Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

December 7, 2010

kenduri yg sangat penat...

penat sebab kenduri masak sendiri...satu kenangan terindah sebab masak dgn kakak, kakak ipar, abg, pakcik2, adik, anak2 sedara..anak2 sendiri, mak babah, moyang pun sekali....hurmm...  kesannya adalah kekejangan kaki disebabkan lari ke hulu ke hilir... hehehe

next time akan diceritakan ..

November 22, 2010

cuti-cuti org kawin..

Baru2 ni pegi PD sebab nk follow pak sedara nikohkan anak terunanya di Melaka. why go PD? hehehe.. donno why..tp saje jln2 la konon2nya. ingt nak gi pantai tp sampai sana pun dah petang nak ke senja. memang tak ke mana la jawabnya.

Udah le pagi2 kena bergerak ke Tanjong Kling, Melaka. keta pak sedara n pengantin dah pegi dlu... erm, pandai-pandai kamilah cari jln sendiri. calling2 pun diorg pun blh sesat lagi. terlajak la, jauh lagi la.. yg kelakar tu, pak sedara kata nnt jumpe pantai kat belah kanan, tp nnt ada simpang mana tah, pantai tu jd belah kiri.... udah pening achik....adeh...jauh perjalanan, luas pemandangan.... rupanya kat melaka pun ada loji penapisan minyak.. hehehe..ingtkan kat Kerteh, Terengganu jer. tapi idak le besau benar tmptnya..

sesampai kat rumah pengantin, mcm biasa la, nunggu org nikoh pulak la. maleh citer panjang... tgk je la gmbr...
saya dan kak yong sudah kenyang...
pengantin dah lapo..hehehe..
pak sedara dan mak sedara.. aka mak bapak pengantin
sama cantik sama padan... sama doktor.. hehehe
abis je kenduri kitorg pegi melaka...tp kali ni pak sedara dan keluarga tak ikut serta.. hanya family kami shj... dua keta (myvi and cherry) penuh macam sardin...

November 19, 2010

Musim orang kawin

Kelepak kelepak kelepung kelepung...bunyi kompang dah nak mula bermula minggu depan. almaklumlah cuti sekolah dah mula. Jemputan kenduri di sana sini. Nak pegi sana, nak pegi sini.....yang penting jagalah pemanduan dgn baik.. walaupun ada yg kata, org dah bwk berhemah, tp kena gak dgn org lain yg tak berhemah.. itu semua ketentuan tuhan. lg pun kdg2 kita kena fikir jugak, mesti ada di antara kita yg terlepas cakap ke, yg membuatkan kita terkena musibah. ia kan satu pengajaran utk kita. seandainya masih hidup, hendaklah kita bersyukur kerana diberi peluang utk menebus kesalahan yg kita tak sedari telah lakukan. apa apa pun kita kena tgk jugak ke belakang, apa yg telah kita lakukan, apa yg telah kita katakan tanpa disedari ianya mgkin menyinggung perasaan org lain.

erm.. bermula esok ada org kawin. sepupu saya (laki) kawin dgn org melaka. insya Allah, saya dan keluarga akan bertolak ke Melaka esok pagi bersama keluarga kakak saya. mak dan babah dan bertolak hari ini.
minggu dpn pulak di Rawang, belah laki la. pastu minggu dpnnya plak bekas rakan sekerja, juga lelaki... ermm... pastu lg kawan suami plak...adoi... ramai la kan..

semoga ikatan perkahwinan yg indah ini akan sentiasa berkekalan dan indah sentiasa sepertimana indahnya suasana perkahwinan itu. Jadilah pasangan suami isteri yg saling mendengar antara satu sama lain kerana itulah yg akan menguatkan hubungan suami isteri. yelah, kalau suami bercakap isteri tidur... mesti dia boring, cari lain plak..hahhahaa...

December 14, 2009

Penat

Alhamdulillah..majlis menyambut menantu selesai.. ibu penat sgt tp gumbira sebab dpt bersama2 keluarga tersayang meraikan kedatangan seorang ahli keluarga baru dlm keluarga kita.. semoga perkahwinan pak ude dan mak ude bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yg comey.... bertambah lg waris Isa Hashim dan Aini Alias




majlis marhaban dan kompang sebelum majlis persandingan bermula. marhaban ni group opah.. kump kompang ni pulak geng kak pura, kawan pak lang aka yop..


di sekitar majlis menyambut menantu...persandingan pak ude dan mak ude yang serba keemasan...


tengah bersiap nk serve tetamu yg ada... posing totap pposing

ni adegan di sebalik tabir...ibu suka gmbr ni...insyirah ceria sgt.. eh..tp pagi2 tu dia asyik nk berdukung jer..ni pun nk berdukung jer..suka la tu ibu abah ada nk melayan dia.. mujur adik sporting...tido jer dia.. tak kisah apa yang berlaku dah...
Related Posts with Thumbnails