March 10, 2008

Coretan balik kampung

Hari jumaat bergerak balik ke kuala kangsar malam selepas maghrib. Alhamdulillah sampai dlm pukul 12 lebih sebab jalan jem n hujan lagi... Sesampai je kat rumah, Insyirah dh tido...tp ibu n abah yg kerinduan teramat pada Insyirah, terus jer cium n peluk smpi dia terjaga.. hehehe..rindu sgt. Insyirah pun manja sgt bila jumpa ibu n abahnya. Sampaikan dah tak nak pada atuk n opah...mentang2 la ibu n abah ada depan mata. Hehehe...

Pagi Sabtu, 8 Mac 2008, hari ni hari mengundi - pilihanraya ke 12. Dalam kekalutan kempen pilihanraya sekarang ni, kita warga Malaysia kena buat keputusan yg tepat agar masa depan anak2 kita terjamin. Tekadkan dalam hati n niat kerana Allah, insya Allah...pilihan kita adalah tepat. Siapa yang ibu undi....hehehehe...shuuuuuuuuuuuuuuu.... Undi adalah rahsia. Even pada abah pun ibu tak bgtau....

Lepas jer mengundi, dh tak tau apa nak buat. Ronda2 pekan Kuala Kangsar yang penuh dgn poster2 parti pilihanraya. ishhhh...serabut mata. Suddenly, "jom kita g Teluk Batik nak tak...?" satu idea yang best sebab without any complete planning, kitorang terus balik rumah n prepare brg utk pegi Teluk Batik. Semua nak g... Opah, atuk, ucu, Paklang...hehe Siap nak ajak Marsya lg.

We went there around 12 am and arrived @ Warung Wantak for our lunch around 1 pm. Sedap jugak mee rebus n laksa wan tak ni...hehe.. Masa dok sedap makan, hujan plak turun.. Macam mana nak mandi hujan2 nih..But then we decide to go Lumut because babah nak buang undi di sana. Hehehe..sambil menyelam minum air kann... Sementara babah g undi, ibu n Insyirah melaram dlu kat Dataran Lumut tu..lamanya tak tengok laut..Suka je Insyirah tengok ombak yang memukul tebing... Around 3 pm, hujan dh reda. lepas g menunaikan kewajipan yang wajib kitorg pun apa lagi.....jom Teluk Batik....here we come!!!!

Seronoknya bawak Insyirah merasai angin laut. Buat pertama kalinya kakinya menjejakkan kaki di dalam air laut. Mula2 takut..tp pastu, amboi...excited kan main lagi...Si marsya pun mulanya tak nak mandi...tp bila dok main2 ombak...hurmmmm tak lepas peluang...g basah terus laa!!
Ibu tak berani nak bwk Insyirah berendam..juzst main2 ombak je la..itu pun kena semburan air laut jugak...hahahaha..pertama kali terasa air masin ye Insyirah...tp tak lama insyirah main..kejap je..bila bawak naik, terus menguap n....tidur dah...tengah dok pakaikan baju.

Bila insyirah dh tidur..ibu pun apalagi, terus lepaskan gian la.lama tak mandi laut. Sampai kol 5 lebih baru kitorg bertolak balik...tu pun sebab hari nak ujan lg...Balik dr Teluk Batik singgah semula ke Lumut utk beli keropok ikan n keropok sotong.

Sampai di rumah pukul 9 pm...keputusan undi ada yang dh keluar...berdebar jugak tunggu result ni. tp Perak pnye keputusan lambat sgt kuar...hurmmm...sambung esok je la tunggu keputusannya.

tp memang memeranjatkan bila pagi Ahad 9 mac 2008, perak telah jatuh ke tangan pembangkang...arghhhhhhhhhhhhh.... jangan jatuh ke DAP sudah la...Alhamdulillah Pas yang akan menerajui kerajaan Perak ...jgn ca ya nun alif udah ler....

Insyirah terpaksa tinggal di kampung lagi..memandangkan anak mama belum lagi baik sepenuhnya. Rindu la pada Insyirah lg.. tp mak kata rabu ni mak nk dtg KL dgn famili abg fezol...yeayea...

k la...nk baca berita pasal perkembangan politik terkini....

No comments:

Related Posts with Thumbnails