September 16, 2010

cite raya 2010

hah...baru ni rasa nak update blog. mcm dah kemalasan melanda sejak2 raya ni...  tapi tetap nak cerita jugak sebab ada cerita gembira sebelum beraya..hehehhe

di mlm raya semasa berada di Besut, saya dpt satu sms mengatakan dah blh cek posting. udah mak aihhh... gelabah tak hingat ... nak online..nak online... nak internet.... tp kat kg tu takde line 3G.. uwaaa.. tensi!! cuba bukak jugak tp no connection jugak.. nak tak nak suruh yop tlg cekkan tp dia plak tak tau nak cek kat mana. Nak tak nak suruh la kawan saya si hana tu yg tlg cekkan.

Alhamdulillah...saya dpt posting di Selangor, ada taklimat 27hb ni dkt Shah Alam. sekolah kat mana tak tau lg. ok la dpt negeri selangor. tak de la nak pikir jauh ke mana tercampak. tp risau gak buatnya jauh tercampak ke ujung selangor. dah la saya dok kat Hulu Selangor dah ni... tp tawakal je la...insya Allah saya yakin dpt area berdekatan rumah jugak. yg penting raya dgn hepiiiii....!!!!

ermm..tu pasal posting. pasal raya tak masuk lagi. thn ni beraya di Besut selama 4 hr...lama tu. sebab dah sebulan dok kat kuala kangsar, bagi can anak2 dok kat kg besut lama2 skit. seronok la si insyirah tu sbb dpt layanan bak puteri raja. sepupu sepapat layan dia, buai kan dia, bawak g mandi sungai, bawak g beraya, sampai dia tak mo blk beruntung dah.... cuma si adik je yg buat perangai. asyik nak memerapppp je dgn ibunya.. nak ke tandas pun mengekor......

puas dok beraya di sana yang semuanya hepi2 belaka...cuma terasa hambar sebab takde snap2 gmbr. huhuhuh....ye...kamera saya rosak sudah. adoi...bila nak repair kena rm3,4 ratus....gulpppp...tunggu pas raya je aaaaaa.. tak de la gmbr raya thn ni. ada pun kamera tumpang2 je la dgn kamera abg.

raya ke 5 balik kuala kangsar... tp pagi raya ke 6 tu ujan manjangg.. dok memerap kat rumah je la. ada baby baru lagi...hehehe..bising rumah opah yg ada 8 org cucu besar seorang baby mengalahkan rumah ada 20 orang cucu..... semua melontar suara yg lantang, garau, gemersik...emmmm...biorlah opahnya kata. hari ni je nak riuh pun..hari2 lain sunyi sepi je...

hari ni dah hari raya ke7...dah nak berangkat balik ke bkt beruntung. dpt plak sms dr bekas pelajar TBR nak mai beraya kat rumah hari sabtu ni. wahhh.. fes time ok anak murid cikgu nak dtg. nak layan bg makan kuih raya yg byk ni.. pastu ingt nak wat soto je. mudah skit..hehehe..

ok la..itu je..cerita raya 2010.. thn dpn saya akan pastikan ada kamera baru yg besar gedabak idaman ku itu... insya Allah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails