October 29, 2011

tajuk tak tau nak tulis apa...

dah lama sgt tak tulis kisah anak..dalam tak sedar kakyong dh nak sekolah tabika dh thn dpn. adik pula skrg ni dah satu tempat dgn kakyong. kalau sebelum ni 1-3 thn lain tempat. 3-5 thn tempat lain. lagi sukalah dua beradik ni duduk main tidur sekali.

semalam ada citer kelakar pasal adik. adik dah tak pakai diapers. cuma bila nak yak je dia mintak dipakaikan diapers. mungkin dia geli. at least blh bertahan sblm ia dikeluarkan. kakyong dulu terus buang je kat mana dan..tapi semalam adik agaknya dia nk cuba yak sendiri kat tandas,dok ulang alik tandas tapi tak leh keluar pun. kesian jugak tapi bil disuruh pakai diapers dia takmo. akhirnya kebetulan saya tgh solat dia dh terasa nk membuang sgt dia nangis la...saya yg tgh solat ni tak khusyuk la sbb dgr adik nangis, kakyong plak dok bising kat dia. abis je solat terus tengok kat diorang. rupanya adik tak sempat nak duduk kat toilet bowl tu...dh terkeluar skit...hehehe..mujurlah kakyong ada temankan adik...siap nk basuh bont adik lg...hehehe...tu citer adik.

kakyong punye kisah..skrg ni asal dgr azan je ajak mkn. walupun dh mkn awal pukul 6 ptg. pastu ayat suruhan yg paling best....ibu, dah azan...semayang la... haa...kalau tak terkedu ibunya tak tau la... pastu semalam dia menyatakan hasrat hatinya nak menyanyi mcm tu (sambil tunjuk kat iklan nespray yg kanak2 nyanyikan lagu ibu..).. oo teringin katanya...hehehe...

dengan anak2 janganlah kita berjanji sekiranya kita tau tak dpt menunaikan hajatnya. diorang mesti akan ingat selagi tak ditunaikan. adik pun sama...kalau ckp nnt ibu belikan coklat kalau adik pegi sekolah..dia tuntut terus blk dr sekolah.

pasal kakyong nak nyanyi tu. saya ckp nanti kat sekolah tabika banyak lagu yg blh dinyanyikan dgn kwn..baru dia kat nak nak nak dgn rasa tak sabar nak ke sekolah...th dpn.. siap tanya, lmbt lg ke thn dpn tu ibu...............
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails