February 19, 2008

Insyirah dah keluar hospital

Actually mlm tadi kitorang yang berkampung kat APSH telah dibenarkan balik walau dgn rasa hati yang berat oleh Dr. Haliza. Kerana, menurut Dr. Haliza ( siap compare kan xray hari ini dah 13 feb 08) ada sedikit jer lg kuman yg tersembunyi di dalam paru2 Insyirah. Bak luka di tangan kita..memang la dah mulai kecut, tp dia tak kecut sehabisnya lagi.. dan kemungkinan besar blh merebak lagi kerana ada lagi kuman pada luka itu... itu mengikut andaian dia la..sebab nk bagi mudah paham kat kitorang ni..

So katanya Insyirah perlu diletak dlm keadaan berjaga2. Antara beberapa pantang larang yg disebut oleh Dr. Haliza adalah seperti berikut;

1. Jangan bagi Insyirah terdedah kpd asap dan habuk
2. Jangan berada dalam kelompok yang ramai...even dlm kereta pun jgn ramai2 katanya...
3. Jangan bagi orang especially yg batuk n selsema (kanak2 biasanya) cium dia...
4. Jangan lagi berjalan malam or berada lama dalam kereta di waktu malam...cmne nk blk ngundi!!??
5. Jangan bg kipas direct pd dia masa tidur
6. Jangan bg menda2 sejuk...for sure Insyirah tak mkn la kan...tp ubat kena simpan dlm peti ais..
7. Ibu jangan lagi minum ais or sejuk dan makan menda2 sejuk kalo nk terus susui baby...huhu.. i miss watermelon a lot.....

itu je la dlu kot...tak ingt dah. Now, Insyirah under observation.. di bawah jagaan opahnya.

Hari ni ibu g keje..walau bdn mmg dh tak larat sebab demam dr hari Ahad lg.. semalam lepas temankan Insyirah pegi xray, ibu muntah sebab perut rasa sebu n senak...mungkinkah kesan dr radioaktif tu...

Nak sagt tgk Insyirah senyum, tp Insyirah masih lagi lesu n tak aktif mcm dlu. Suruh main dlm walker pun tak mau semalam..huhu...siannya anak ibu...akibat dr ubat tu agaknya.

k la..nnt ibu upload gmbr Insyirah selepas keluar hospital ye... skg ni nk rehat jap..penat

1 comment:

MiE & MaI said...

mama, banyak2x bersabar kay....insyaalah ada hikmah di sebalik semua ini.....take care....salam sayang dr ibu aiman

Related Posts with Thumbnails