February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Esok adalah hari cuti bersempena Maulidur Rasul... ye, marilah kita sama2 duduk depan tv tgk perarakan Maulidur Rasul..insya Allah..niat baik tu..harap2 menjadi.

Jom kita perbanyakkan selawat....

syok dengar ceramah daripada Datuk Dr. Fadhilah Kamsah yang bertajuk Ibu Bapa sebagai Motivator. Ceramah ini diadakan di sekolah bersempena program yang dianjurkan oleh... siapa ye..lupa plak. tapi melibatkan ADUN Batang Kali la sebagai perasmi...

Di sini ada sedikit info yang saya dapat..eh..sebenarnya banyak yg dpt tapi yang sempat taip hanya ini je la...


Petua Untuk Ibu Bapa Menjadi Motivator
1.       Bentuk matlamat yang jelas. Cuba bentuk misi keluarga bersama anak-anak.
2.       Peka kepada apa mesej yang kita sampaikan kepada anak-anak.
3.       Menggunakan masa yang paling jitu (teaching moment) untuk mendidik anak. Waktu paling jitu adalah:
-          Sebelum tidur – bacakan ayat Kursi, al-Fatihah, Al-Insyirah
-          Semasa tidur – sebutkan dalam hati sambil memegang ubun-ubun kepala anak.
-          Bangun tidur – azankan di telinga kanan, qamat di telinga kiri
-          Selepas mandi – badan segar, fresh, minda cerdas
-          Selepas sembahyang – tazkirah selepas solat
-          Selepas mengaji al-Quran
-          Selepas didoakan
-          Selepas terangsang emosi – kalau ibu marah, ayah nasihatkan... begitulah sebaliknya. Jgn dua-dua marah pada anak.
-          Selepas riadah – sambil rehat-rehatkan badan
-          Selepas dimotivasikan

4.       Haramkan perkataan negatif dalam rumahtangga contohnya bodoh, degil, keras kepala, mengada-ngada dsbg...
5.       Didik anak menggunakan nisbah: 80% rangsangan dan 20% hukuman (targhib vs tarhib).
6.       Bertindak mengikut personaliti dan situasi anak-anak.
7.       Lebih tegas dalam mendidik anak (waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan lain-lain). – jika belajar jgn sambil menonton tv
8.       Risaulah yang anak sentiasa melihat perbuatan kita. – yang saya dengar, saya lupa. Yang saya lihat, saya ingat. Yang saya fikir saya faham...
9.       Sentiasa berdoa dalam proses mendidik anak. – nak makan pun bacakan doa supaya rezeki diberkati Allah dan untuk seisi keluarga.
10.   Sentiasa hidupkan sunnah dalam keluarga.
11.   Redha dan bersyukur dengan prestasi anak-anak. Jangan bandingkan anak kita dgn anak orang lain.
12.   Bahagia melihat dan bersama anak-anak dan raikan mereka. (the best time is with family)
13.   Elak kongsi kerisauan dengan anak-anak.
14.   Jangan lupa jadi isteri dan suami ... dek kerana sibuk jadi ibu bapa.
15.   Cuba lihat dari kaca mata anak-anak.
16.   Ambil iktibar daripada ibu bapa kita.
17.   Didik anak daripada qalbu. Ikut gerak batin dan iman, bukan sekadar ilmu logik.
18.   Mendidik anak adalah proses sepanjang hayat! – ibu bapa dan anak-anak diibaratkan sebagai pensil dan pemadam. Kalau ada salah, ibu bapa hendaklah menasihatkan dan menunjuk ajar yang betul agar anak2 tahu apa yg sebenarnya. Yang dah berkahwin pun masih memerlukan bimbingan dari ibu bapa.. tp bukan masuk campur yer....
19.   Utamakan anak-anak daripada perkara lain. – ada ibu bapa yang mementingkan kerja daripada keluarga...
20.   Didik anak berfikir dan bertanggungjawab. Elak salahkan orang lain.
Beri ingatan, teguran dan pesanan setiap hari. Nasihat sebulan sekali!

Pengajaran yang diperoleh semasa ceramah:
1.       Guru pertama dan utama adalah IBU.
2.       95% masalah remaja adalah daripada ibu bapa / keluarga yang bermasalah.
3.       Orang yang 2 hari berturut-turut tidak berubah pasti menuju kegagalan.
4.       Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya ia tidak bersyukur kepada Tuhan.
5.       Jika ibu menangis kerana bangga mempunyai anak yang baik, air mata itu akan memadamkan api neraka yang membakar si anak.
6.       Anak lelaki hendaklah mencium kaki ibu semasa masih ada supaya mendapat keinsafan dalam diri.
7.       Barangsiapa kencing berdiri, tertutuplah pintu rezeki, mudah jadi lupa dan mudah mendapat penyakit batu karang.
8.       Orang yang bahagia sentiasa senyum.
9.       Ibu bapa balik rumah hendaklah sentiasa tersenyum kerana ia amat penting bg anak-anak.
10.   Sebelum masuk ke dalam rumah, bacalah Bismillah 3x, dan salam.
11.   Sentiasa berdoa untuk suami/isteri, anak-anak, keluarga, guru-guru, jiran-jiran, saudara mara dan rakan taulan serta umat Islam di dunia.
12.   Saling memaafkan antara satu sama lain terutama sebelum tidur. Hati akan bersih, tenang dan ikhlas.
13.   Tidur hendaklah mengiring ke kanan. Ikut Sunnah nabi. Badan tidak sakit, pernafasan elok.
14.   3 punca masalah adalah berpunca daripada hati yang kotor, fikiran yang negatif dan amalan tindakan yang salah. – Jika selalu berfikiran negatif, perkara negatif itulah yang akan terjadi suati hari nanti.
15.   Isteri jangan ada syak wasangka pada suami. Cemburu itu perlu tapi ada batasan.
16.   Rendah hati – jangan menyombong diri. Suka menceritakan hal rumahtangga sendiri pada org lain dianggap riak.

4 tahap pendidikan anak
a.       1 hingga 7 tahun               -  didik anak secara bergurau
b.      8 hingga 14 tahun             - didik anak melalui disiplin dan tunjuk ajar
c.       15 hingga 21 tahun          - didik secara berkawan
d.      Selepas 21 tahun              - beri kebebasan untuk buat keputusan dan bertindak.
   Sentiasa berpesan dan saling menasihati sehingga akhir hayat!

Syurga rindukan 4 kumpulan manusia:
1.       Orang yang berpuasa dalam bulan Ramadhan.
2.       Orang yang sentiasa membaca al-Quran.
3.       Orang yang suka beri makan kepada orang yang lapar.
4.       Orang yang menjaga lidahnya.





`

February 13, 2011

jangan sambut velentain dei...

Sekarang ni dah makin banyak dihebahkan kepada umum tentang pengharaman vd. yelah..nak harapkan ceramah dan khutbah jumaat sj, pd org yg tak pegi semayang atau dengar ceramah mesti tak tau pun hal pengharaman ni. semalam, dlm buletin tv3 ada pembaca berita jelaskan pengharaman tersebut. senang ingt, kita yg muslim ni anggap sajalah vd tu tak de pape.. just mcm hari perayaan utk non muslim ajelah.. lagipun saya masih ingat lg, ada penceramah kata, kita nak tunjukkan kasih sayang bukan pada hari tertentu. bila2 masa kita blh tunjukkan. takde istilah hari kasih sayang pada umat Islam pun sebab setiap hari adalah hari berkasih sayang. kalau 14 feb hari kasih sayang, hari2 seterusnya hari bermusuh ke....heheheh.....

ni ada sedikit soal jawab dari ustaz Zaharuddin tentang sambutan vd ni...

Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
 
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

 
Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-
 
Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.
 
When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
 
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
 
The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
 
(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)
 
 
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
 
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.  Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.
 
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
 
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar
 
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.. 
 
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
 
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua. 
  "Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh  atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
  7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.
 
 
Sekian
Ust Zaharuddin
26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007

sumber daripada: http://www.zaharuddin.net

Sedikit peringatan kepada yang terlupa...
saya sayang kamu semua....selama-lamanya.....mmmuaahhhhhhh.

February 12, 2011

adik dah mula aktif

Hari ni adik dah blh discaj. kat dalam wad bukan main lagi dia nk berdukung je, nampak misi je muka terus kelat.. bukan kelat je, nangis meraung macam nampak hantu kak limah je..hihihi...penangan hantu kak limah yg bukan hantu...

bila dah diberitahu blh discaj, terus ceria muka dia..amboi...mcm tau2 je la. hehe..gmbr sat g la masukkan. mak guna kamera utk majlis perkahwinan hari ni..huhuhu..iman..sorry, kakchik tak dapat dtg...

wat masa ni kami tgh bersenang lenang kat rumah kakak. sebab kak yong duduk kat sini sepanjang adik masuk spital. kesian dia dah la tak nk g sekolah sbb adiknya takde. adik plak bila dh kat sini, manja la dgn atuknya. asyik suh atuk dukung jer. dah blh jln, main2 menggunakan 1 tgn. kesian tgk dia ulang alik amik brg. huhuhu... naik tangga lg tu...tapi abahnya ada la peratikan. tamo dah tgk dia jatuh lg. tp adik ni mmg aktif orgnya. kalo kak yong suka berlari, adik ni suka beno memanjat....huhuhu

February 11, 2011

cerita tak best 9hb feb

Berlakunya kejadian yang tidak diingini di stesen minyak esso...huhuu..

Alkisah...9 feb adalah hari jad abah bucuk..dah plan la nak buat kejutan..konon2 tak de duit nk beli kek disebabkan dah berbelanja beli bajus kurungss..haa...byk s tu nampak sgt bnyk beli baju...pe nak buat kalo dah sesekali balik besut, mmg shopping aje. eh..melalut apa dah ni.

sebenarnya mmg tak la beli kek kat kedai tp dah order kat cikgu sorg tu nak beli kek dia yg super sedap kata org...so nak menerai la konon beli smpi 2 jenis lagi. yg kecik2 la kan. lgpun famili dr kampung nak mai sbb ada kenduri di kl ni. blh la bg hidangan kek super sedap tu.

hasrat murni ku tidak kesampaian apabila suatu kejadian yg tidak diingini berlaku

rancangan saya tidak diizinkan tuhan. ketika drop kat stesen myk tu, kak yong tgh merajuk dgn saya yg baru kuarkan duit kat atm mesin. pastu, konon nak main2 dgn kak yong, terus nak masuk keta.. bila nak bukak je pintu keta yg ada abah dan nelli di dalamnya.....gedebuk........

nelli terjatuh..huhuhuu...panik jap tgk dah jatuh tu. yelah sapa tak panik...anak jatuh kan. terus angkat. mujur sempat sambut kepala. tah mcm mana saya tahan kepala dia dgn kaki jer pun. bila angkat nelli dari belakang, terasa plak tangan dia mcm dah lembik2 gitu. nelli pulak meraung kuat sgt. aduh...

tanya abah, knpe tangan adik ni bah....lembik2 je ni....?! abah pun menjerit....paaaataaaaaaaaahhhhhh!!!!!!

adoi.....dgn anak2 meraung, ibu meraung, abah dah tutup muka....terus saya ajak pi klinik. nk pi spital jauh sgt rasanya..g klinik tgk kot2 ada ambulans. sepanjang2 perjalanan memang saya dah meraung suh abah bawak secepat yg blh...

sampai2 kat klinik, takde plak van ambulans tu, cek kat doktor dlu. tanya doc apahal tangan anak saya ni..

doc pun cakap yg mmg tangan adik dah patah. dia bg surat referal ke hospital sg buloh..sebab yg terdekat dan senang. pe lagi...berdesup la kami ke sana. kebetulan dlm klinik tu terserempak pulak dgn cikgu skolah dan anak murid sorg.. sempat la ckp esok tak dtg skolah, amik EL...nangis2 dlm klinik tok sah nak kata la.. asal org tanya je mesti berair mata ni.

sesampai kat spital bhgn emegensi le pun, amik no segala bagai...mujur cepat sbb kes kecemasan kan... terus wat xray...

pastu doc pun cakap, mmg teruk skit patahnya. bukan sj terkehel, tp tulang tu dah lari ke belakang pun.. doc ckp mmg kena kunci letak wayar...wayar ke besi ke apa2 je la..sebab sorg doc ckp besi, doc dlm wad smtara plak ckp wayar....nk sedap ati sndr cakap la letak wayar...so kena la buat minor operation... minor pun...dengor operate je mmg seram la jugak sbb tak penah rasa. nak2 budak sekecik ini...

erm.... tak tau bpe gelen dah air mata ni. mlm tu plan nk mkn sempena hari jadi abah tak kesampaian... kek yg diorder pun tak ambil2 lg....

skg ni dah lepas wat operate baru la adik blh bergerak...nak kuar ke apa ke... sblm operate kena gantung pemberat kat tangan dia...tergantung je la..huhu...menangis je bila ada yg bertanya.... huhu

gmbr otw ke billik bedah...kecik je dia ...org tgk suma kata kesian.. huhu..menitik lagi air mata ibu..
 sian adik...kelat je muka. nak senyum pun payah. kalo sebelum ni blh gelak2...huhuhu... bukan main marah lagi dia kat ibu sebab buat dia sakit... dlm bilik bedah pun dia tampar ibu dan menjerit sekuat hati ckp tak nak.!!! bila ada nurse datang kat dia...huhuhu
time ni dia dah blh mkn..tp kuantiti yg skit la..tak leh terus sume nk telan. kesian dia.. drpd budak yg suka makan jadi budak yg tak nak makan...biskut tu pun pegang je. makan pun dua keping je. kalo tak 2 bungkus pun tak cukup...

adik, ibu mintak maaf sayang atas kecuaian ibu.. tak terkata rasa kesal ibu terhadap adik... huhuhuhu...
semoga adik cepat sembuh dan sentiasa berhati2 di setiap ketika...
Related Posts with Thumbnails