February 29, 2008

Hari-hari membosankan tanpa Insyirah

Abah melepaskan kempunan makan mee claypot
Tembikai laici gelas besar...

Beef steak abah
Black pepper chicken

Beginilah keadaan bila ada anak tapi ditinggalkan di kampung..huwaaaaa!!!!!!!

February 25, 2008

Berjauhan dgn Insyirah syg





Hari Sabtu yang lalu ( 23 Feb 08) kami sekeluarga balik ke kampung (kuala kangsar) sebab nak tinggalkan Insyirah di bawah jagaan opah dan atuk. Pagi tu balik terus sampai ke Ipoh g singgah kedai abg Faizul. Tapi diorgnya takde, yg ada cuma atuk, pak lang jer..opah pun takde gak ikut g Kota Bahru amik stok kain.

Masa on da way balik, Insyirah ceria jer. Mulut tak henti2 dah skang ni. Asyik bersuara...aaa..aaa.. nak ckp jer. Nampak org pun tegur..walau pun tak kenal. hehe..Anak ibu sorg ni mmg peramah betul lah. Masa dlm keta, biarkan Insyirah duduk dlm car seat for baby.. Lagipun dia tidur jer dlm keta!

Bila terjaga, mesti la lapor...bg makan bubur yg buat pg tu. Pastu terus tak mo tidur. Bg baca buku...(tau ke baca tah la)...janji excited betui dia tgk buku yg kaler2 tu.. Buku tu ibu baru belikan semalamnya..hehe..(sempat gak g Ampang point cr buku baby..)


Masa kat kedai abg, amboi...suka jer dia. ye lah, ada ibu, abah.. atuk..tp dia tak mau plak kat paklang. hurmmm..tu lah, balik pun sesekali...mesti la tak kenal. Senyum boleh, dipegang jangannnn...... bak kata pepatah...Jinak2 merpati kan....

Balik ke rumah opah pun dia hepi sgt. amboi..mcm tau2 je nk duduk umah opah. Suke jer dia..

tapi hati ibu n abah ni...hiba sgt.. tapi demi kesihatan Insyirah, ibu kuatkan semangat. Terpaksa ibu tinggalkan Insyirah pd opah supaya jauh dr pencemaran alam utk Insyirah sihat...

Masa nak tinggalkan Insyirah malam tu, tak sanggup rasanya meninggalkan dia...lebih baik biar dia yg pegi ikut opah balik (mlm tu balik dr kedai abg). masa dia nk balik tu, nmpk dh sayu jer..ibu pun pura2 kuatkan semangat..tp hati ibu sedih sgt tau!!

huhuhu....ni pun sebak sgt..

Bila nampak Insyirah diam jer, suka + senyum bila ada dgn opah, Ibu syukur sgt sebab Insyirah nak dgn opah. risau jugak kot Insyirah tak mau plak. bila dah masuk keta, insyirah senyum2 gelak2 lgi...masa tu ibu yg dah tak tahan menanggung bebanan air yg bertakung di mata ibu... dan akhirnya hujan mencurah2 tatkalai kereta berlalu pegi.

huhuhuu..peluk kak linda n syamirah..lg la sedih...huhuhu..

Insyirah, maafkan ibu ye..tapi ibu terpaksa utk sementara ni shj. Bila antibodi Insyirah dh kuat, baru blh blk ke rumah tu. Ibu tak nak Insyirah sakit lagi...nt dok hospital kena cucuk laa...wat itu ini...Insyirah yg sakit.

Perpisahan ini hanya sementara sj sayang.. huhuhuhu....ibu n abah selalu teringat pada Insyirah. sunyi sgt insyirah takde di rumah..tp sabar....tak lama lagi insyirah akan kembali juge..hehhee

muahhhhhhh cayang insyirah dunia akhirat...muaaahhhmuahhhmuaahhh

February 20, 2008

Wajah2 Insyirah di Ampang Puteri Hospital

Hari pertama masuk hospital

Tengah seronok main tiub..tp dlm keadaan yg tak seronokAbah yang keletihan sebab tak cukup tidur layan anak

Drip air sebab tak cukup zat...Insyirah tak nak susu

Rasa tak best la....dok dlm spital lagi...!!!

February 19, 2008

Insyirah dah keluar hospital

Actually mlm tadi kitorang yang berkampung kat APSH telah dibenarkan balik walau dgn rasa hati yang berat oleh Dr. Haliza. Kerana, menurut Dr. Haliza ( siap compare kan xray hari ini dah 13 feb 08) ada sedikit jer lg kuman yg tersembunyi di dalam paru2 Insyirah. Bak luka di tangan kita..memang la dah mulai kecut, tp dia tak kecut sehabisnya lagi.. dan kemungkinan besar blh merebak lagi kerana ada lagi kuman pada luka itu... itu mengikut andaian dia la..sebab nk bagi mudah paham kat kitorang ni..

So katanya Insyirah perlu diletak dlm keadaan berjaga2. Antara beberapa pantang larang yg disebut oleh Dr. Haliza adalah seperti berikut;

1. Jangan bagi Insyirah terdedah kpd asap dan habuk
2. Jangan berada dalam kelompok yang ramai...even dlm kereta pun jgn ramai2 katanya...
3. Jangan bagi orang especially yg batuk n selsema (kanak2 biasanya) cium dia...
4. Jangan lagi berjalan malam or berada lama dalam kereta di waktu malam...cmne nk blk ngundi!!??
5. Jangan bg kipas direct pd dia masa tidur
6. Jangan bg menda2 sejuk...for sure Insyirah tak mkn la kan...tp ubat kena simpan dlm peti ais..
7. Ibu jangan lagi minum ais or sejuk dan makan menda2 sejuk kalo nk terus susui baby...huhu.. i miss watermelon a lot.....

itu je la dlu kot...tak ingt dah. Now, Insyirah under observation.. di bawah jagaan opahnya.

Hari ni ibu g keje..walau bdn mmg dh tak larat sebab demam dr hari Ahad lg.. semalam lepas temankan Insyirah pegi xray, ibu muntah sebab perut rasa sebu n senak...mungkinkah kesan dr radioaktif tu...

Nak sagt tgk Insyirah senyum, tp Insyirah masih lagi lesu n tak aktif mcm dlu. Suruh main dlm walker pun tak mau semalam..huhu...siannya anak ibu...akibat dr ubat tu agaknya.

k la..nnt ibu upload gmbr Insyirah selepas keluar hospital ye... skg ni nk rehat jap..penat

February 15, 2008

Hari ke-6

Hari ni hr ke6 di APSH.. Tapi hr ni ibu keje sambil jaga Insyirah... sebab opah g ikut mak long g shah alam ptg td. Ptg td Insyirah dh tak nangis bile kena physio tepuk2 kat belakang tu...nangis hek hek hek jer... very poor Insyirah sebab dah redha dh kena tepuk..

Tak banyak yg nk tulis kat sini..cuma nk inform yg roomate Insyirah asyik dtg dan pegi. Tapi Insyirah still lg di sini..huhu.. Abah dtg ptg tido sini malam ni..Abah pun kesian gak kat dia. Berulang alik tiap2 hari. Hari tu abah citer, nyaris abah tak jatuh sebab mengantuk masa bawak moto. Isk...hati2 ye abah...

K la..hr ni penat. nk rehat dr menatap laptop. Badan rasa kurang sedap jer...

February 14, 2008

Berita yang kurang sedap diterima

Petang semalam Dr. Haliza dtg check Insyirah dan bagi keputusan ujian darah dan x-ray.. huhuhu...Dr kata dia ada komplikasi pada paru-parunya. Dr. cakap ada seakan tompok besar pada paru-paru sebelah kanan Insyirah.. Pneumonia atau radang paru-paru.... ini lebih teruk dr bronkolitis katanya..

So, pagi ni ibu pun cari la apakah yang dimaksudkan dgn pneumonia itu...

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

APABILA mendengar seseorang diserang pneumonia, ada segelintir orang mengaitkan ia dengan penyakit jangkitan kelamin tanpa mengetahui makna sebenar pneumonia. Salah tanggapan ini secara tidak langsung boleh menimbulkan persepsi buruk yang menjejaskan imej pesakit.

Pneumonia ialah radang paru-paru disebabkan jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ia merujuk kepada semua jenis jangkitan yang berlaku pada paru-paru.Penyakit seperti flu, batuk kering dan Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) juga dikategorikan sebagai pneumonia kerana membabitkan keradangan pada paru-paru.

Jangkitan menyebabkan keradangan paru-paru boleh berlaku apabila sistem imun kita lemah dan tidak dapat memusnahkan mikro organisma yang memasuki badan.Boleh dikatakan hampir setiap hari kita terdedah kepada semua punca yang boleh menyebabkan keradangan tetapi bagi individu sihat, sistem imun bertindak ‘membunuh’, memusnah dan menyingkirkan bahan asing berkenaan daripada badan. Jadi, kita terselamat daripada jangkitan.

Bagaimanapun, di kalangan individu yang mengalami masalah sistem imun lemah, agen perlindungan badan ini tidak dapat berfungsi dengan baik untuk melawan bakteria atau virus sehingga ia sampai ke paru-paru dan menyebabkan keradangan.

Perunding Respirologi dan Kesihatan Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Lim Kim Hatt, berkata pneumomia boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama warga tua berumur 65 tahun ke atas atau kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

Malah, insiden (jumlah kes) dan kadar kematian akibat radang paru-paru adalah tinggi di kalangan warga tua.Di Amerika Syarikat, pneumonia adalah penyebab kematian keenam utama yang menjangkiti lebih tiga juta penduduk setiap tahun.

Lebih setengah juta pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital dan dianggarkan lima peratus (kira-kira 6,000) daripada mereka menemui maut.Pneumonia bukan penyakit yang boleh dipandang ringan kerana jangkitan serius boleh membawa maut, khususnya kepada pesakit tua. Dianggarkan 20 hingga 30 pesakit yang mengalami keradangan paru-paru serius meninggal dunia akibat penyakit ini.

Namun, jumlah sebenar pesakit pneumonia di negara kita sukar dipastikan kerana ramai mendapatkan rawatan dan mengambil antibiotik sebaik tidak sihat.Tindakan ini dianggap langkah baik kerana ia dapat menghalang mikro organisma daripada membiak dalam badan dan menyebabkan jangkitan.

Katanya, radang boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua paru-paru dan jika membabitkan paru-paru kiri dan kanan bermakna keradangan dialami adalah serius.Jumlah kes radang paru-paru dan kematian biasanya tinggi di kalangan orang tua dan kanak-kanak kerana pada dua kumpulan usia ini sistem imun mereka lemah.

Punca
Banyak perkara boleh menyebabkan pneumonia, tetapi secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
Jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae (S pneumoniae), Mycoplasma pneumoniae dan kuman Tuberculosis (Mycobacterium tuberculosis).

Bakteria S pneumoniae atau pneumococcus adalah penyebab pneumonia paling lazim di Malaysia.Jangkitan virus seperti virus flu, SARS, pneumonia cacar air (terutama pada orang dewasa). Bagaimanapun, kes jangkitan virus jarang berlaku.

Jangkitan fungus seperti actinomycosis, nocardiosis, histoplasmosis, coccidiomycosis, blastomycosis, aspergillosis dan cryptococcosis.Secara umumnya, jangkitan akibat fungus jarang berlaku dan biasanya hanya menyebabkan masalah pada individu yang mengalami masalah sistem imun lemah seperti pesakit Aids/Hiv atau kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Pada individu sihat, fungus tidak menyebabkan masalah kerana badan akan bertindak menyingkirkannya dengan segera.

Bagaimana bakteria ini boleh merebak dan menjangkiti?
Dalam kebanyakan kes, seseorang itu boleh mendapat bakteria pneumonia apabila menyedut udara mengandungi percikan halus air liur atau cecair hidung individu yang dijangkiti.

“Percikan cecair mengandungi bakteria biasanya terjadi ketika seseorang itu batuk dan bersin. Ini sebabnya kita dinasihatkan menutup mulut dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin bagi mengelak jangkitan.

“Dalam keadaan lain, pneumonia boleh berlaku apabila bakteria atau virus dalam mulut, hidung atau tekak memasuki paru-paru. Paru-paru kita membabitkan ribuan kantung atau beg udara. Apabila memasuki paru-paru, mikro organisma ini membiak dalam kantung udara itu,” kata Dr Lim.

Lama kelamaan, kantung udara ini dipenuhi cecair dan nanah sebagai tindak balas badan menentang jangkitan. Kehadiran cecair dan nanah ini juga menyebabkan pesakit sakit dada. Kesakitan ini bertambah jika pesakit mengalami batuk yang teruk.

Gejala
Gejala pneumonia berbeza mengikut jenis punca keradangan. Jangkitan bakteria juga dikenali sebagai pneumonia tipikal yang akan menyebabkan:
Demam panas.
Menggigil.
Batuk.
Ruam.
Sakit otot.
Kahak pekat berwarna kekuningan dan kadang kala mengandungi darah.
Sakit dada yang semakin teruk jika lebih banyak batuk.
Sukar bernafas (Bagi kes teruk. Ini menandakan banyak kantung udara dalam paru-paru yang dijangkiti).

Bagaimanapun ada kalanya pesakit, terutama golongan tua dan kanak-kanak, mengalami gejala yang tidak khusus seperti muntah, cirit-birit, sakit kepala, letih lesu serta tiada selera makan.

Gejala akibat jangkitan virus atau fungus (pneumonia atipikal)
Batuk yang kering (tidak berkahak atau berdarah).
Demam.

Bagaimanapun, kata Dr Lim, gejala yang disenaraikan di atas adalah gejala umum dan doktor perlu menjalankan pemeriksaan rapi sebelum dapat mengesahkan seseorang itu menghidap pneumonia melalui ujian sinar-X dada.

Selain itu, doktor mungkin memeriksa air liur dan membuat ujian darah untuk mengukur bilangan sel darah putih.Keputusan ujian darah ini membolehkan doktor mengetahui punca pneumonia sama ada disebabkan jangkitan bakteria atau virus.

Rawatan
Rawatan utama pneumonia ialah memberi antibiotik kepada pesakit. Hanya pesakit yang mengalami keradangan paru-paru serius perlu dimasukkan ke hospital seperti pesakit tua dan individu yang turut mengalami masalah kesihatan seperti dibincangkan di atas.

Dalam kebanyakan kes, pesakit yang muda dan sihat (tidak menghidap penyakit lain) dibenarkan balik selepas mengambil ubat. Gejala pneumonia biasanya hilang selepas beberapa hari.

Gejala seperti demam dan batuk hilang dengan pengambilan ubat secara teratur, tetapi rasa letih lesu berlanjutan antara satu hingga dua minggu.Namun jika jangkitan disebabkan virus, doktor tidak akan memberi antibiotik. Ini kerana antibiotik tidak memberi kesan kepada virus.

Walaupun rawatan pneumonia nampak mudah, penyakit ini tidak boleh dibiarkan tanpa rawatan. Melengahkan rawatan boleh menyebabkan pengumpulan cecair dan nanah dalam dada iaitu pada kantung udara paru-paru.

Kehadiran cecair dan nanah mengambil ruang dalam dan mengurangkan keupayaan pesakit untuk bernafas. Ini sebabnya pesakit terasa sesak dan sukar bernafas serta sakit dada setiap kali batuk. Jika dibiarkan, nanah bertambah banyak dan menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas.

“Jika didapati ada nanah, doktor akan menebuk satu lubang kecil di bawah dada untuk mengalirkan nanah keluar. “Yang dibimbangkan ialah jika jangkitan menjadi bertambah buruk kerana ia boleh merebak dan menjangkiti organ badan lain melalui aliran darah (septesemia),” katanya.

Kini ada cara boleh dilakukan untuk mengelak anda mendapat jangkitan bakteria pneumococcus iaitu mengambil suntikan vaksin.Walaupun semua orang boleh mendapatkan vaksin, ia lebih disarankan untuk warga tua (berumur 65 tahun ke atas), kanak-kanak di bawah dua tahun dan individu berpenyakit.

Bagi orang dewasa, suntikan hanya perlu diambil sekali dan diulang selepas lima tahun. Bagaimanapun, kanak-kanak memerlukan beberapa dos bagi membolehkan badan mereka membina daya ketahanan secukupnya bagi melawan ancaman bakteria ini.

Pada masa sama, beliau menyarankan semua orang mendapatkan suntikan vaksin flu kerana virus influenza juga adalah antara penyebab utama masalah pernafasan dan keradangan paru-paru.

Selain itu, amalan hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang, kerap bersenam, cukup rehat dan berhenti merokok dapat mencegah masalah radang paru-paru.

Golongan berisiko
Perokok (asap rokok melemahkan sistem pertahanan dalam paru-paru dan mendedahkan mereka kepada jangkitan).
Individu yang tidak cukup zat.
Individu yang minum terlalu banyak minuman beralkohol. Minuman alkohol boleh mengganggu proses menelan dan individu yang makan ketika mabuk mempunyai kecenderungan untuk tercekik kerana ada kebarangkalian makanan memasuki saluran pernafasan dan sampai ke paru-paru.
Individu yang tinggal di rumah perlindungan yang sesak. Dalam keadaan ini, bakteria mudah tersebar dan kebarangkalian penghuni mendapat jangkitan adalah tinggi.
Individu yang menghidap penyakit membabitkan saluran pernafasan seperti masalah paru-paru, asma (kurang terkawal), bronkitis kronik (keradangan salur udara ke paru-paru), kencing manis yang tidak terkawal, kanser serta mengalami masalah pada buah pinggang, hati dan otak.
Individu yang ada masalah lemah sistem imun badan.

Perlindungan vaksin
Individu berumur 65 tahun ke atas.
Kanak-kanak di bawah umur dua tahun.
Individu yang mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru, hati atau buah pinggang.
Pesakit kencing manis, Aids/Hiv, penyakit sel sikel (bulan sabit).
Individu ketagih arak.
Individu yang menjalani rawatan yang melemahkan sistem imun badan.
sumber: Berita harian

February 13, 2008

sambungan tadi...

Lebih kurang kol 11.45 tadi org x-ray dtg bilik utk wat x-ray Insyirah. Siap dtg bilik lg dgn peralatan x-ray yg besar tu.. sebelum tu buat physio kat bilik jugak. Ini disebabkan Insyirah dah kena ikat dgn saluran oxigen..

hurmm..dah la nangis sebab wat physio, pastu kena wat x-ray pun nangis jugak sebab tak biasa dgn org lain. huhuu..siannya. kecik2 lagi dah 2 kali x-ray. tapi selepas wat xray tadi, Insyirah berselera betul mkn bubur nasi. Lapar sgt sebab kena 'puasa'...

Maklong n Alia dtg lagi..semalam pun diorg dtg..hr ni pun dtg lg..bestnya opah n ibu. tak la boring sgt kan..Opah lagi boring sebab tak keluar2 dr hospital ni. Keluar pun setakat g cafe kat bawah ni aje..hehe


tadi baru perasan, tangan kanan Insyirah bengkak sebab kena cucuk tu..cucuk tu utk masukkan ubat antibiotik. tak sangka plak bengkak...agaknya mlm td dia demam sebab bengkak tgn tu la..ni dh bukak balik..tp mungkin kena cucuk lg utk masukkan ubat..huhuhu..tak sampainya hati ibu dgr raungan Insyirah... Check temp 37.5 deg..demam balik..

Bila la blh tgk Insyirah tersenyum dan ceria seperti sedia kala...rinduuuuuuuuuuuuuuuu sgt kat senyuman sayang ibu...huhuuhuhuhu...

Back to Ampang Puteri - v4


Hari ni hari ke 4 kami bermalam di sini. Huhu...malam yang paling penat dan menyedihkan. Insyirah nangis tak blh tido bermula pukul 10 lebih disebabkan batuk yang makin teruk ibu rasakan. Wheezing makin kuat dan paling mengerikan ibu rasakan. tak penah ibu dgr macam tu punya kuat. dah la diganggu dgn batuk kokol lagi.

Pukul 2 pagi baby terbangun sebab batuk lagi. sehingga memeritkan tekak ibu. huhuhu.... kesiannya anak ibu cyg. sampai pukul 3 baru dia blh tido... Tapi pukul 5 ibu terkejut bila terbangun dgr rengekan Insyirah..Ya Allah, panasnya bdn. Terus ibu kejutkan opah dan tekan button for nurse. Bila check, udah 40.4 deg temp. Tingginya suhu..terus nurse masukkan ubat thru her butt.kesiannya dia..wheezing kuat sgt lagi. nurse bg nebulizer utk redakan skit.

Pagi pukul 7 demam dh surut skit..tp nurse check pukul 8 suhu dlm 37.6 plak.. Doc dtg td katanya akan tmbh lg ubat ape tah... oxigen pun akan diberikan pada baby. sebab paru2 kurang oxigen.

k la..tunggu maklong ni..dah dtg tapi tak dpt parking.

February 12, 2008

Back to Ampang Puteri - v3

Hari ni masuk hr ke-3 Insyirah di sini. Tgh mlm tadi badannya panas jugak tp setakat 37.6...terus nurse bagi mkn ubat demam. Alhamdulillah..so far, suhu badan tak mencecah lebih 37.5 lagi.. Tapi hari ni dh start buat physio..so kena suction lagi la...aduh...paling perit ibu rasakan. Tak terdaya nk tgk tapi apakan daya, demi kesihatan Insyirah, ibu gagahkan jugak.

Sebak, hiba, sedih sume ada masa Insyirah kena suction td. Udah la sakit kerongkong, masa masukkan tiub tu, ibu nmpk ada merah, lendir/kahak berdarah yang kuar. panik jugak ibu. tapi nurse tu bgtau itu biasa sebab tekak dia dah semacam bengkak, merah..so akan ada luka bila buat suction tu. huhuhu...Opah pun tak tahan tgk keadaan Insyirah mcm tu..tak pasal2 nurse tu kena pukul (sikit je la..) sebab opah ngeri sgt tgk tiub tu masuk dlm hidung n mulut Insyirah.



Sabar je la ibu dapat katakan.. mmg la mengalir air mata, tp ibu kuatkan semangat utk Insyirah sayang..mmmuuaahhhh...bila dah abis suction, Insyirah terus tido. menangis pun dah takde suara tapi nampak kelegaan bila kahak dh berkurang.

Malam plak suhu naik skit..37.6.. Ya Allah..turun naik je suhunya. Macam mana la ibu nak tinggalkan Insyirah dgn opah esok supaya ibu blh g keje. Tapi hati ibu ni berat utk bersama Insyirah supaya Insyirah kuat. Tengok la macam mane kan...

February 11, 2008

Back to Ampang Puteri - v2

Hari ni hari ke2 Insyirah d sini. Ya Allah...demamnya turun naik...kejap 38, pastu 37, pastu 39.. sehingga ptg ni, temp Insyirah dh 40 (pukul 5 lebih tadi..) huhu

Batuk dh semakin teruk. Sampai tak blh nak menyusu..ibu rasa dh 2 hr Insyirah tak mo nyusu.. Tp sib baik la doc bg drip ni..kalo tak lagi lemah la Insyirah. Keadaan Insyirah mmg dah tak mcm Insyirah dlu..smpi nurse kat sini pun ckp, Insyirah dh tak aktif..yelah, badan lesu tak cukup makan mcm mana nk aktif...Sume org kesian kat Insyirah sebab mata merah, bengkak lagi..ibu pun hiba sgt...mujur ada opah..maklong n alia pun datang td. Blh la tolong skit kan... Tapi Insyirah ni dh tak mo kat org lain..tu yang penat skit. takpe la, biarla penat asalkan Insyirah sihat dan tak meragam mcm semalam....

Skg pukul 7.22 tgh tunggu turn nk mandi. Insyirah plak tido. Suhu bdn setakat ni..ermmm dh 36.9 sebab dah masuk ubat ikut bontot tadi. Dr. Haliza dtg kata esok start buat phisio..n maybe take a few days kat sini...Takpe la, asalkan baby ibu ni sihat dan ceria seperti biasa. Senyum pada semua org. Ibu dah rindukan senyuman manis Insyirah....:(

Back to Ampang puteri Feb 08 - v1

Pagi Ahad 10 Feb 2008 sekali lagi ibu bwk Insyirah ke Ampang Putri Specialist Hospital disebabkan demam panas. Mmg tinggi temperaturenya sehingga dh 38.9 masa tu. Batuknya tak henti2 plak tu...sehingga sakit n perit je ibu rasa kat kerongkong ibu ni... Atas nasihat doc, Insyirah lebih baik admit hospital sebab blh dijaga dgn rapi. Yelah, kalo tgh2 mlm high fever, blh jugak panggil nurse..udah la keadaan Insyirah lesu tak bermaya...huhu

so tido la kat bilik 608. nak dapatkan bilik sebelum ni, dah ada orang plak. Petang semalam, tgh lepak2 sambil menjeram badan Insyirah dgn tuala basah, tetiba dia menggigil...panik juga ibu. Abah dah la takde, balik umah jap ambik brg keperluan. tapi ibu yakin, td dh diberi ubat, Insya Allah...akan reda, mungkin panas bdn tgh berperang dengan ubat baby. Tapi secara tiba2 bila dia dh tak menggigil, panas badan naik mendadak...sib baik abah dtg. panggil nurse minta tgkkan..rupanya temp dh 39.8...mmg dh high dh tu...huhuhu...

Tapi, itulah...bila dah ada di hospital, insya Allah kita akan dibantu oleh nurse. so, ibu n abah tak la panik. tapi bab ngamuk dr pukul 6 lebih smpi 10 lebih takkan ubu lupakan.. sehinggakan terpaksa belikan buaian utk insyirah..huhu... Mujurlah waktu tu mama n famili ada dtg dan opah pun ada..dah ada buai pun takmo tido...xtau dah ibu...huhuhulast2 bwk kuar, dodoikan kt koridor tu baru blh lena...x suke dok lam bilik tu agaknya..
k la... to be continued...

February 9, 2008

Demam lagi...

Start dari semalam, 7 Februari 08 Insyirah dah mula demam. Agaknya kali ni demam nk duduk kot..sebab kakinya dh mula bersilang nk duduk. hurmm..demam kali ni agak lama...biasanya sehari je. ni dh masuk hari ke3...

Tapi dah bawak jumpa doc dah. kesian plak tgk bila dia tak sihat badan.. lesu aje. tp bila dh kebah skit, mula la aktif plak. semua nk explore. Tidur pun kejap2 jer.. tak selesa batuk jer...
Cuti raya Cina ni nasib baik la tak ke mana...dah Insyirah pulak tak sihat, ibu pun dh mula sakit tekak..nasib baik dh minum air panas kosong cepat2..

Hari ni 9 Feb 08 hari jadi abah....huhuhu.. sori la abah, ibu tak sempat nk buat kek kat abah. Dari dulu dh bhajat nk buat kek special utk abah.. tp dh anak demam plak, tak mo berenggang plak dgn ibu. Tahun ni kita sambut birthday dengan anak sakit je... bulan lepas sambut birthday ibu dlm wad...kali ni ibu pun tak sempat nk beli pape lg...takpe la kan, adiah blh bagi bila masa pun...

hari ni plan nk masak apa kat abah ye... semalam masak gulai asam pedas ikan patin...sedap gak! abah pun berselera makan..hehe...bestnya! hurm..masak kurma ayam la hari ni..favourite abah tu..

okey la.. nk tgk baby dh hek..hek...boring dah main.

February 5, 2008

Insyirah pakai tudung

Ahad, 3 Februari 08 ikut opah, atuk, pak ngah, mak ngah n anak2 n also ucu pegi amik kain (bisnes) kat Jalan TAR. Tengah dok tgk2 kain tudung n baju yg banyak dan merambangkan mata ibu, akhirnya ibu rembat satu tudung kecik utk Insyirah... hehe

Comey ke?? tapi tak lama pun dia nk pakai... eksen je...kekonon nk pakai..tak sampai 10 min pun pastu terus nk bukak..tapi ramai la yg dtg lalu lalang kat situ, sume geram tgk Insyirah pakai tudung. Terserlah pipi yg tembam tu..hehehe..

February 1, 2008

Insyirah @Ampang Puteri Hospital





Selasa, 29 Januari 2008, Insyirah admit Ampang Puteri Specialist Hospital. Dia tak sihat lagi.... Kali ni tekad nk bawak jmpe specialist. Kesian ibu tgk Insyirah tak sihat lagi. Syirah kalo tak sihat pagi2 mesti dia merengek..hek..hek..hek... termengah2 lg.


Pukul 10 jmpe Dr. Lim, dia ckp ni memang kena admit gak sebab wheezingnya kuat. kahak pun byk n pekat. Bunyi ketat je kat paru2 syirah..huhu. masa buat sedut kahak tu mmg jelas lagi terang warna kahak yg kehijauan tu...pekat semacam. patut la anak ibu ni asyik mengah je..



Rupanya kali ni Insyirah ada kawan se bilik... Anak nini (my colleague) also admit APSH the next day because high fever... itu pun satu kes yg tak disangka2..dah bwk g HUKM (emergency) pun tak admit hosp even temp dh 39 deg. ish....tinggi tu...takpe la...blh jugak temankan insyirah.. so kawan2 ibu blh dtg tgk sekali...hehe
Tapi yg penting anak ibu mesti sihat dan cergas. Takmo sakit2 dah pasni... tak sampai sebulan keluar hospital selayang dah masuk hospital ampang puteri plak.. pasni kita tak masuk wad dh ye syg...

k la...syirah dh bgun.. ibu tak leh sambung tulis blog dah...nnt ada masa ibu masukn gmbr ye...

ops.. skg ni Insyirah dh ada kt umah..Dia masuk spital 3 hr jek sebab ibu dh belikan earo chamber utk syirah...so lg senang buat kt rumah jer... n now she getting well, juz small wheezing but only in the morning.

ok la..syirah pun dh start nk tulis blog dah...geram kt keyborad laptop ni...muuaahhh...cyg bucuk ibu

My Maxis broadband


hari ni i beli maxis broadband utk kegunaan di rumah especially bila berada di luar ofis. cehhh...baru nk test la hari ni..hehe..


blh la surf internet kat umah je pasni. taklah menyalahgunakan servis internet di ofis lagi utk cek emel, tulis blog, friendster, upload gmbr baby... antar resume, isi borang online...fuhhh..byk gak tu selama ni yg aku buat ek...hehe..


So far, servis ok. tp bila baca blog org pasal maxis ni, gerun pun ada..yelah, kontrak 18 bln tuh.. ramai gak yg tnya nape tak guna celcom? malas nk guna byk fon no. kalo nk beli device pun mahal plak..hehe...takpe, try yg ni dlu. cukup 18 bln, celcom buat servis lg baik aku pun amik celcom plak...




Related Posts with Thumbnails