November 1, 2011

kisah Hasan Al-Basri

sebaik sahaja Saiyidina Ali r.a dilantik menjadi khalifah,beliau terus berkunjung ke Masjid-masjid di dalam negara untuk memastikan perjalanannya.

Sekali peristiwa semasa di Basrah, beliau telah berpeluang mendengar majlis ilmu yg disampaikan oleh seorang budak lelaki kecil. Majlis itu dipenuhi dengan orang ramai. Selepas tamat majlis itu Saiyidina Ali memanggil orang muda tadi lalu berkata:"wahai budak, engkau telah berkata dan engkau sungguh pandai dalam berkata-kata dan engkau seorang yang fasih, dan engkau menepati (kebenaran). Aku akan tanya kamu dua soalan. Yang pertama, apakah dia tiang agama? "
Jawabnya: "wara."
Saiyidina Ali bertanya lagi,"yang kedua, apakah dia perosak agama?"
Jawabnya,"tamak".
Saiyidina Ali seterusnya berkata,"teruskanlah wahai budak.Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik orang yang aku lihat".

Budak kecil itu ialah Hasan al-Basri. Budak kecil ini sampai ke peringkat ilmunya yang tunggu disebabkan pendidikan yang dilaluinya di masjid kerana kepimpinan dan ilmu itu diperolehi di masjid.

Kita mahu lahirkan ramai lagi anak muda seperti ini. apakah usaha kita ke arah itu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails