Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

November 1, 2011

kisah Hasan Al-Basri

sebaik sahaja Saiyidina Ali r.a dilantik menjadi khalifah,beliau terus berkunjung ke Masjid-masjid di dalam negara untuk memastikan perjalanannya.

Sekali peristiwa semasa di Basrah, beliau telah berpeluang mendengar majlis ilmu yg disampaikan oleh seorang budak lelaki kecil. Majlis itu dipenuhi dengan orang ramai. Selepas tamat majlis itu Saiyidina Ali memanggil orang muda tadi lalu berkata:"wahai budak, engkau telah berkata dan engkau sungguh pandai dalam berkata-kata dan engkau seorang yang fasih, dan engkau menepati (kebenaran). Aku akan tanya kamu dua soalan. Yang pertama, apakah dia tiang agama? "
Jawabnya: "wara."
Saiyidina Ali bertanya lagi,"yang kedua, apakah dia perosak agama?"
Jawabnya,"tamak".
Saiyidina Ali seterusnya berkata,"teruskanlah wahai budak.Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik orang yang aku lihat".

Budak kecil itu ialah Hasan al-Basri. Budak kecil ini sampai ke peringkat ilmunya yang tunggu disebabkan pendidikan yang dilaluinya di masjid kerana kepimpinan dan ilmu itu diperolehi di masjid.

Kita mahu lahirkan ramai lagi anak muda seperti ini. apakah usaha kita ke arah itu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

October 29, 2011

Anakku Hebat Anakku Soleh

Hari ni tergerak hati nak membaca semula buku anakku hebat anakku soleh supaya dpt mengingatkan diri sendiri dlm proses pentarbiahan anak...

menurut penulis buku ini...
dari sudut bahasa, tarbiah bererti pertambahan, pertumbuhan, dan penjagaan. Dari sudut agama, ia bermaksud cara-cara untuk membesarkan anak dan membentuknya mengikut kaedah yg tertentu.

proses pentarbiahan sebenarnya adalah proses yang bermula semenjak kanak-kanak itu dilahirkan dan berlanjutan sehingga ke akhir hayatnya.
jgn kata la sapa yg dah kawin, mempunyai keluarga sendiri boleh menidakkan ajaran drpd ibu bapa utk memperbaiki kesilapan yg dilakukan oleh si anak...

ok..saya nak habiskan bacaan ini dulu...nanti blh kita kongsikan bersama.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails