May 11, 2019

Menjadi Isteri Solehah

Cerita sebagai pengajaran bersama


Assalamualaikum...

disini kita nak kongsi sedikit cerita bagaimana seorang wanita bergelar isteriboleh dijadikan contoh kepada wanita2 lain..kita pun dah tak ingat mana kita dapat cerita ni..memang dah ada dalam hard disk kita..so just want to share with all of u..especially women..Kejadian ini berlaku dalam tahun ini.

Saya lakarkan kembali bagaimana saya mengenali pasangan suami isteriini. Sebenarnya saya telah mendapat kebenaran darimereka untuk menceritakan di RJ ini untuk dijadikantauladan. (puas pujukkkkk..... baru setuju.... merekajuga warga RJ tapi tak pernah hantar posting..... malukott..).

Saya namakan isterinya Tina (nama samaran)dan suaminya sebagai Mizi( juga nama samaran).Seperti biasa di hujung minggu saya akan menghadirikuliah/ceramah agama bersama suami ataupun kakak sayaATEH (mungkin ada netters yang mengikuti kisah PESANANIBU KEPADA ANAK-ANAK PEREMPUANNYA).

Pada hujung minggu tersebut kami suami isteri menghadiri kuliah agamayang berasingan keran a saya ingin mengikuti Ateh kekuliah agama di Masjid tempat tinggal beliau di ShahAlam.


Selepas habis kuliah Ateh mengajak saya ke Kompleks PKNS untuk mencari jubah untuk anaknya yangsedang belajar TAHFIZ di Johor. Kira-kira sejam kamidua beradik meronda Kompleks PKNS tiba-tiba kamiterpandang seorang wanita dalam lingkungan awal 30ansedang menangis di kerusi depan Bank.

Ateh saya niememang prihatin pantang nampak orang susah mulalah nakbusybody. Tanya punya tanya rupa-rupanya beliau barulepas bertengkar dengan suami dan suaminya tinggalkandia di situ dan di suruh balik sendiri.........

MasyaAllah apa punye suami nie........ tak sayang binike???? tanya saya dalam hati. Ateh suruh saya hantarTina ini balik ke rumahnya si Subang Jaya.......(geramlak saya..... nape saya lak kena hantar tapi tak pertolong orang susah.. ini hari dia.....).

MalangnyaTina tak mahu balik.... nak dipendekkan cerita Atehajak dia balik ke ru mah Ateh di Shah Alam. Sambilmemandu saya perasan ada kereta mengekori kereta sayadan saya bertanya pada Tina, suaminya pakai keretaapa. Memang sah yang mengekori kereta saya adalahsuami Tina. Saya buat dono jer....... lagilah sayadrive gila-gila.....(hari minggu jalan lenggang).Apabila sampai di rumah kira-kira 10 minit... adapanggilan untuk Ateh untuk menguruskan jenazah jadisaya pun ajak Tina gi ke rumah saya.

Apabila sampai dirumah saya belum pun sempat masuk ke rumah suami Tinakeluar dari kereta dan mengheret Tina masuk ke keretamereka saya hanya mampu pandang saja sebelum tu sayasempat beri Tina no. handphone dan rumah padanya. Padasebelah malamnya suami Tina talipon saya (mungkindapat no tel. dari Tina) memberitahu supaya janganbenarkan Tina menumpang di rumah saya dan beliaumenceritakan keburukan isterinya dan saya cumamendengar saya dan beliau telah memberi no. taliponnyapada saya.


Dengan takdir Allah sebulan kemudian Tina datang kerumah saya seorang diri dengan memandu keretanyasendiri dan tinggal dengan saya selama kira-kira 2minggu. Sebenarnya mereka ini mempunyai dua cahayamata berumur 5 tahun dan 2 1/2 tahun. Tanpapengetahuan Tina suami saya telah menalipon Mizimeminta supaya membenarkan Tina tinggal bersama kamisehingga hatinya sejuk.


Pada mulanya saya kurangsetuju tapi suami saya memujuk mungkin ada hikmahmengapa Allah memilih rumah kami. Saya risaukalau-kalau Mizi menganggap kami campurtangan urusanrumahtangga mereka. Tanpa pengetahuan suaminya Tinaselalu menjenguk anak-anaknya di rumah baby sitteruntuk melepaskan rindunya selepas waktu kerja ataulunch time..... kesian..... kasih ibu....


Sepanjang Tina berada di rumah saya..... tak pernahsekalipun saya menasihati Tina kerana suami saya takmembenarkan saya menambahkan lagi kerunsingan Tina dantakut kalau dia lari ke tempat lain dan m elakukanperkara yang tak elok. Sebaliknya Tina menceritakankesengsaran yang di hadapinya hidup bersamasuaminya.... suaminya tak mahu menolong kerja rumahwalaupun mereka sama-sama berkerja...... anak menangispun dibiarkan tak mahu tolong pujuk....... danberbagai-bagai keburukan suaminya yang dipaparkanhinggakan bab dalam bilik pun diceritakan (kene sensornie...... baya.... baya......) tapi tak satupunkebaikan suaminya yang diluahkan. Saya hanya mendengartanpa mengulas hanya saya katakan ini semua dugaandariNya.


Sehinggalah di suatu malam saya melihat Tinamenulis sesuatu dan saya cuba bertanya:-


Saya : Tina tulis surat kat Mizi ke?

Tina : Tak lah.....(terus menangis)Saya : Kenapa Tina tak suka duduk rumah Kak Su?Tina : Kak Su...... Tina rasaaaa..... Tina bukanisteri dan ibu yang baik kak......(nape laknie.......... sambil menghulurkan kertas tulisannyapada saya)Saya : Apa maksud Tina men ulis semua nie..........rasa Kak Su ini semua berkaitan rumahtangga KakSu......Tina : Ya Kak..... Tina senaraikan semua yang Tinanampak dan Tina nak praktikkan bila Tina baliknanti..... Walaupun Kak Su tak pernah memberitahu Tinatapi perbuatan Kak Su sekeluarga lebih-lebih lagi caraabang mendidik keluarga Kak Su..... Tina rasa amatterharu..... Tina banyak kekurangannyaKakkkkk......(menangis lagiiiii oiiiii.......)Saya : Tina.... apa yang Tina lihat dalam rumahtanggaKak Su sebenarnya banyak yang berlaku di luar sanamungkin Tina tak jumpa lagi...... baguslah kalau Tinanak praktikkan nanti...... semuga Tina berjaya danmenjadi isteri yang solehah......(kami berpelukansambil menangis....)Warga RJ nak tahu apa yang Tina tuliskan (kat RJ nitak boleh attached terpaksa saya copy):-1. Menyediakan sarapan pagi untuk abang dan anak-anak.Air suam untuk abang.2. Menyediakan pakaian abang dan menyediaka nanak-anak ke sekolah3. Pakaikan abang stokin, keluarkan kasut dan bukapintu rumah dan pintu pagar untuk abang (maluakuuuuuu.... ini pun dia tulis.. lah...)4. Salam abang dan cium pipi (opsssss.... janganlebih-lebih oiiiiii) mintak maaf segala kesalahan danhalalkan makan minum. Abang pegi keje.5. Masak lauk kemudian simpan dalam petiais untukmakan malam takut petang tak sempat masak. (ini pundia tulis.... hancusss)6. Hantar dan menjemput anak ke sekolah7. Petang balik dari kerja masak nasi dan panaskanlauk hidangkan makan malam kemudian kemas (detailbetul dia tulis)8. Solat berjemaah bersama anak-anak dan mengajar anakmengaji dan beri tazkirah pada anak-anak.9. Semak buku sekolah anak dan ajar kerja sekolah10. Baju sekolah dan baju abang basuh ngan tangan yanglain-lain masuk mesin basuh (nasib baik tak tulisseluar kecikkkkk)10. Abang balik, buka pintu dan salam abang dananak-anak semua bersalam dengan abang11. Bukakan stokin abang dan simpan kasut di rak danbawa briefcase abang naik atas12. Sediakan air suam untuk abang. Abang makan rotitak makan nasi(apalahhh........ laki aku makan pun dia tulis....)13. Sidai baju, lipat kain dan gosok baju14. Semua dah tidur, kemas rumah baru masuk tidur.Tergelak besar saya..... macam buat nota sekolahlak.... biar betul dia nie....... malu bebenor saya.Cite kat suami... suami pun ikut gelak. Keesokkanharinya dia memohon untuk pulang kepangkuan suami dananak- anaknya. Alhamdulillah....Tina : Kak Su....... terima kasih kerana tumpangkanTina dan banyak pengalaman yang Tina dapat daripadaKak Su sekeluarga. Saya : Apa yang dah Kak Su buathinggakan Tina cakapa cam tu....?(sekadar nak menduga) Tina : (sambil menangis) Tinarasa apa yang terjadi semua ni salah Tina........ Tinabukan isteri yang solehah kak.......(kamiberpelukkan). Saya : Tidak......... Tina isteri y angbaik sebenarnya cuma belum cukup mendalami untukmenjadi muslimah.... insyaAllah Tina sedang ke arahitu sebenarnya...Semasa melepaskan Tina untuk pulang saya berdoa dalamhati semuga Mizi menerima dia kembali kerana daripadaperbualan saya dengan Mizi melalui talipon (Miziselalu talipon handphone saya menceritakan keburukanTina) ada ura-ura dia ingin berkahwin satu lagi cumatunggu masa yang sesuai jer.....Selepas peristiwa tersebut saya tidak mendengarapa-apa berita lagi dari mereka berdua sehingga bulanSeptember lepas, Mizi talipon saya di rumahMizi : Assalammualaikum Kak Su........ Kak Susihat.... abang sihat..... anak-anak macamana sihatke?????? (semacam jer.... bunyi suara mamat nie......happy semacam.......... dah kawin baru ke???????(masih lagi buruk sangka..... astagfirullahSolehah.... bertaubatlah). Saya : AlhamdulillahMizi.... Kak Su sekeluarga sihat... keluarga Mizimacamana..... sihat ke??? ????? Mizi : InilahKak...... yang Mizi nak bagitau......... Kak Su.......Mizi rasa macam hidup kat dunia baru lak...... Saya :Arghhhhh...........(biar betul dia nie....... duniabaru?????????? baru lepas hisap dadah ape ker??????buruk sangka lagi...... beristighfarlah solehah!!!!)Mizi : Kak Su... Tina banyak berubah sejak balik darirumah Kak Su..............(belum dia habis cakap sayadah potong) Saya : Mizi...... Kak Su dan abang takpernah hasut Tina yang bukan- bukan, nasihatkan puntidak.... kami cuma dengar jer apa yang dia cerita....kalau Mizi rasa Kak Su dan abang bersalah...... Kak Suminta maaf banyak-banyak...... mintak maaf Mizi...Mizi : Kak Su.... Mizi lum abis citer lagi..........sebenarnya apa yang tak pernah dia buat selama nie....dia buat contohnya..... bila Mizi pulang dia sambutMizi tolong bukak kan pintu pagar dan salam.......anak-anak dia dah amik awal kalau dulu walaupun diabalik awal dia tak akan amik anak-anak tunggu sampaiMizi pulang..... dia bukakkan stokin.......... diasediakan air suam untuk minum....... kemudian dia naikatas sedikan tuala untuk Mizi mandi....... sediakanbaju...... kalau Mizi belum solat dia akan bentangkansejadah..... dia sediakan makan malam walaupun telurgoreng ngan sayur jer.... dia mesti masak... dia takbagi Mizi beli katanya makanan kat luar tak berapabersih dan sihat untuk keluarga dia....(saya tersenyum sendirian).Saya : Baguslah macam tu Mizi ada perubahan........Mizi : Ada lagi Kak Su........(excitednya mamatnie......) pagi-pagi dia bangun kul 5 am selalunya kul6.30am baru bangun itupun liat..... sembahyang subuhselalu terlepas... Mizilah yang sediakan bakulanak-anak untuk dibawa ke rumah baby sitter. Tapisekarang bila Mizi bangun semua dah sedia sarapan pundah siap terhidang atas meja walaupun cuma roti nganair teh jer..... kami dah tak beli kanan kat luarlagi..... .. layanan dia pada saya tiptop...........boleh bagi beratus-ratus bintang..... bukan limabintang Kak Su...........Saya : Hai...... puji melangit nampak.........Mizi : Kak Su....(dengan suara sedih......... tadibukan main ceria lagik.......) Mizi bimbang apa yangdia buat sekarang hanya sementara saja...... Mizitakut dia akan jadi seperti dulu......... Mizi rasaseolah-olah kami pasangan yang baru kawin walaupun dah6 tahun........Saya : Mizi...... tugas suami bukan hanya memberinafkah batin saja.............(geram ler.... tu.....)tugas suami membentuk keperibadian isteri.......memberi perlindungan dan juga menjadi pemimpin kepadaisteri...... Jalankanlah tugas kamu sebagai suami yangsoleh..... andainya kamu tak mampu mengajar anak-anakdan isteri kamu mengenai islam carilah guru dan jikatak mampu juga bawalah mereka kekuliah, ceramah danjuga majlis-majlis ilmu.... jangan biarkan merekahanyut dengan duniawi....<>

No comments:

Related Posts with Thumbnails