November 25, 2010

Hari terakhir di sekolah utk sesi 2010...

Pengetua dah bagi kebenaran utk tidak perlu dtg ke sekolah setiap hari. Minggu ni kami bertiga (guru baru) dtg utk habiskan kerja, minggu seterusnya tak perlu dtg lagi. Cuma ada hari yg saya menggantikan cikgu2 lain utk jaga peksa je lah kena dtg. okeylah tu, tak la saya boring sgt nnt.
image from pakcik gugel...

sebenarnya kami kena dtg sebab menjalani orientasi selama 3 bulan. Mana yang bernasib baik, tak perlu dtg sekolah dah... buat je report kat rumah. mana yang kurang bernasib baik kenalah dtg ke sekolah bila diperlukan. mana yang tak bernasib baik kena dtg sekolah sepanjang cuti sekolah...huhuhu.. saya ni dikategorikan sebagai kurang bernasib baik tapi idak jugak kata kurang bernasib baik sebab, selain buat report, saya sempat juga mereport ke blog, fb...hahahaha...guru2 lain pun cam gitu jugak... lagipun masa cuti kita dibayar gaji, jadi tak salah la kalau kita pegi ke sekolah bila diperlukan....

makanya minggu depan saya dah tak perlu nak dtg ke sekolah lagi... siapkan aje report di rumah. kalau ada perkara lain yg perlu ditanya baru dtg ke  sekolah. setakat ni saya dah abiskan soalan2 yg perlu ditanya. Hari selasa lepas kami bertiga berjumpa dgn pengetua. Alhamdulillah, setakat ini dia tak banyak cerewet. kita buat keje kita, dia pun tak mengomel bukan2... yg penting buat keje kita... itulah pesanan yg dia tekankan setiap kali perjumpaan. lagi satu dia selalu ingatkan, jgn dengar cakap2 org melainkan yg benar dan penting shj.. maksudnya ada segelintir kat sini yg mcm lalat la tu... bunyi sini, bunyi sana...bising je lebih tp tak de makna pun.. hahhahaa.. ada jugak cikgu cam gitu ye.. maka, dgrlah kata2 pengetua itu......

pasni bolehlah bercuti2 Malaysia...bersama family....huraayyyyy
sekian...

lakonan semata-mata

kepoyoan seorang bapak sedara sgt terserlah... hehehehe
mintak sedekah bang..
singgit jer....
wallaa...duit merah, duit hijau..gumbira sekali....
hahahhahaaa... aksi di atas adalah spontan lakonan yop aka pak lang... masa ni ibu kepada anak yg tgh tido tgh sedap melantak....hahahaahaaaaa

November 24, 2010

lagi cuti-cuti di melaka...


video paklang dan alia tgh ajar syirah berjalan dlm pool..ingatkan tenggelam, rupanya dah tinggi dah kak yong ni. tapi entah mcm mana, terpeleok kakinya skit, terminum air skit dia..hehehe

November 23, 2010

cuti-cuti di melaka laaaagiiiii....

sukanya dapat pegi bercuti...nak cuti lagiiiii...... jom ibu-ibu bapak-bapak, kita bawak anak2, keluarga pegi bercuti beramai2...syiokkkkk sangat....ikut bajet yg kita mampu la. asalkan bercuti. spend time with family itu penting...
tak sabar nak lompat dlm swimming pool....
paklang ajar syirah berenang.. ada video syirah hampir2 lemas... ayookk..
syirah memang suka air...dia suka mandi..
ibu dan abah mestilah  nak berenang jugak....hehehe
saya dan syirah...di kolam renang
dah berenang, mestilah lapo mlm tu... mkn kat Medan Selera Ayer Keroh je.. tak larat nak jln jauh2, anak pun tido
tidur dengan keletihan dan keseronokkan terserlah...
Esoknya kami pegi Menara Taming Sari....
kita makan duluuuuuuu
Nayli naik beca dgn atuk dan syafik.. tak larat nak dukung..hehe..
Menara Taming Sari..simbolik kebanggaan Melaka... blh tgk view Melaka sebab ia berpusing-pusing...
Air terjun buatan... cantik, rasa nak dok bwh batu2 tu nak mandi sbb time tu sangat panas...
okey la...kalau ikutkan byk lg tmpt nak pegi. tapi time is limited, duit pun limited jugak... thanks to kakak and abg amir sbb mengajak kami sekeluarga join family vacation. bukan ajak je, belanja itu ini begitu begini..sgt best...lalalala...hepi terus.. hehe..

next trip kita pegi dok lama skit ye... takpun lain kali dtg Melaka lagi... harussss tu... nak pegi tempat bersejarah yang tak sempat2 nak pegi...pasni nak lepak kat pantai klebang or tanjung kling plak.. baru dapat aroma laut dan pantai.. best tu..
Syabas Melaka Maju!!!

Cuti-cuti di Melaka lagi...

Terharu saya tgk tempat saya belajar masa di Ayer keroh. Mana taknya, saya dulu belajar di rumah kedai sementara nak tunggu kampus induk siap. Walaupun duduk di rumah kedai, saya tetap berasa bangga sebab menjadi batch yg pertama utk UTEM. Alhamdulillah, saya tidak perlu menunggu lama utk mendapatkan kerja.

jom layan gambar je la... byk nak dikongsikan..
kampus utk student ICT. masih digunakan lg tmpt ini sebagai kampus industri.
masih ada lagi rupanya dia di sini.. tokey ken.isterinya tak ingt nama. tapi yg best dia tetap ingat saya dan kembar (orang sarawak)...hehehe
antara kelas2 kuliah kami semasa berada di sini.....

Bangunan asrama. dulu ada pagar hijau kat sekeliling bangunan tu..
next entry nak upload gmbr2 sepanjang berada di Melaka...

November 22, 2010

cuti-cuti di Melaka

Saya sgt gembira dpt dtg semula ke Melaka selepas hampir 4 thn tak pegi ke sini melainkan pegi Pengkalan Balak je thn lepas. Sangat teruja dgn pembangunan di Melaka, lebih2 lg di Ayer Keroh, tmpt belajar saya dulu. Ye, saya pernah belajar di UTEM atau nama dulunya KUTKM. saya adalah graduan pertama keluaran UTEM. Dulunya, Ayer Keroh hanya sekadar bandar kecil..baru nak membangun. tapi sekarang, sudah membangun dgn majunya. Syabas Melaka Maju..!!!!
MITC lambang kemajuan di Ayer Keroh.
Tempat kami tidur, lepak, mandi manda...


Rumah penginapan kami...best..3 bilik tidur cuma bilik air je 1..
sudah ada Dataran Pahlawan, tapi tak sempat round sgt sebab teruja nak naik Menara Taming Sari
Nak upload byk lg gmbr, tp cukup setakat ini.. nnt sambung lg..

cuti-cuti org kawin..

Baru2 ni pegi PD sebab nk follow pak sedara nikohkan anak terunanya di Melaka. why go PD? hehehe.. donno why..tp saje jln2 la konon2nya. ingt nak gi pantai tp sampai sana pun dah petang nak ke senja. memang tak ke mana la jawabnya.

Udah le pagi2 kena bergerak ke Tanjong Kling, Melaka. keta pak sedara n pengantin dah pegi dlu... erm, pandai-pandai kamilah cari jln sendiri. calling2 pun diorg pun blh sesat lagi. terlajak la, jauh lagi la.. yg kelakar tu, pak sedara kata nnt jumpe pantai kat belah kanan, tp nnt ada simpang mana tah, pantai tu jd belah kiri.... udah pening achik....adeh...jauh perjalanan, luas pemandangan.... rupanya kat melaka pun ada loji penapisan minyak.. hehehe..ingtkan kat Kerteh, Terengganu jer. tapi idak le besau benar tmptnya..

sesampai kat rumah pengantin, mcm biasa la, nunggu org nikoh pulak la. maleh citer panjang... tgk je la gmbr...
saya dan kak yong sudah kenyang...
pengantin dah lapo..hehehe..
pak sedara dan mak sedara.. aka mak bapak pengantin
sama cantik sama padan... sama doktor.. hehehe
abis je kenduri kitorg pegi melaka...tp kali ni pak sedara dan keluarga tak ikut serta.. hanya family kami shj... dua keta (myvi and cherry) penuh macam sardin...

November 19, 2010

Musim orang kawin

Kelepak kelepak kelepung kelepung...bunyi kompang dah nak mula bermula minggu depan. almaklumlah cuti sekolah dah mula. Jemputan kenduri di sana sini. Nak pegi sana, nak pegi sini.....yang penting jagalah pemanduan dgn baik.. walaupun ada yg kata, org dah bwk berhemah, tp kena gak dgn org lain yg tak berhemah.. itu semua ketentuan tuhan. lg pun kdg2 kita kena fikir jugak, mesti ada di antara kita yg terlepas cakap ke, yg membuatkan kita terkena musibah. ia kan satu pengajaran utk kita. seandainya masih hidup, hendaklah kita bersyukur kerana diberi peluang utk menebus kesalahan yg kita tak sedari telah lakukan. apa apa pun kita kena tgk jugak ke belakang, apa yg telah kita lakukan, apa yg telah kita katakan tanpa disedari ianya mgkin menyinggung perasaan org lain.

erm.. bermula esok ada org kawin. sepupu saya (laki) kawin dgn org melaka. insya Allah, saya dan keluarga akan bertolak ke Melaka esok pagi bersama keluarga kakak saya. mak dan babah dan bertolak hari ini.
minggu dpn pulak di Rawang, belah laki la. pastu minggu dpnnya plak bekas rakan sekerja, juga lelaki... ermm... pastu lg kawan suami plak...adoi... ramai la kan..

semoga ikatan perkahwinan yg indah ini akan sentiasa berkekalan dan indah sentiasa sepertimana indahnya suasana perkahwinan itu. Jadilah pasangan suami isteri yg saling mendengar antara satu sama lain kerana itulah yg akan menguatkan hubungan suami isteri. yelah, kalau suami bercakap isteri tidur... mesti dia boring, cari lain plak..hahhahaa...

kenapa...

Selalu orang akan bertanya, kenapa, mengapa, apasal, bakpo, awat... utk setiap persoalan yg memerlukan kita mencari jawapannya. ermm... tapi adakah kita terpikir, kalau sesorang itu menjawab soalan kita, adakah ianya jawapan yg sebenar? yg ikhlas? yg jujur...? dan pernahkah kita sndr meletakkan diri kita di tmpt mereka...

contohnya mcm ni la...
situasi kita tak dpt pulang beraya....
S: KENAPA tak balik raya?
J: sebab tak de cuti...tak dapat cuti ... takde duit nak balik... takde tiket bus.... dan lain2 lg..
S: KENAPA tak apply awal2...KENAPA plak takde duit, gaji kan banyak... KENAPA tak beli tiket awal2...
J:..........cuba la awak jadi saya.....

Kadang2 kita ada masalah kita sndr. tapi kita tak semestinya berkongsi masalah dgn org lain walaupun org itu sedarah sedaging dgn kita. tapi ada jugak kes yg orang suka aje nak bercerita luar dan dalam... abis semuanya diceritakan.. tapi apapun kenapa la sebelum kita nak soal org tu, kita soal diri kita dlu... kalau aku, mesti gini gini... tak payah bgtau  kat dia pun cuma fikirkan je la.. dia mgkin ada masalah...tapi dia tak mo la citerkan kat kita.. buat dalih la kan....

apa dah saya melalut ni tah la...
motif letak gmbr ni sbb mcm sedih je entry .... huhuhu

huhuhuhuuuuu...

November 18, 2010

gambar2 insyirah yg terlampau

asyik nak melompat aje kejenya.. tau la sopa tu nunggu masa je. abis dilenjannya udah ropa anak jantan...
 gambar last tu sbnrnya yg snap awal2 lg..tapi tersilap langkah..sj letak kt last ni...

tapi yg amik gmbrnya adalah ibunya jugak... hahahahaa

November 16, 2010

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Suasana di sekolah kelam kabut sebab masing2 mengemas barang utk disimpan, dibuang, dipulangkan dan mcm2 di lagi yg kena buat di hujung persekolahan ni. Ada guru2 yg mencari2 si polan utk sign itu... cari si polan utk bagi ini..bagi itu...smpikan ada guru yang pening kepala sebab dah tutup buku akaun..tup..tup.. ada lg yg baru nak bayar duit la apa la.. hehehehe..

Saya...? guru baru idak la sesibuk guru lama.. tapi tgk la thn dpn, sure sibuk jugak. Tadi pun ada la beberapa pelajar yang minta maaf sebab nak bercuti..nak amik SPM... Alhamdulillah..ada jugak yg masih ingat.. Semoga semua pelajar2 sihat dilindungi Allah swt dr sebarang kecelakaan dan kemungkaran. 

Di kesempatan yg ada ni, saya ucapkan SELAMAT BERCUTI buat pelajar2 dan guru2 dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA... buat semua umat Islam. Sambutlah percutian ini dengan rasa tawaduk dan jgn la mengabaikan kesihatan dan sayangilah diri dan keluarga anda.... hehehehehe...

cuti2 ni g mana yer....!???

November 12, 2010

Kerjaya

Hari ni saya tak naklah membebel pasal anak2. Tapi rasanya mesti sangkut jugak cerita pasal anak2. Sebenarnya nak ceritakan pasal kerjaya saya yg pertama sehinggalah sekarang ni. Pekerjaan pertama adalah keja sementara masa saya tgh belajar di KUTKM atau nama skrg UTEM.. saya dan seorang kawan sekelas, Azlina @ naa, penah bekerja sebagai data entry di pusat komputer di KUTKM. Masa tu cuti semester ke brp tak ingat la. tp kami keja mcm org lain, 8am-5pm.. Syok keje kat situ cuma gaji mmg la tak tinggi pun. selain buat keje2 kerani, kami berdua ada jugak ikut technician pegi buang virus, setup komputer dan sbgnya kat setiap makmal komputer. hehe...geng2 kat situ pun muda2... yg best adalah kak kerani tu.apa namanya ek..lupa dah.. hehehe.. bos kitorg En. S pun baik sgt... Boss besar pun best...keje dlm sebulan je..pastu bukak semester tak leh keje dah. dapat gaji walopon tak byk tp sgt best sebab dah pegang duit sndr...hehehe.lupa dah beli apa dgn duit gj tu..

pastu keje praktikal di Cosmopoint. tak dapat gj...dpt la ilmu dan pengalaman.. ok la walaupun ada kalanya tak ok. member2 yg sama2 masuk praktikal kat situ pun best.. masih contact each other...

Keje yang kedua adalah di Price Solutions Sdn Bhd. subsidiary Std Chartered Bank.. saya bekerja sebagai telemarketer start bulan 3 smpi bln 5 kot... Ok la kalo nak diikutkan keje kat situ tp bukan line saya, environment saya tak suka, kawan2 yg kamcing best la, tp yg tikam belakang tak best la.. yelah ada yg curik sale kita la, client pun dirembat.. pastu kena hit target. kalo tak hit target kena stay back until 8 pm.. woooo saya sangat tidak suka keje yg blk lmbt2, mlm2 mcm ini... akhirnya saya pegi interview kat tmpt lain, dpt je terus resign.. sempat la dpt gj 2K  and plus2...dalam tempoh 3 bln gitu..

company pertama yg interview saya akhirnya telah memanggil saya utk menjalani MSC Internship dengan kerjasama MSC dan company EPICT.. selama 6 bln saya bekerja di sini kemudian terus diserap sebagai ICT Exec. selama 3 thn. di company ni byk pengalaman pahit manis dan rasanya byk manis yg saya lalui di sini. Rakan2 di sini sgt2 best....kalau ikutkn mmg sedih nak resign tp takdir telah tersurat... hehehe.. kalau company ni msih di kl mgkin saya lama lg kat sini.. malas nk cerita pjg sbb terlalu byk kenangan manis..tak tertulis nnt tak best plak..senang citer semuanya best la. byk memberi pengalaman yg menarik utk saya, memberi semangat kengkawan, kekeluargaan pun kadang2 terselit juga.. huhuhu.. yg best bila dpt mkn grng pisang dgn geng2...huuhuhu...

setelah resign dr company tersebut, saya bekerja di rumah..hehe..tak lah. saya jd surirumahtangga sepenuh masa... best layan anak, masa tu anak baru sorg. yg sorg lg dlm perut. bila bersalin yg kedua abis je pantang terus dapat masuk DPLI. alhamdulillah...akhirnya dapat jugak kerjaya yg telah lama diidam2kan. walau pun hakikatnya saya lebih suka berbisnes. hehehehe...

sekarang dah abis DPLI, dan saya telah pun menjadi seorang guru.... inilah kerjaya saya sekarang. Apakah yg saya akan jd lg lepas ni wallahualam...pengetua mgkin...hahaha... takpun mgkin masih bergelar pendidik tapi di IPT plak..maktab or uni...insya Allah...

cuti tidak bergaji

hehehe...mcm nak ke mana aje bunyinya tu. sebenarnya saja nk nyatakan di sini, bermula Rabu ini adalah cuti Hari Raya Aidil Adha...sehingga hari Jumaat dan seterusnya sambung ke cuti sekolah... yahoooo.. bunyi mcm best... tapi sebenarnya, tak la best mana pun sebab raya kali ni tak leh nk blk kg sebab tak bergaji lagi.. suami pun dpt lmbt gajinya... ate..beraya di rumah je lah.. pastu sambung ke cuti sekolah tu pun tak la best mana sebabnya saya ni sebagai guru baru, kena la jenguk2 ke sekolah dlm 2,3 kali seminggu gitu...bukanlah bermakna cuti direct sebulan setengah... hurmmm.. kira ok la dpt bercuti lama2 jugakan.... drpd sesetengah org kena apply cuti utk berehat... owhh.. terkenang zaman2 apply cuti dlu....hahahahahhaaaa
bilalah nak pegi pantai lg ni....

November 4, 2010

jom la ambik baby

Tgk tak iklan yang ada dua baby konon2 bercakap...pastu ada sorang lg baby tiba2 ckp, blh saya jadi adik angkat awak? cute sgt 3 babies tu kan... setiap kali tgk iklan tu, kak yong dgn adik mesti terbaring, terjerit2 panggil baby...baby... adik pun dah pandai dah bila jmpe baby, mesti ckp baby..... dan yg nak ckp kat sini adalah ayat kak yong... "ibu, jom la ambik baby tu..." merujuk iklan baby tu lah... hehehe...trus dia kata plak ambik baby rayyan la...mintak kat makngah.... blh ke??
Baby Rayyan...kak yong dan nayli rindu sangat....

Semangat guru

Seronok tgk cikgu-cikgu SMKTBR yang bersemangat waja membuat bengkel menjawab SPM untuk calon2 SPM yang akan mereka hadapi lebih kurang 2 minggu lagi. Tapi sangat sedih pulak bila tgk pelajar2 terutama yang berada di kelas hujung2 sangat tidak bersemangat untuk menyertai bengkel menjawab SPM tersebut. Aduhai pelajar-pelajar ku, kenapalah tak nak sedar2 diri lagi. Cikgu2 kat sini bukan main risau dgn result percubaan SPM baru2 ni, tapi pelajar2 langsung tak risau. Ada tu mcm tak kisah pun nak SPM. Tanya soalan pun blh ckp, tak penah pun cikgu xx ajar ni.... mcm mana tak penah kalo dah dtg sekolah pun seminggu 2,3 hari je. Sempat jugak la saya bertanya pada salah seorang calon SPM, adakah awak dah bersedia ke utk SPM...? Tau apa jawapannya... "Ala cikgu, kami mmg dah tak minat dah nak belajar... nak sambung lepas SPM lagi la tak berminat...sekarang ni kan dah byk pertandingan...pertandingan menyanyi ada, pertandingan berlakon ada..pertandingan berlawak pun dah ada... apa susah.... kalo rasa tak nak study, blh la kami join pertandingan ni.. nt kami jadi artis, cikgu2 jugak yang berbangga... "

Ye....itulah jawapan panjang lebar yang diberikan. Berbangga ke?? Ntah la..pada saya takde istilah bangga kalo dia tak menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza. Kalau dlu time relief, saya ada la serapkan juga apa yang nak dibuat selepas SPM.. tp utk pelajar2 'special' ni... tak dapek den nak buat apa dah... sendiri mau ingat... bukan semua org yg masuk pertandingan tu blh menang, kalau ada yg menang, bukan semuanya berjaya seperti Datuk Siti Nurhaliza.. Sekali lagi saya kata Datuk Siti sebab dia memang seorang yang berjaya..dan disegani... yang baik itu kita jadikan teladan.... mmg kita tak tau nasib seseorang tu mcm mana. Tapi kalo dah perangai pelajar yg tak dgr ckp cikgu, tak minat nk dtg ke sekolah, dtg pun bukan utk belajar, nak main2 je..mcm mana org mcm ni nak berjaya??

Saya dlu pun ada gak main2 sebelum nak SPM..tp bila dah semakin hampir, baru sedor diri yg byk lg yg tak habis study... mujurlah cepat sedar diri..kalo tak ntah jd apa la saya ni.

Related Posts with Thumbnails