Hari ni masuk hr ke-3 Insyirah di sini. Tgh mlm tadi badannya panas jugak tp setakat 37.6...terus nurse bagi mkn ubat demam. Alhamdulillah..so far, suhu badan tak mencecah lebih 37.5 lagi.. Tapi hari ni dh start buat physio..so kena suction lagi la...aduh...paling perit ibu rasakan. Tak terdaya nk tgk tapi apakan daya, demi kesihatan Insyirah, ibu gagahkan jugak.
Sebak, hiba, sedih sume ada masa Insyirah kena suction td. Udah la sakit kerongkong, masa masukkan tiub tu, ibu nmpk ada merah, lendir/kahak berdarah yang kuar. panik jugak ibu. tapi nurse tu bgtau itu biasa sebab tekak dia dah semacam bengkak, merah..so akan ada luka bila buat suction tu. huhuhu...Opah pun tak tahan tgk keadaan Insyirah mcm tu..tak pasal2 nurse tu kena pukul (sikit je la..) sebab opah ngeri sgt tgk tiub tu masuk dlm hidung n mulut Insyirah.
Sabar je la ibu dapat katakan.. mmg la mengalir air mata, tp ibu kuatkan semangat utk Insyirah sayang..mmmuuaahhhh...bila dah abis suction, Insyirah terus tido. menangis pun dah takde suara tapi nampak kelegaan bila kahak dh berkurang.
Malam plak suhu naik skit..37.6.. Ya Allah..turun naik je suhunya. Macam mana la ibu nak tinggalkan Insyirah dgn opah esok supaya ibu blh g keje. Tapi hati ibu ni berat utk bersama Insyirah supaya Insyirah kuat. Tengok la macam mane kan...
No comments:
Post a Comment