Mesti nak cerita pengalaman kat blog sendiri, walaupun mesti terdengar2 suara yg tidak diingini berkata2...itu pun nk diceritakan. Huaa..huaahuaaa... Sebenarnya mula2 nk masuk kelas, perasaan teruja sebab nak jumpe pelajar yang tak pernah jumpa. Dikabarkan kelas saya dpt peralatan baru, kecuali la meja guru. Alhamdulillah kerusi meja baru sejuk skit mata memandang. hihihi...kalo tak mesti tercabut tang situ, cabut tang sini... goyang lagi. tapi bila masuk kelas, aik....mana pegi student ku...??
Lengang jer kelas saya ni. Dah la lengang, plastik meja pun tak bukak lg. Adoi...dah cuak..anak murid saya ni tau ke idak yg diorang dah naik ke sesi pagi. Sebabnya sebelum ni, tingkatan 1 dan 2 bermula dari kelas ketiga memang sesi petang. Last2 rasa nak pegi round sekolah yang ada 4 bangunan semuanya tu...bermula dari tingkat atas...sebab nnt senang nak turun. Round punya round, terjumpa la budak2 yang tak berguru kelas. tanya sorang budak, ni kelas apa. Ni kelas 2 Al Hayyan la...Alhamdulillah, anak2 murid saya datang rupanya.. hehehe.. itu la kenangan pertama. bila saya tanya kenapa duduk kelas ni, diorg kata tak tau..sebab ni kelas lama diorg.huhuhu..bila suh tukar, tak mo plak tu. walhal kelas lama tu dah la kerusi meja pun dah tak berapa nk elok, guna papan hitam lagi... tapi esoknya, selepas tanya dgn guru sepatutnya, kami berpindah la...
ni pulak gambar masa hari pertama persekolahan yakni hari pendaftaran tingkatan 1. tengok la masih ada lagi ibu bapa yang hantar anak2 mereka ke sekolah walaupun dah tingkatan 1 atas urusan yuran atau pun bayaran tambahan.
Hari pertama untuk tingkatan 1. Ramainya la kan...tu yg kena buat 2 sesi.. belum campur semua pelajar lagi, dekat 2 ribu gamaknya..
moga2 tahun ni takde lagi kes ponteng yang sangat menjadi2 di kalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment