September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Gambar diambil di bandar di-Raja Kuala Kangsar, Perak
Saya dan keluarga yang terdiri daripada En. Nor Rizaudin, Cik Insyirah dan Cik Nayli ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan yang sudi membaca blog ini dan juga kepada seluruh umat Islam. Kami memohon sejuta kemaafan sekiranya ada kesilapan dalam berbicara ataupun penulisan. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan hidayah dalam melaksanakan ibadah yang telah diamanahkan.

Saya akan berhari raya di kampung suami iaitu di Besut bermula hari ini sehingga hari raya ke-5. semoga kita berjumpa lagi dengan cerita hari raya yg pasti akan menjadi kenangan tersendiri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails