October 29, 2011

jalan-jalan hari sabtu..

ptg td bwk anak2 pegi jln di empangan sungai selangor ( eh, betul ke nama tempat ni..) kat kuala kubu...first time pegi sini. best...kitorang siap berkelah makan nasi lemak lg. tapi biasalah anak2 dok berjalan dan naik basikal je la...mak bapak je beria nak makan ngadap tasik...

k la...nnt nak upload gmbr n video...best...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Anakku Hebat Anakku Soleh

Hari ni tergerak hati nak membaca semula buku anakku hebat anakku soleh supaya dpt mengingatkan diri sendiri dlm proses pentarbiahan anak...

menurut penulis buku ini...
dari sudut bahasa, tarbiah bererti pertambahan, pertumbuhan, dan penjagaan. Dari sudut agama, ia bermaksud cara-cara untuk membesarkan anak dan membentuknya mengikut kaedah yg tertentu.

proses pentarbiahan sebenarnya adalah proses yang bermula semenjak kanak-kanak itu dilahirkan dan berlanjutan sehingga ke akhir hayatnya.
jgn kata la sapa yg dah kawin, mempunyai keluarga sendiri boleh menidakkan ajaran drpd ibu bapa utk memperbaiki kesilapan yg dilakukan oleh si anak...

ok..saya nak habiskan bacaan ini dulu...nanti blh kita kongsikan bersama.
Published with Blogger-droid v1.7.4

tajuk tak tau nak tulis apa...

dah lama sgt tak tulis kisah anak..dalam tak sedar kakyong dh nak sekolah tabika dh thn dpn. adik pula skrg ni dah satu tempat dgn kakyong. kalau sebelum ni 1-3 thn lain tempat. 3-5 thn tempat lain. lagi sukalah dua beradik ni duduk main tidur sekali.

semalam ada citer kelakar pasal adik. adik dah tak pakai diapers. cuma bila nak yak je dia mintak dipakaikan diapers. mungkin dia geli. at least blh bertahan sblm ia dikeluarkan. kakyong dulu terus buang je kat mana dan..tapi semalam adik agaknya dia nk cuba yak sendiri kat tandas,dok ulang alik tandas tapi tak leh keluar pun. kesian jugak tapi bil disuruh pakai diapers dia takmo. akhirnya kebetulan saya tgh solat dia dh terasa nk membuang sgt dia nangis la...saya yg tgh solat ni tak khusyuk la sbb dgr adik nangis, kakyong plak dok bising kat dia. abis je solat terus tengok kat diorang. rupanya adik tak sempat nak duduk kat toilet bowl tu...dh terkeluar skit...hehehe..mujurlah kakyong ada temankan adik...siap nk basuh bont adik lg...hehehe...tu citer adik.

kakyong punye kisah..skrg ni asal dgr azan je ajak mkn. walupun dh mkn awal pukul 6 ptg. pastu ayat suruhan yg paling best....ibu, dah azan...semayang la... haa...kalau tak terkedu ibunya tak tau la... pastu semalam dia menyatakan hasrat hatinya nak menyanyi mcm tu (sambil tunjuk kat iklan nespray yg kanak2 nyanyikan lagu ibu..).. oo teringin katanya...hehehe...

dengan anak2 janganlah kita berjanji sekiranya kita tau tak dpt menunaikan hajatnya. diorang mesti akan ingat selagi tak ditunaikan. adik pun sama...kalau ckp nnt ibu belikan coklat kalau adik pegi sekolah..dia tuntut terus blk dr sekolah.

pasal kakyong nak nyanyi tu. saya ckp nanti kat sekolah tabika banyak lagu yg blh dinyanyikan dgn kwn..baru dia kat nak nak nak dgn rasa tak sabar nak ke sekolah...th dpn.. siap tanya, lmbt lg ke thn dpn tu ibu...............
Published with Blogger-droid v1.7.4

October 24, 2011

kegembiraan anak-anak

hari ini bawak anak-anak jalan di sacc mall. memula ingat nak jumpa adik ipar di sana.tapi diorang pun ada hal tu yg bwk jln je. plan nak ke tmn tasik terpaksa dikanselkan sbb hari mulai mendung.

sebenarnya anak kita ni bosan jugak kalau asyik pegi jln tmpt yg sama. balik2 pegi tesco, giant, jusco pun kekadang..taman permainan kat perumahan sini byk dah rosak.kena bwk jauh...kadang tu pegi main kat tmn layang-layang kepong. kat sana diaorg happy sgt dpt main.

sementara diorang masih kecil ni la kena terapkan nilai kekeluargaan. ini penting utk ukhwah antara ahli keluarga. baru nampak diorang saling memerlukan antara satu sama lain. main bersama-sama memerlukan sifat mengalah jugak.

insya Allah nnt ibu akan selalu bawak anak2 ibu jalan...pegi rumah sedara mara lg bagus.
Published with Blogger-droid v1.7.4

October 9, 2011

minggu bermalasan...

Hari ini kami anak beranak duk kat rumah je..sekarang tgn tonton bujang senang. Kelakar citer apek ni.
Semalam pegi tgk anak sepupu..comelnya baby kan..kak yong dgn nayli asyik nak baby je.. Sian plak diorg sampaikan teddy bear tu pun diorg wat main baby2 siap bg susu la pempes la.

Tadi dh penat memasak.menu hari ni simple je. Kari udang sempoi, ikan goreng dan kangkung tumis pedas. Anak2 pun mkn kangkung...lain kali blh la beli.

Uwaargghhh...ngantuk plak. Cuaca mendung ni...jom tido anak2ku..
Published with Blogger-droid v1.7.4

October 7, 2011

PMR 2011

MPMR 2011 telah pun bermula. Pelajar ada yg takut utk menghadapinya kerana berasakan ia sgt penting setelah bertungkus lumus sejak tingkatan satu. Tapi ada juga yg gembira..yg tak sabar nk tinggalkan usia 15thn..tak sabar nak keluar dewan peperiksaan...tak sabar nk hore hore kat luar...mcm2 gelagat diorang ni. Tak kisah la asalkan jgn yg menyusahkan cikgu sudah.. Jgn nanti ada yg ckp cikgu kata tak payah dtg amik PMR sedangkan diorang sendiri yg takde keinginan nak bersekolah.. Nak keje kat UPM...universiti pasar malam....adoiyai....pelajar-pelajar ku... Semoga semua pelajar dpt kebahagiaan yg diingini....
Published with Blogger-droid v1.7.4

October 6, 2011

torai jer

Eden torai
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails