October 29, 2010

Demam...

Dua hari ni adik asyik tak sihat je. Asyik demam je. dah la minggu lepas demam, tapi dah ok kejap. ni demam pulak lagi. memang kesian la kat dia sebab dia seorang yang kuat makan. bila demam, dia lah yg tak de selera nk makan. mulut je kata nak... tapi bila disuap, terus diluahkan semula. tak sedap tekak kot.
gambar lama adik tgh tido...syoknya tgk anak2 tido

Semalam kak yong plak rasa tak sihat. dia bgtau masa saya baru balik dr bank Islam uruskan kehilangan kad atm. mulanya ingat dia memain je.. rupanya betullah badan dia panas... huhuhu... balik tu terus bg dia makan ubat dan terus tetido sampai kul 6 ptg. adik plak dah sihat masa tu cuma batuk2 je.

saya ni kalo anak sakit demam camni cepat je panik. adik tetiba semput semacam plak. udah la abahnya dah pegi keje sebab shif malam. terus call abahnya, cakap nak bawak adik g klinik amik neb. abahnya terus patah balik sama2 g klinik. mujurlah dah semayang maghrib awal2... yg abahnya plak terus emergency leave sebab adik dan kak yong tak sihat....kesian kat ibunya nak menjaga anak2 tgh2 mlm ... huhuhu

tapi bila anak sakit ni, masa ni rasa kesian, menyesal plak sebab dok marah kalo wat sepah... huhuhu..  bukan saja suka2 nak marah..tapi agaknya memang ada darah pendekar kot sebab tu cepat je rasa nak marah.. poyo la pulak...pendekar..hahahahaa.. takpe, ibu sayang anak2 ibu..marah sayang je... nak anak2 ibu jadi orang..

cepatlah sembuh ye kak yong dan adik..

October 28, 2010

anak-anak ibu, jom baca buku...


Tadi saya terbaca satu artikel pasal membentuk kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak di iluvislam website. Sangat menarik penceritaan sebab selari dgn tumbesaran anak2 saya, saya nak tahu dan tahu lg pasal membaca di kalangan kanak2 ni. Bukan saya tak tau tapi kadang2 lupa. hehe...

sejak2 kebelakangan ni, memang anak2 saya terutama kak yong suka membaca. tak kira la suratkhabar ke, majalah lama2 ke, buku2 lama ke... sampaikan semalam masa tgh kemas2 buku dan majalah yg dia baca tu, dia blh ckp "ibu dah lama tak belikan buku untuk yah".... huhuhu...ye sayang, ibu akui ibu kurang membeli buku2 utk syirah baca sekarang ni. ibu pun seakan terleka sejak2 ada adik ni. disebabkan kak yong dah keluarkan dialog sebegitu rupa yang agak terkesan dlm hati saya, saya gugel la utk cari koleksi buku kanak yg blh dibeli online. tapi jujurnya saya katakan, saya lebih suka bawak anak2 pegi sendiri ke book store... nak2 kak yong dah pandai memilih sampai rambang mata tak tau nak yang mana satu. kelakar pun ada. itu nak ini nak...

takpe la sayang, nnt ibu dah dpt gaji kita beli buku yg pakej sekali tu. mesti kak yong suka. hehe adik pun suka la nak menyibuk juga.

sebenarnya bila baca artikel td tu, saya terasa nak highlight kan beberapa perkara penting
"
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
  • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
  • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
  • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
Diakui sgt mengenai anak2 di sekolah menengah tu. sebabnya bila diorg dah ke sekolah, sesi pertanyaan tu semakin berkurang. saya dah pun buat pemerhatian terutama bila ajar budak2 kelas hujung. bila kita tanya faham ke idak, mesti dgn yakin diorg akan cakap faaaaahaaaammmmm cikgu...... tapi bila saya tukar, semua pelajar mesti ada yang tak faham kan.... diorg akan cakap...yelah cikgu... takkkkk faaaaahaaammmmmm... heheheehe... kan senang ckp tak faham drpd tipu cakap faham...adoi...kenalah gostan ngajar blk smpi diorg faaaaaaahaaaammmm cikgu....

berbalik kepada perkara membaca tadi. pucuk pangkalnya kalau anak2 kita byk membaca, atau buat persediaan awal mesti anak2 kita mudah faham. dan untuk mendidik diri anak2 kita dgn banyak membaca, kita sendiri kena perbanyakkan membaca. didiklah anak2 kita membaca sementara mereka masih muda bukan kerana mereka masih muda, kita abaikan pembacaan mereka....

hurmm... jom anak2 ibu kita pegi book store...

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

October 27, 2010

Bizi dengan report tp tak reti nak buat

Mak aih...tajuk entry ni pun dah menceritakan apa yg nak diceritakan... kalau dah malas tu malas jugak la saya ooii.. tp kali ni tak blh malas2 sgt. Kena buat skit2 walu pun sebaris ayat. Sebab nnt manyak lagi menda nak direportkan. Tak kuasa mak nak buat kat rumah. Kat sekolah ni bukan tak blh nk buat, Cuma tak blh nak konsentrasi sbb kejap2 ada relief kelas... pas relief, mkn plak.. pastu mesti menyibuk nk jugak tgk email ke fb ke...tipu la kalo dh ada internet ni tak gunakan kemudahan yg diberikan kan kann.. Cuma tak la saya sepanjang zaman nak bukak internet. Kalo ada yg tgk saya online tuu maknanya saya online digsby je.. mozilla pun tak bukak. Tima nak post blog je baru bukak. Tu pun 5 minit je. Yelah, saya kan dah karang siap2. Hehehe..

Eh..eh.. apa yang meriah sgt tu.. alahai...ada cikgu yg sambut birthday la..ado kek la... continue jap lg la...

Tgk... cmne report saya nk siap... time berkobar nak siap mesti ada je hal2 yang blh dielakkan tp sengaja tak blh nak elakkan..hahahah poyossss betul !


 

October 22, 2010

Buah kering dari China ada plumbum

Sumber Berita Harian: 22/10/2010

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang memantau atas produk ‘salted plum candy’ dan buah kering dari China yang dipercayai mengandungi plumbum melebihi had dibenarkan.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanannya, Noraini Mohd Othman, berkata kementerian menjalankan pemeriksaan terhadap 241 sampel buah kering termasuk salted plum candy.

“Hasil keputusan analisis, kementerian mendapati hanya satu sampel buah kering dikesan mengandungi plumbum melebihi had.
“Kementerian sudah mengambil tindakan dengan menyita produk makanan itu dan pembekal produk berkenaan diarahkan menarik balik produk,” katanya di sini, semalam.

Noraini berkata, pemeriksaan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada laman web Jabatan Kesihatan Awam California bahawa dua jenis ‘salted plum candy’ yang diimport dari China mempunyai jumlah plumbum melebihi had dibenarkan.

Macam-macam dah sekarang ni. sebelum ni mi segera indomie... sedap tu terutama yang goreng..eh..mi indomie tu mmg ada yg goreng je rasanya. Negara Taiwan dah stopkan pengeluarannya dikuatiri mengandungi bahan yg tidak mendapat kelulusan..

"Taiwan menarik produk mee segera  Indomie dari sejumlah supermarket kerana mengandung zat pengawet methyl p-hydroxybenzoate  dan asam benzoat. Zat ini diketahui boleh  menyebabkan muntah dan mengganggu kesihatan.  Bahan pengawet ini dilarang di Taiwan dan selalunya digunakan dalam produk kosmetik. Dan jika kedua zat tersebut di ambil secara berlebihan boleh  mengakibatkan kanser." saya gugel aje...

suami saya kata, elok la...pas makan terus cantik...hahahaha..lawak plak bila dia ckp mcm tu.. dah cantik, sakit plak..ishhh...mintak dijauhkan laaa...
sebelum tu penah gak dgr barangan tin dr negara China yg tak elok dimakan.. la ni barang2 kering plak. adoiya... dah la saya suka nak membeli cendawan kering tu.. huhuhu...kena tapis2 la kita makan ye. tgk2 jugak takut nnt ada plak penyakit berbahaya...

Anak-anak ibu nak konvo macam ibu


Dah lama amik gambar ni...baru ni teringat nak upload sebab hari ni nak pulangkan jubah konvo. Semangat kak yong nak jadi ibu, bukan setakat makan je nak jd mcm ibu, nak konvo mcm ibu jugak...kata dia. hehehe... mudah-mudah ye nak... anak2 ibu akan konvo nanti...

Nak jadi ibu...

Sebelum ni dah penah cite yang insyirah sekarang ni bercita2 nak jadi ibu... huhuhu..betapa tingginya dia jadikan ibunya role model sehinggakan dah besar nnt nak jd mcm ibu..
Jadi disebabkan cita2 dia NAK JADI IBU.... insyirah dah rajin belajar.. sebab NAK JADI IBU... makan pun nak banyak sebab nnt NAK JADI IBU...huhuhu..part tu yg risau tu. Bukan apa, nnt punya nak jadi ibu nnt makan byk2 blh jd gemuk mcm ibu jugak...adoiyaaaa.. anak ibu sorang ni.. hehee...

October 21, 2010

Contest muncung paling menawan

Hahahaha...sebelum nak join contest ni nak perkenalkan diri dlu la... saya tau contest ni drpd blog umidanish..
pastu tiba2 teringat gambar yg baru shot hehehehehheeee... tak tau la blh membuatkan hati kak long tu tertarik atau tak sebab kak long yg jadi jurinya.... tapi kalo kak yong anak saya memang suka memanjang tgk gmbr ni...

kak long sila suka gmbr ini yer... hehehe
Tuan punya muncung: Adik Nur Faiqah Nayli binti Nor Rizaudin
Umur: genap 1 tahun 5 bulan hari ini.....
okey...siap....
silalah datang melawat....dadadaaaaa kak long..tima kasih kak long dan ibu kak long....

October 20, 2010

20-10-2010

nak jugak letak entry ni.... tapi just nak letak ini je... sbb takde special date for 20102010

October 18, 2010

Konvo DPLI-UPSI 2010

Hari Ahad bersamaan 17hb Okt 2010 telah berlangsung satu Konvokesyen DPLI di UPSI bagi ambilan julai 2009. Alhamdulillah setelah banyak pengorbanan yang dilakukan bukan sahaja saya sebagai isteri dan ibu, tetapi suami, mak, babah, mak dan ayah mentua dan adik-beradik yang lain serta anak2 kesayangan turut sama2 membantu sepanjang saya mengikuti DPLI ini.

Pagi2 lagi dah kejutkan anak2..dan seperti biasa kak yong akan ingat nak pegi sekolah je. Disebabkan anak2 bangun terlalu awal, saya dapat mengagak akan berlaku huru hara bila anak2 tak cukup tido. Dan...perkara itu benar2 terjadi....amukan di UPSI telah berlangsung dgn hebatnya...hahahhaa.... mujur mak babah dan suami ada utk mengawal amukan anak2..terutama si adik yg tak faham bahasa org dewasa lagi. yang dia tahu bahasa kanak2...Nak tido!!!!!! tu la yg dia ngamukkan... fuhhhhh....tgk je la gmbr ni...tak larat beb.. ni tulis dlm word dlu ni...esok copy paste je...

konon utk ibu tapi rupanya dia yg punya...!!

mana la ibu ni....

antara rakan seperjuangan....2 orang mak budak, sorang bakal mak 3 org single
ni dah kes nak mengamuk lg...tak mau bergambar langsung

muka kak yong yg kebosanan

mak babah yg hadir utk meraikan konvo kali ini...adik dah ngamuk nak tido

ni je gmbr kami berempat..kira abis cantik la gmbr ni..huhuu

konvo kali ini ada anak 2...hehhe

sebenarnya byk lg gmbr nk upload..tp malas la pulak...  cuma nak cerita serba skit hal2 konvo ni..
teringat masa first time konvo semangat dia lain sikit. nak baju baru, kasut baru, kalo blh time tu nk tudung baru jugak...siap amik cuti nak pegi raptai konvo....masa tu pulak ada mak babah dan tunang je... hehehe
dapat bunga drpd mak, drpd tunang...hehehe..kembang kuncup la dpt bunga kembang...

kali ni konvo dah berkawin, mak babah still datang. dan kalli ni bukan lg tunang yg datang tp suami beserta dua orang anak yg comel lg gerammmm...hehehehehe.... fuhhh..mencabar rupanya bila nk konvo kali ni. dok teringat anak kat mana, dah makan ke, nak yak ke, nak susu ke, meragam ke, nak tido ke....ermmmm memang mencabar rupanya...mujur la suami blh handle dan dibantu oleh mak dan babah... terima kasih mak babah sbb masih sudi datang konvo ma kali ni.

nak konvo yg ke 3???? ermm...bila dipikir2kan macam nak....sebab bila tertemubual dgn kak yong, dia kata syok la konvo.... yah nak jadi ibu...nak ada konvo...heheheh... semoga anak2 ibu akan jadi lebih baik drpd ibu....(teringat plak yah ckp dah besar nnt nak jd ibu...)

October 13, 2010

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa peringkat sekolah

Hari ni ada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan. ni fesbuk utk bulan bahasa kebangsaan..haa.. siap ada fesbuk tu.. facebook/bulanbahasakebangsaan

Saya ni perangkap ajk dokumentasi dan perakam peristiwa..maka, jd fotografi la hr ni.. hehe. Sebagai guru yang akan mengajar Bahasa Malaysia, saya turut ingin memartabatkan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu.

Sebelum kita nyanyi lagu, jom kita tgk gambar2 pelancaran...








sambung lagi selepas ini.....

October 12, 2010

Petua Supaya Anak Menjadi BIJAK


Jumpe post ni dlm fb. Rasa menarik utk dikongsikan bersama. lgpun sentiasa menjadi amalan kita sbg ibu bapa. Suami saya pun selalu usap2 kepala anak setiap kali nak tidokan diorang. dan setiap kali diusap kepala diorang tu mesti kumat kamit mulutnya.. tak pulak saya tanya apa yg dibacakan. hehehe..  tapi saya peratikan  bila suami yg usapkan kepala anak2, cepat je diorang tido. cuba kalo saya yg usapkan....ermmm.. tak tido2 jugak... akhirnya, bab tidokan anak diserahkan pada abahnya laaa....

meh kita baca ni utk diamalkan...insya Allah....

Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun  kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

October 8, 2010

saya nak internet di rumah

surat kepada en. suami...

buat suamiku tersayang,
entah kenapa sering aje ayang rasa sunyi..walaupun anak dua yang kita ada ni memekak tak kira siang atau malam. sering kali juga ayang rasa hiba walaupun abang sentiasa ada dengan ayang... tapi ayang tetap rasa sunyi dan hiba kerana ayang tak dapat nak berblog setiap hari..... nak berbisnes lagi..nak tmbh pendapatan kita jugak kan cayang....

oleh itu, blh kah abang bucuk intan payung ayang mengizinkan ayang untuk mendaftar streamyz di rumah kita.... plssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.... (dgn muka seposen merayu2 sambil melutut dan memegang kedua tangan)....

agak2 la blh approve ke idak ye...!!???
Related Posts with Thumbnails