November 30, 2008

Jalan2 Bercuti

Tak tau nak letak title apa, tp yg pasti hari jumaat mlm g SOGO beli comferter...kebetulan plak ada sale comferter kat sana.. pas rembat 1, bawak insyirah gi jalan2 tgk lampu kat dataran merdeka. tp lampu bangunan je la yg banyaknya. lagipun abah pun silap parking keta.. kalo kat sebelah padang tu, blh la insyirah berlari2 kat situ. ni kat seberang jalan je.. layan gambar je la...dgn aksi manja + ngada2 insyirah ni di khalayak ramai....

Berlari ke sana ke sini... sukanya dia...

Berlari kerianganggg... (dok kemamang kena blaja bhs sana...)

Agak2 comey tak saya dlm pelukan abah gini...hehehe

Tersengih sambil dok tunjuk pusat...pe kena la anak dara ku ini.. eh..ibu nampak bam bam la...

sefamili...abah renung mane plak tuh....tgk keta drift la tuh..

November 25, 2008

Insyirah dah ok kat taska

Alhamdulillah...hari ni insyirah dah blh salam, cium dan babai ibunya pegi keje masa antar kat nurseri td. Gembira hatinya bila tgk ada "adik" yg dia suka main bersama2. Takde dah episod nangis di pagi hari.... lega ibu tau..

ptg smlm pegi pasar malam jumpe kawan insyirah...(umminya kawan ibu)...hehehe.. kelakar plak bila insyirah dok panggil afif tu adik....walhal kalo ikut saiz mmg si afif tu besar skit dr insyirah ni...cuma kalo ikut umur, afif muda 45 hr dari insyirah.. pape jelah insyirah...sonok plak tgk dia main suap2 kat afif tu smpi tak tersuap kat mulut dia...

Tgk je lah gmbr kat sini..
Bersungguh betui si insyirah ni nak suapkan kuih kat afif tu...dan afif pun auuummm jer...

"dap...dap...?" tanya si insyirah pada afif....


November 24, 2008

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Artikel dari email yg dari seorang sahabat..


Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

November 23, 2008

Kembali ke Kemaman lagi

Hari ni dah berada di Kemaman. Insyirah pun dah mulai selsema..aduh... kesiannya kat si kecik tu. Asyik travel je, mana tak selsema... nak2 plak time musim ujan ni... cuaca sejuk. Insyirah pun skg ni dh banyak keletah. Kalo ada yg tak kena dgn dia, mesti mengamuk. Masih di tahap sabar lagi ibu ni.. tp kekadang tu tertinggi gak la suara... pastu dia suka memukul org plak tu... mana dapat nih... ni kes geram kat anak buah la ni masa ngndung dlu kot... huhuhuhu... terkenan kot... blh ke gitu..!? kurang pasti plak. tp mmg mak pun dah pesan, jgn marah2 kat org sgt... nnt perangai anak terikut. aduh... maafkan ibu yer andai ibu la penyebabnya.. sebab nk kata ibu dan abah ada memukul insyirah... tak pulak rasanya.

mungkin dlm development dia kot. dia kan nak cuba semua yg berada di sekeliling... kalo org melarang, dia marah la.. setakat ni ibu ikut lagi tp kalo dah melampau sgt, ibu hadkan jugak. takkan sampai nak biarkan anak main api plak kan....cth je tu.. hehehe.. harap2 pas ni insyirah ok. mgkin sebab dia dah nk jd kakak... manja mmg terlebih sudah...

ptg smlm lagi la...betapa kuat cemburunya dia, abah nk peluk ibu pun dia tak bagi.. siap tepis2 lg tangan abah jgn letak kat pinggang ibu.. ayoooo anakku...kesian la kami ni tau..dh la jumpe weekend jer..huhuhu.. tp apalah yg budak faham kan.. dia tak bg berkongsi ibu skg ni. dgn kata lain ibu ni dia sorg je punya...hahahaha...kesian abah... sampai abah ckp " ibu insyirah ni isteri abah tau...!" tp mana la budak kecik tu faham..... hehehehehe....

adik plak sekarang ni dh masuk 3 bln 2 mgu... alhamdulillah muntah2 dah kurang...ermmm.. kira takde lg laa... dah blh menggoreng pisang, cekodok...tp goreng ikan or ayam ibu surrender aaaa... sori ye abah! hehehe... perut pun dah mula mengeras. kain baju uniform ni dh tak leh kancing lagi... yahoooooo ..... skit lg tak yah pakai uniform lg... bestnya!! pasni blh simpan or bg kat org je la baju ni... sebabbbbbb... 100% pas deliver baby ni tak kan ku jejakkan kaki ke company ni lg... wahhhh statement ku........!!!! hehehehe... logically takkan la org ada anak 2 still nak berulang lg kan... agak poyo la bunyinya tu.... lagipun abah pun dh warning, jgn smpi terboyot2 kat sini nak berulang KL - Kemaman lg.. so.....lu pikir la sendiri............!!!!!!!!!!!!!!

Award dari Mama Zety


Hehehe.... Mama Zety Zin bagi award kat ibu....ni la first time dpt award dr blogger... Tima kasih..

kali ni ibu plak nk bagi kat kwn bloggers ibu hehehe...

1. Viruspadu
2. Mommy Lyna
3. Dr. Ummi
4. Fid
5. Ummi Rizza
6. Mommy Adam
7. Hot Mummy
8. Azief
9. Mazz
10. Farah
11. Prince Redza

November 20, 2008

3 Malaysian cartoons to appear on Astro

KUALA TERENGGANU: Three locally-produced animation series will be shown on local television following the setting up of the e-Farm here.

Thirteen episodes each of Tiga Dara Pingitan, Arca and Atuk and Kabillah will be shown on Astro Prima, Astro Ceria and Astro Isis in April.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said said the quality of the animation series was high.

"Our animators were trained by experts in Hollywood. I'm proud of them. Malaysians should support the series.

"I hope we can sell the series to South Korea to promote the state," he said after chairing the weekly executive council meeting here yesterday.
Ahmad said the state government had invested RM4.1 million in the three animated series, which were produced by Epict Eastern Pacific ICT, a government-owned subsidiary.

more here

Nak kata berbangga tu bangga la jugak sebab company ICT tu tmpt keje ibu..hehehehe...tp si Mad Said tu silap la....actually trained by experts from Philipine. hehehe pape jelah kan....asalkan kartun masuk tv.. pasni masuk rtm plak... pastu kalo ada rezeki lebih wat filem plak...wah...maju maju....!!!

November 19, 2008

Panduan Memilih Taska terbaik

Dapat info ni dari http://taska.wordpress.com/

Panduan Memilih Taska terbaik

January 18, 2008

Soalan

Saya seorang ibu muda yang sangat mementingkan soal pendidikan anak. Tidak dinafikan ibu bapa mahukan menjaga dan mengasuh anaknya sendiri. Dalam keadaan tertentu, tugas itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Masalah saya adalah untuk mencari penjaga atau taman asuhan, pusat jagaan atau kelas fardu ain yang baik untuk anak-anak. Saya berharap puan dapat membantu dalam hal ini.

Ibu Muda,

Tanah Merah, Kelantan

Jawapan:

Sebagai seorang yang menguruskan taska, tadika dan pusat jagaan harian kanak-kanak selama lebih 10 tahun, insya-Allah saya dapat membantu puan.

Ada beberapa tips dan kriteria pemilihan pusat jagaan kanak-kanak.

  • Mesti berdaftar
//Ibu dah tgk dah..mmg berdaftar pun...

Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran.

  • Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia.
Hasil perbincangan itu puan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.

Pastikan dia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga puan boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas.
//Ibu dah berjumpa dan berpuas hati sebab cikgunya peramah jugak. dan bersedia nk menjaga Insyirah..

Jika dia suka kerja itu, maka anak anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.

  • Kebersihan.
Pastikan puan masuk ke dalam kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan memuaskan.
//Ibu perhatikan nursery ni mmg bersih dan teratur
  • Bayaran Yuran.
Puan perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika puan lambat mengambil anak.
//So far yuran mmg memuaskan hati...
  • Program.
Pastikan pusat itu mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya.
//Ada program utk kanak2 pun..so takde la busan sgt kannn
  • Takaful.

Pastikan pusat itu mempunyai insurans takaful.
//Ada insurans utk kanak2 di nurseri ni

  • Kegiatan membabitkan ibu bapa.

Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama?

  • Peraturan taska/tadika/pusat jagaan. Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.
  • Keceriaan.

Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.
//Kegiatan bersama keluarga tah la..sebab weekend jer ibu n insyirah mesti nk blk KL jumpe abah..hehehe.. Tapi peraturan tu tetap ada la..

  • Fardu ain.

Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu aini. Bagaimanapun, puan perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.
//Utk insyirah belum ditekankan lagi...yelah, budak baru setahun jagung kan... tp hr tu ada la bunyi2 lagu nasyid n budak2 tu ada la nyanyi...

  • Bayaran balik.

Puan perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah puan dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.
//Tak pulak ibu tanya..tp mmg dah bgtau siap2 kat cikgu...insyirah ni probition 2 minggu, kalo dia ok, ibu teruskan...lgpun masuk hari tu stgh bulan, so mmg byr yuran taska pun stgh bulan laa... dgn kata lain cikgu pun ada consideration gak...

Bagi anak yang berumur empat tahun, mereka boleh dihantar ke taska, tadika atau pusat jagaan.

Saya lebih suka menghantar anak ke taska kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.

  • Senyum selalu. Banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.

Oleh : Rosnah Ahmad, pengurus dan pengusaha taska. dalam artikel
Panduan bagaimana memilih Taska terbaik, wanitajimceria

November 18, 2008

Dah mula selsema

Insyirah dah mula selsema start ptg semalam. Aduh...cuaknya ibu rasa. Kalo berterusan mcm ni, dlm suasana kat nurseri tu, risau ibu..huhu.. Abah pun dah mula risau. harap2 kalo insyirah makan vitamin ni, kurang skit la... and harap2 antibodi insyirah dah kuat utk melawan virus flu tu.. Dah la semalam susah nk tido, hidung sumbat... kesian anak ibu sorang. Opah n atuk plak dah balik ptg smlm, huhuhu...lg hiba ibu keseorangan di sini. Harap janganlah insyirah tak sihat berpanjangan... Khamis ni kita blk jumpe abah ye sayang... kuat yer sayang... ibu tak nak insyirah sakit2 lg..

semalam pas insyirah tido, ibu bangun tgh mlm mohon pada Yang Maha Esa utk memberi kesihatan yang baik pd sayang ibu ni... agar dijauhi perkara yang tidak diingini...dilindungi dari penyakit..dilindungi dr kejahatan... huhuhuhu... sedihnya... Baru kini ibu rasakan keseorangan dalam membesarkan insyirah...tapi ibu tahu, abah pun tetap sama2 risau keadaan insyirah. Abah pun byk kali call ibu utk tanya khabar insyirah. Abah lagi susah hati sebab insyirah tak de di dpn mata abah. Abah pun tak lena tido mlm td. Abah tetap bersama2 ibu, kuatkan semangat ibu utk menjaga insyirah... kata2 abah ibu sematkan dlm hati... Abah tak nak anaknya masuk hospital lagi. cukup la apa yg sudah kita tempuhi... hati abah tak senang kalo insyirah tak sihat. keje abah tak menjadi memikirkan insyirah... kesian abah jauh dgn kita... huhuhu...

Abah jgn risau ye..ibu akan jg insyirah baik2. ibu dah amikkan vitamin utk insyirah. kalo keadaan insyirah melarat, ibu akan bawak ke klinik. semoga Insyirah sembuh seperti biasa...

November 17, 2008

Insyirah dh masuk nurseri

Yesterday is first day Insyirah @ Nursery Khairina, Kemaman. First enter nursery tu, Insyirah dah peluk ibu kuat sgt...tp bila nmpk ramai rakan sebaya, mula la wat sessi ramah tamah... siap panggil sume budak kat situ "dikkkkkkk" .... ibu pun senang hati tgk dia senang hati mcm tu cuma sesekali dia jeling n bkepit dgn ibu. ibu tunggu gak pengusaha nursery tu dtg tp lmbt sgt. tgh dok tunggu2 tu, insyirah mmg tak nak berenggang langsung dgn ibu, tp dlm masa yg sama nak main dgn rakan sebaya. tgh dia leka main, ibu senyap2 kuar dr nursery tu..alhamdulillah insyirah continue main keta dgn cikgu2 kat situ. sampai ofis ibu call and ask cikgu keadaan insyirah, cikgu kata dia ok je main. tak nangis pun. siap blh puji lg insyirah sebab first day insyirah masuk nursery kat situ, tak nangis apa pun bila ibu dah takde di sisi. tak macam budak2 lain utk first time enter nursery.hehehe... anak ibu mmg baik, pandai, cerdik...mudah mesra.. hehehe...

tapi opah la kesian, huhuhu...masa antar insyirah tu, opah pun ikut sekali.. (mak babah ikut gi kemaman gak). Opah pun nangis sebab dah lama jaga insyirah... huhuhu.. ibu cuma cakap, positive thinking about her... doakan dia baik2 aje. insya Allah semuanya selamat.

ibu pilih nursery ni pun after buat perbandingan dgn nursery lain. ada nursery tu langsung tak nak jemput ibu masuk pun..cikgu pun buat endah tak endah je bila ibu btanya pasal nursery, tak welcome pun ... mentang2 la kite ni org luar kan... so my assume, this nursery is not good for my baby... not good for the first impression. so, ibu survey nursery lain n kebetulan near at my house, alhamdulillah...ok cikgu, tmpt pun bersih, safety ada...so ibu rasa puas hati. cikgu pun nmpk lembut, takde garang2....budak pun semua below 4 years old. Alhamdulillah...after discussed wif teacher, dia setuju amik insyirah start middle of Nov. Ibu pun dah terang skit2 yang insyirah ni ada sakit asma, so tak blh bg sebarang makanan sejuk2.. ais mmg pantang. so cikgu tu very understanding..hopefully she can take a good care for my daughter.... really hope...

November 13, 2008

Tak best rasanya

Hari ni nak balik...tp keadaan dh rasa tak best..huhuhu.... tulun... nak makan limau.. huhuuhu utk ilangkan mual ni... kalo tak susah la balik nt.

Salah ibu sebab smlm tak mkn ns... pagi td breakfast pun ala kadar.. kol 11.30 dh masuk angin, nk tgu kol 1 lmbt no rasanya... bila dah makan...uweeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkk rasa mual plak.... huhuhuhu...

Hari khamis...waktu utk bersama keluarga

Hari ni sudah hari Khamis...best2...balik KL blh jmpe abah..insyirah...rindunya..........!!!! Nak nak dgr sore insyirah dok panggil ma...ma... je tiap kali call...tp hr tu, mcm tdengar dia panggil buuu..tp tah la...kot silap dgr... sebab Insyirah ni mmg susah sgt nk panggil ibu... abah jugak yg lancar sebutannya... jeles ibu tau!! hehehe..takpe la...anak ibu ni kan manja dgn abahnya...

eiii...tak sabar nk peluk cium insyirah...

November 12, 2008

Nasi lemak kerang RM1.20 @ Kemaman

Sejak2 dok kat kemaman nih, belanja makan mmg agak mahal.. huhuhu makan pagi kalo kat KL nasi lemak kosong RM1 blh gak wat kenyang smpi tghr...tak pun smpi kol 3 ke... tapi kalo nasi lemak kat kemaman ni... RM1.20 (seperti gmbr di bwh ni) kol 12 sure lapar dah... biasanya ibu mkn nasi lemak ikan tongkol...tp pagi td nmpk ns lemak kerang...excited nk mkn kerang...rupa2nya...aduh...tgk sndri gmbr ke-2 tuh..

Patah hatiku....bila tgk2 hanya ada 2 ketul je kerang tu...huhuhuhu... knpa la sedemikian rupa....aduh... cekik darah betul walhal dah dok kat tepi laut dah...semua seafood mahal2 kat sini... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh .... rindu KL...!!!!!!!!!!!!!

Mujur la ofismate ibu si Liza tu ada bwk nasi lemak yg mak dia masak...dap la jugak...terus mati selera nk mkn ns lemak yg kekononnya ada kerang tu.....

Beginilah cara hidup di kemaman...serba serbi mahal... Kelmarin beli nasi dgn ayam masak halia... ns putih sj RM1.50....huhuhu... mahalnya nasi kat sini kann..walhal harga beras dh turun.. patut la org kemaman ni kaya2 belaka......

November 9, 2008

Rindu datang lagi

Hari ni ibu dah kembali ke Kemaman Office. Tinggalkan abah di Rawang, Insyirah di Kuala kangsar ... huhuhu... Insya Allah, kalo takde aral, minggu depan Opah n Atuk nk melawat ibu di sini... dan semestinya Insyirah ikut...ye ye...!!!

Mlm sampai di Kl, Insyirah peluk ibu kuat sgt...cium pipi ibu...seolah2 tak nk lepas lagi... tak nk ditinggalkan lagi.. aduhai... sayang ibu.. ibu pun kalo blh tak nak tinggalkan tp ibu terpaksa.. ibu ikhtiarkan utk bawak insyirah ke sini.. Insya Allah.. Semoga Allah permudahkan urusan kita..

Jumaat pagi takde aktiviti lain selain membasuh baju2 abah, baju2 ibu... kesian abah, disebabkan tak de sesapa kat umah selalu balik keje lmbt kol 9, 10... bila dah balik umah, kain baju abah pun tak sempat nk basuh... tp rumah kemas je...bagus abah nih...penat2 pun mesti nk pastikan rumah kemas dan teratur. Cuma bab susunkan barang yg masih dlm kotak tu tak selesai lagi..selagi takde kabinet seperti yg diidamkan ibu, selagi tu barang pun tak berkemas lagi.. tp mana yg patut tu dh disimpan la. Hurmmm...penat sgt... sebelum memasak ibu tidokan insyirah, pastu bertungkus lumus memasak...tak makan pun...terus tido sebab penat sgt. huhuhu... tu pun mujur opah n atuk ada, blh gak tlg2 ibu mana yg patut... mlm takde aktiviti sgt melainkan tgk anugerah skrin with my family... ni lah masa nk bersama famili kan...

sabtu plak takde aktiviti sgt melainkan abah sambung tugas utk kemas bilik ke-2... biar nmpk tersusun and ada ruang skit la... ibu melayan insyirah je la tak larat dh nk masak sebab penat sgt... di samping muntah2 yg kerap plak... opah masak mee kari ibu makan 2 pinggan...dap woooo!!! pas makan terus berehat dan meluangkan masa dgn insyirah dan abah... ye lah, nnt kan dh nk balik kemaman...huhuhu. masa ni syahdu sgt bila opah kata, baik benti keje je... kesian insyirah dan abah... mmg kalo diikutkan ibu nak benti keje, tp wat masa ni ibu tak dpt melaksanakan lagi..atas sebab2 yg kukuh... jadi, abah pun tak keberatan, ibu hanya akan menghitung hari utk mhabiskan sisa kerja di sini... abah pun kesian kat ibu... penat berulang katanya, dah la pregnant... tp takpe abah... ibu kuatkan semangat utk mengharung semua ini...
huhuhu...

1. ragam insyirah skg ni biasalah, bila dh lama tak jumpe ibu...tak nk berjauhan langsung dgn ibu... sampaikan nk pegi toilet pun dia follow...siap ketuk2 pintu toilet tu... nangis2 nk masuk gak... aduh anakku...dah risau ditinggalkan... huhuhu.. pastu kalo bjalan pun asyik nk dgn ibu jer.. atuk ngn opah pun dh tak nak..

2. skg insyirah dh byk minum susu... tp bila tanya nk nenen tak...dia pantas aje menggelengkan kepalanya...huhuuhu... (dlm hati ni rasa menyesal tak sudah sebab mkn petai hari tu sebab start hr tu dia terus tak nak nenen lg...)

3. sgt suka mkn sup skg ni....dlu tak kisah pun asalkan suap je ns... tp skg ni kalo takde sup tak nk makan... amboi....syg ibu jgn la byk susahkan opah ye...kesian opah nk melayan...

4. pantang nmpk org bdiri kat peti ais....mesti cepat2 dtg nk intai barang dlm tu.... pastu nk cari coklat yg sememangnya dijauhkan dr dia.... tunggu la skit masa lg syg baru blh mkn coklat tu yer... syg gigi insyirah tu...

k la syg...byk citer pasal insyirah ni yg membuatkan ibu rindu....huhuhuhu....tgk video hari2 la ibu...arghhhhh windunya ibu...............

November 6, 2008

Jom balik hr ni..yea yea

Hari ni dah hari khamis pun. Bangun pagi tadi, terus pack brg yg nk dibawa blk sebab pas office hour terus bergerak balik ke KL.. Minggu ni ibu tumpang Nora sebab yg lain tak bwk keta. Nk tumpang keta man...segan la pulak...kalo ramai tak per.. kalo berdua tu isk.... abah marah kang.... yg penting konvoi... hehehe... Insyirah pun nk dtg KL hr ni dgn opah n atuk. Bestnya... nk jumpa famili....isk...tak de mood nk keje.

Hari ni plak ada Breakfast Assembly with CEO kat KSB Hall. mujur disediakan makan skali.. kalo tak mmg lapo la...maunya muntah2 angin sebab lambat diisi... hehehe... Pastu balik dr abis assembly terus sakit kepala menerjah...aduhhhh tak bestnya. Dah la nk berjalan jauh, kepala plak sakit.... mau tido je sepanjang jln nnt. Camno nih... keta dah la penuh kali ni... hehehe...

Erm... semalam ibu ada la jumpe "someone" yg blh jaga anak... tp bila ibu fikir2kan, mcm tak sesuai je sebab "someone" tu agak kurang menyenangkan hati ibu... my instinct say no to her... better i follow instinct kan.... kot la nnt jadi papehal yg tak best. ermmmm... mana la nk cari babysitter kat area Kemaman ni.. sudahnya minggu ni tak dpt la nk bwk Insyirah lg.. huhuhu... berkorban lg la....

November 5, 2008

Esok nk balik..yea yea...!!

Tak sabarnya ibu nk blk esok blh jmpe abah, Insyirah, Opah and atuk... Rasa mcm zaman belajor dlu2 plak..tunggu hari minggu baru dpt bersama famili... eeiii...bestnya!!!

Mlm tadi ibu tido kat umah sorg2 jer sebab org lain dok apartment Awana lg. Malas ibu nk blk apartment sebab kena naik tangga 3 tingkat tu...huhu..semput tau... ibu skg ni dh la cepat penat. tp Alhamdulillah mual2 tu dh kurang...cuma pagi2 je la...terasa skit loya tu... kalo lambat isi perut ni dgn makanan, mau muntah angin lg...penat lor... tak suke! hehehe..tp dh normal itu kan...terima je la...

Smlm tepon Insyirah lg..terjerit2 jer dia...eiiii.... Rindu sangatttttttt la kat si kecik tu. opah pun kerap la antar msg inform dia tgh wat apa...main apa..eiii..tak sabar nk balik peluk cium dia esok.

semoga perjalanan kita berjalan dgn lancar tanpa sebarang malapetaka...amin....

November 4, 2008

Amat rindu...

Arghhh... lambatnya masa berlalu.. Hari ni baru hari selasa (4 Nov 2008), 3 hari bekerja di Kemaman ni..tapi rasa mcm dah hari Rabu jer... tak sabo nk blk Khamis ni. Ibu dah cuba cari2 umah utk disewa.. Insya Allah kalo jumpe ibu nak bawak Insyirah kat sini. Bawak Opah n Atuk sekali la utk temankan kita ye sayang.... Aduh... rindu bangat kat Insyirah... huhuhuh... Mlm2 mesti tido awal supaya tak teringat sgt kat cayang ibu ni... tp nk tido tu la yg meleleh air mata ibu ni sebab teringat kat Insyirah... tak dpt nk peluk cayang ibu... huhuhu... semalam call bukan main lagi hepinya dia dok sama ngn opah... jelesnya ibu..

Ya Allah, Engkau kuatkan dan tabahkanlah hati ku menanggung kerinduan terhadap anakku.. Kuatkan hatiku utk menanggung ujian Mu, Ya Allah... Rahmatilah suamiku, kedua ibu bapa ku, dan anakku...walau di mana sj berada....

huhuhu...cedih sgt ni.... nak balikkkkkkkkkkkkkkkkk.....

November 2, 2008

Pengorbanan

Inilah yg ibu perlu lakukan... meninggalkan Insyirah buat sementara di Kuala Kangsar dgn opah. abah juga terpaksa berkorban kerana berjauhan dgn insyirah dan ibu yg hanya bersifat sementara..Insya Allah...ianya hanya sementara... Mudah2an ibu dan abah diberi peluang utk bersama2 mengajar dan membesarkan anak ibu sayang. Insyirah kena sihat dan sentiasa ceria supaya tidak terlalu ingat dan rindu pada ibu ye...Ibu pun sentiasa ingat dan rindu pada Insyirah... ibu harap Insyirah tak demam dan tak sakit2 lg... huhuhuhu...

Sedihnya bila ingat blk wajah Insyirah waktu ibu tinggalkan dgn opah... di waktu Insyirah nk ikut opah masuk kereta sambil pandang ibu dgn wajah yg kosong...huhuhuhu..ibu tau insyirah mesti tanya ibu kenapa tak masuk sekali sedangkan ibu jugak dah bersiap.... Hakikatnya perjalanan kita berbeza... ibu ke pantai timur yg dihantar oleh abah, dan sayang ibu ikut opah pulang ke kampung... sedih dan hiba sgt hati ibu melihat wajah insyirah masa tu.... bila ibu masuk ke dalam keta, rupanya abah dh nangis dlu dari ibu... tak sanggup katanya nk tgk Insyirah lama2 yg mengharapkan kami ikut bersama dia... ahhhhhh...sedihnya ibu hanya Allah yg tahu... sepanjang perjalanan, mmg banjir jer laa... tp bila ibu called insyirah, terdengar suara dan jeritan kegembiraan insyirah bersama cousins insyirah. Alhamdulillah...insyirah ok... ibu sentiasa doakan insyirah baik2 aje.. hepi di samping orang yang menyayangimu....

Sentiasa merindui keletahmu, senyumanmu, keceriaanmu, manjamu, rajukmu...

Pandai godek2 lappy dah skg ni...

Khusyuknya sayang ibu ni ngadap lappynya...
Related Posts with Thumbnails