November 2, 2008

Pengorbanan

Inilah yg ibu perlu lakukan... meninggalkan Insyirah buat sementara di Kuala Kangsar dgn opah. abah juga terpaksa berkorban kerana berjauhan dgn insyirah dan ibu yg hanya bersifat sementara..Insya Allah...ianya hanya sementara... Mudah2an ibu dan abah diberi peluang utk bersama2 mengajar dan membesarkan anak ibu sayang. Insyirah kena sihat dan sentiasa ceria supaya tidak terlalu ingat dan rindu pada ibu ye...Ibu pun sentiasa ingat dan rindu pada Insyirah... ibu harap Insyirah tak demam dan tak sakit2 lg... huhuhuhu...

Sedihnya bila ingat blk wajah Insyirah waktu ibu tinggalkan dgn opah... di waktu Insyirah nk ikut opah masuk kereta sambil pandang ibu dgn wajah yg kosong...huhuhuhu..ibu tau insyirah mesti tanya ibu kenapa tak masuk sekali sedangkan ibu jugak dah bersiap.... Hakikatnya perjalanan kita berbeza... ibu ke pantai timur yg dihantar oleh abah, dan sayang ibu ikut opah pulang ke kampung... sedih dan hiba sgt hati ibu melihat wajah insyirah masa tu.... bila ibu masuk ke dalam keta, rupanya abah dh nangis dlu dari ibu... tak sanggup katanya nk tgk Insyirah lama2 yg mengharapkan kami ikut bersama dia... ahhhhhh...sedihnya ibu hanya Allah yg tahu... sepanjang perjalanan, mmg banjir jer laa... tp bila ibu called insyirah, terdengar suara dan jeritan kegembiraan insyirah bersama cousins insyirah. Alhamdulillah...insyirah ok... ibu sentiasa doakan insyirah baik2 aje.. hepi di samping orang yang menyayangimu....

Sentiasa merindui keletahmu, senyumanmu, keceriaanmu, manjamu, rajukmu...

Pandai godek2 lappy dah skg ni...

Khusyuknya sayang ibu ni ngadap lappynya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails