Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

January 10, 2012

Kakyong bersuara.. Ibu hari ni kakyong tak nak main laptop la...kakyong ada keje sekolah..

Ibu pun ckp ok..nanti ibu blh buat keje ibu yer..

Tak lama kemudian kakyong ckp... Hurmmmm....penat la ibu....kakyong rasa nak tidor kejaaaaapppppp je yee......

Dan...dia pun meringkuk tidurnya kat sofa.

Published with Blogger-droid v2.0.2

January 3, 2012

persiapan anak ke sekolah pertamanya

Sepatutnya esok kakyong mula bersekolah tadika. Tapi disebabkan kakyong dan adik tak lihat sepenuhnya tak jadilah antar esok. Daftarkan saje la..daftar sekali dgn day care..utk dua beradik tu cecah 1k jugak..

Rezeki naik gaji ni kan utk anak2... Sewajarnya anak dpt yg terbaik dan setakat termampu. Nak antar kakyong kat sekolah yg bernama tu jauh dr sini. Ibu pun mmg tak dpt nak antar jauh2.  Abah pulak keje syif. .Lg susah nak antar kakyong nanti. Tunggulah kita dh pindah rumah nnt baru ingat nak masukkan kakyong dan adik kat tadika terbaikkkk tu...insyallah thn dpn...

Masing-masing excited nak ke sekolah. Mujurlah abah cuti esok. Blh abah uruskan. Tapi ibu tak dpt nk tgk anak pegi sekolah buat pertama kalinya. Harap2 diorang ok....

Published with Blogger-droid v2.0.2

January 2, 2012

supermak hari ni

Hari ni betul2 jadi supermak. Dari pagi sebaik saje bertolak dari pekan, pahang abah mula rasa tak sihat. Hah...apa lagi kenalah drive keta. Mujurlah masa tu dh tak ujan. Tapi sampai kat lanchang je pastu tukar drebar pulak. Anak2 dah mula demam dari kelmarin lg. Ubat dah ada tapi masih tak kebah lagi.

Sampai kat rumah abah dah tidor merehatkan diri.dia keje mlm.Kenalah ibu layan dua org puteri.  Si kakyong udah mkn ubat tidor dgn abah.adik plak takmo tidor main jelah kejenya.

Tetiba badan kakyong panas sgt...abah dah nak pegi keje.ibu pun ckp takpe blh bwk sendiri... Bukan susahnya diorang blh jln.

Hah...tapi bila sampai klinik dua-duanya nak dukung...adik siap mengamuk lg pastu merajuk taknak jln..dok kat lantai..mujur tak berguling je. Kakyong pulak nak memerap kat ibu je..adoi..kejap kat adik kejap pujuk kakyong kat klinik pun ramai jugak org tak sihat.masuk bilik doktor pun adik blh mengamuk nak cokelat sbb dh biasa dpt drpd doktor.tp hari ni cokelat takde..dh abis.ramai budak tak sihat kata doktor. Mengamuk lg adik tak mo keluar dari situ. Kat situ la ibu jadi hulk hogan...dukung sorang lembik lesu sorang lagi aktif mengamuk..

Blk dr klinik pulak kakyong nak bubur nasi sebab nampak pasar malam. Ibu terpaksa tinggalkan dua org tu lg sbb mcm tak mampu nak jd hulk hogan dua kali...beli yg satu tu je pastu cepat2 jalan blk terus....

Balik rumah...sebaik adik mkn pujuk..dia blh jln. Dukung kakyong je..pas bagi diorang mkn bubur nasi mkn ubat pun udah...masa utk tidor. Jgn la diorang muntah lg hari ni...ibu pun flat nak tidor awal...esok nak uruskan tadika kakyong pulak...

Published with Blogger-droid v2.0.2

October 29, 2011

jalan-jalan hari sabtu..

ptg td bwk anak2 pegi jln di empangan sungai selangor ( eh, betul ke nama tempat ni..) kat kuala kubu...first time pegi sini. best...kitorang siap berkelah makan nasi lemak lg. tapi biasalah anak2 dok berjalan dan naik basikal je la...mak bapak je beria nak makan ngadap tasik...

k la...nnt nak upload gmbr n video...best...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails