February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Esok adalah hari cuti bersempena Maulidur Rasul... ye, marilah kita sama2 duduk depan tv tgk perarakan Maulidur Rasul..insya Allah..niat baik tu..harap2 menjadi.

Jom kita perbanyakkan selawat....

syok dengar ceramah daripada Datuk Dr. Fadhilah Kamsah yang bertajuk Ibu Bapa sebagai Motivator. Ceramah ini diadakan di sekolah bersempena program yang dianjurkan oleh... siapa ye..lupa plak. tapi melibatkan ADUN Batang Kali la sebagai perasmi...

Di sini ada sedikit info yang saya dapat..eh..sebenarnya banyak yg dpt tapi yang sempat taip hanya ini je la...


Petua Untuk Ibu Bapa Menjadi Motivator
1.       Bentuk matlamat yang jelas. Cuba bentuk misi keluarga bersama anak-anak.
2.       Peka kepada apa mesej yang kita sampaikan kepada anak-anak.
3.       Menggunakan masa yang paling jitu (teaching moment) untuk mendidik anak. Waktu paling jitu adalah:
-          Sebelum tidur – bacakan ayat Kursi, al-Fatihah, Al-Insyirah
-          Semasa tidur – sebutkan dalam hati sambil memegang ubun-ubun kepala anak.
-          Bangun tidur – azankan di telinga kanan, qamat di telinga kiri
-          Selepas mandi – badan segar, fresh, minda cerdas
-          Selepas sembahyang – tazkirah selepas solat
-          Selepas mengaji al-Quran
-          Selepas didoakan
-          Selepas terangsang emosi – kalau ibu marah, ayah nasihatkan... begitulah sebaliknya. Jgn dua-dua marah pada anak.
-          Selepas riadah – sambil rehat-rehatkan badan
-          Selepas dimotivasikan

4.       Haramkan perkataan negatif dalam rumahtangga contohnya bodoh, degil, keras kepala, mengada-ngada dsbg...
5.       Didik anak menggunakan nisbah: 80% rangsangan dan 20% hukuman (targhib vs tarhib).
6.       Bertindak mengikut personaliti dan situasi anak-anak.
7.       Lebih tegas dalam mendidik anak (waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan lain-lain). – jika belajar jgn sambil menonton tv
8.       Risaulah yang anak sentiasa melihat perbuatan kita. – yang saya dengar, saya lupa. Yang saya lihat, saya ingat. Yang saya fikir saya faham...
9.       Sentiasa berdoa dalam proses mendidik anak. – nak makan pun bacakan doa supaya rezeki diberkati Allah dan untuk seisi keluarga.
10.   Sentiasa hidupkan sunnah dalam keluarga.
11.   Redha dan bersyukur dengan prestasi anak-anak. Jangan bandingkan anak kita dgn anak orang lain.
12.   Bahagia melihat dan bersama anak-anak dan raikan mereka. (the best time is with family)
13.   Elak kongsi kerisauan dengan anak-anak.
14.   Jangan lupa jadi isteri dan suami ... dek kerana sibuk jadi ibu bapa.
15.   Cuba lihat dari kaca mata anak-anak.
16.   Ambil iktibar daripada ibu bapa kita.
17.   Didik anak daripada qalbu. Ikut gerak batin dan iman, bukan sekadar ilmu logik.
18.   Mendidik anak adalah proses sepanjang hayat! – ibu bapa dan anak-anak diibaratkan sebagai pensil dan pemadam. Kalau ada salah, ibu bapa hendaklah menasihatkan dan menunjuk ajar yang betul agar anak2 tahu apa yg sebenarnya. Yang dah berkahwin pun masih memerlukan bimbingan dari ibu bapa.. tp bukan masuk campur yer....
19.   Utamakan anak-anak daripada perkara lain. – ada ibu bapa yang mementingkan kerja daripada keluarga...
20.   Didik anak berfikir dan bertanggungjawab. Elak salahkan orang lain.
Beri ingatan, teguran dan pesanan setiap hari. Nasihat sebulan sekali!

Pengajaran yang diperoleh semasa ceramah:
1.       Guru pertama dan utama adalah IBU.
2.       95% masalah remaja adalah daripada ibu bapa / keluarga yang bermasalah.
3.       Orang yang 2 hari berturut-turut tidak berubah pasti menuju kegagalan.
4.       Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya ia tidak bersyukur kepada Tuhan.
5.       Jika ibu menangis kerana bangga mempunyai anak yang baik, air mata itu akan memadamkan api neraka yang membakar si anak.
6.       Anak lelaki hendaklah mencium kaki ibu semasa masih ada supaya mendapat keinsafan dalam diri.
7.       Barangsiapa kencing berdiri, tertutuplah pintu rezeki, mudah jadi lupa dan mudah mendapat penyakit batu karang.
8.       Orang yang bahagia sentiasa senyum.
9.       Ibu bapa balik rumah hendaklah sentiasa tersenyum kerana ia amat penting bg anak-anak.
10.   Sebelum masuk ke dalam rumah, bacalah Bismillah 3x, dan salam.
11.   Sentiasa berdoa untuk suami/isteri, anak-anak, keluarga, guru-guru, jiran-jiran, saudara mara dan rakan taulan serta umat Islam di dunia.
12.   Saling memaafkan antara satu sama lain terutama sebelum tidur. Hati akan bersih, tenang dan ikhlas.
13.   Tidur hendaklah mengiring ke kanan. Ikut Sunnah nabi. Badan tidak sakit, pernafasan elok.
14.   3 punca masalah adalah berpunca daripada hati yang kotor, fikiran yang negatif dan amalan tindakan yang salah. – Jika selalu berfikiran negatif, perkara negatif itulah yang akan terjadi suati hari nanti.
15.   Isteri jangan ada syak wasangka pada suami. Cemburu itu perlu tapi ada batasan.
16.   Rendah hati – jangan menyombong diri. Suka menceritakan hal rumahtangga sendiri pada org lain dianggap riak.

4 tahap pendidikan anak
a.       1 hingga 7 tahun               -  didik anak secara bergurau
b.      8 hingga 14 tahun             - didik anak melalui disiplin dan tunjuk ajar
c.       15 hingga 21 tahun          - didik secara berkawan
d.      Selepas 21 tahun              - beri kebebasan untuk buat keputusan dan bertindak.
   Sentiasa berpesan dan saling menasihati sehingga akhir hayat!

Syurga rindukan 4 kumpulan manusia:
1.       Orang yang berpuasa dalam bulan Ramadhan.
2.       Orang yang sentiasa membaca al-Quran.
3.       Orang yang suka beri makan kepada orang yang lapar.
4.       Orang yang menjaga lidahnya.





`

No comments:

Related Posts with Thumbnails