August 22, 2011

kisah nak raya

semalam pegi jalan-jalan cari baju raya. Kebetulan pulak, abah baru dpt bonus..eh kebetulan pulak..walhal mmg sengaja..hehe. Pegi shopping kat plaza alam sentral, memula ingt nak g pkns, tp pikir kot org ramai kat sana, kansel g pkns..straight ke pas..hehe..

Hajat nak cari baju kurung anak2 dan baju melayu abah kaler hijau..tapi kak yong nampak baju kebaya kaler 'blue' dia terus jatuh cinta..meronta2 nak yg tu. Harga blh tahan la juge..tp saiz takde.. Udah lg kuat dia nangis nak jugak baju kebaya.. Jenuh juge le nak pujuk, last2 ajak g naik eskalator, mujur lah dia nak.

Naik tingkat atas dpt le 2 pasang baju kurung moden. Cantik sgt tgk budak2 kecik pakai..hehe. Terpaksa pilih kaler purple sbb saiz kak yong takde kaler blue.. Lepas cari baju anak, misi mencari baju ibu dan abah...jenuh meround, akhirnya baju melayu abah dah jumpe..anak2 tau je la, time abahnya mencari, ibunya le yg jaga.. Aduh..melasak 2 org ni, mujur kat tingkat atas tak ramai org, nak berguling ke apa ke, lantak korang la. Misi mencari baju ibu ditunda selepas berbuka yg hanya makan selepas 45 min beratur di kfc.. Masa nilah sgt mencabar sbb adik bikan reti nak duduk diam, nak2 duduk sj tak smpi2 lg ayam upin ipinnya..huhu. Sabar jelah..ramai juga dgr budak2 nangis..so idak le malu sgt. Lepas mkn baru cari bju ibu. Tp penat ngejor budak2 ni nyorok celah2 baju bergantungan. Last2 abahnya ajak gi tgk boboi boy kat kedai video..pandai tokeh tu pasang kartun time tu, ramai budak2 nengoknya.. Ibu pun mencari le..tp idak juga berjumpa..huhu..

Balik dah kul 10, terus tak sempat nak simpan brg. Esoknya bangun, kakyong dgn semangat waja terus nak pakai baju raya g sekolah.. Itu je nak ceritakn..

No comments:

Related Posts with Thumbnails