January 4, 2012

penat balik sekolah



Kesian betul anak2 ibu... Selepas sebulan lebih bercuti, kena pegi sekolah balik. Seperti biasa yg paling liat nak bangun adalah nayli. Dh angkat basuhkan muka blh lagi dia sambung tido. Kakyong dh siap mandi. Dan kakyong lebih bersemangat nak pegi tadika.  Gambar atas tu bukan sebelum ke tadika tapi selepas balik tadika td. Letihnya diorang

Tapi tadi ibu tak leh nak g antar diorang masuk tadika baru sebab ibu pun kena pegi sekolah. Tahun depan insya  Allah ibu nak cuti dan antar anak pegi sekolah.

Tadi abahnya je yg siap dan hantarkan.  Abahnya kata adik rileks je masuk tp kakyong start nangis bila dia tgk ada budak dh mengamuk nak ikut maknya blk.

Dia pun sama nangis nak ikut abah balik.  Sabar je la.. Ruginya ibu takde time tu ye... Tapi cikgunya kata kena biar kan...nanti diorang akan pujuk. Cikgu kata bila abah balik kakyong elok je diam tapi ada masalah lain pulak. Adik pulak tak mo berenggang dgn kakyong.  Asyik nak ikut je kakyong. Duk lam kelas 5 tahun jugaklah. Sampai la makan dan tidor. Kakyong nak belajar pun adik kat sebelah. Hehehe..agaknya sebab semalam ibu dah pesan jaga adik kat sekolah. 

Takpelah utk sementara ni blh la.. Tapi bila tanya kakyong dia mcm tak mo je sekolah esok. Canne nak buat....



Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts with Thumbnails