hati. ala, biasa2 je la.. harga pun semua org mampu beli. saya yg tak keje ni pun mampu beli.. (sebab guna duit abah)... hehehe rembat 2 henbeg, satu kasut...memang best rupanya shopping time gini (raya + merdeka sale). abah pun beli kasut gak. dah lama dia tak beli kasut. dia dah la cerewet pasal kasut. 4 thn pakai kasut tu...blh aje dia sabar dgn kasut 4 thn..isk..isk... tu pun dia berbelah bagi nak beli ke idak. mestilah saya sebagai penghasut utama menghasut fikiran dia utk membeli. yelah, kita pun dah boring tgk dia pakai kasut 4 thn tu..(walopon memang elok lagi). Time sale berlipat ganda ni mmg elok utk yg perancang ekonomi pegi bershopping.  tu pun siap beli brg2 keperluan rumah lg.. i mean utk sambut raya nnt. beli set gelas skit, beli bekas kuih skit..ok la tu kan.

itulah rezeki kami. walaupun saya tak bekerja, tp rezeki masih ada. dgn voucer parkson, duit simpanan skit2, duit advance raya abah lg (tp itu guna utk keperluan raya aje + servis keta).. Alhamdulillah..... syukur.
Related Posts with Thumbnails