July 15, 2008

Today is Insyirah's birthday

Posted by Picasa

Happy birthday my dear for the first time we celebrate together. until now, ibu still remember every sweet memories when u are in my womb and when u kicked my tummy to get out hehehe..cakitttt tapi excited...very excited to see u. and most wonderful time when i can hear your voice and see your eyes...arghhhh Alhamdulillah....May Allah bless you all the time dunia and akhirat... semoga Insyirah menjadi muslimah yg baik yg sentiasa menurut kata ibu dan abah.. I'll always pray for you sayang....
Tonite, ibu celebrate skit birthday Insyirah dgn abah n maybe mama's family also come. simple but i'm very excited to celebrate for the first time as a mother. sebagai kata2 utk anak ibu sorang ni, ibu dedicated this poem special for you...(from my heart)

Insyirah,
Tatkala benih yg sedia tercantum di dalam rahim ibu,
ibu tak pernah putus mendoakan yg terbaik
saban hari ibu usap perut
setiap kali ibu terasa pergerakan mu
ada juga keluar ayat2 dari mulut ibu
seakan bercakap2 dgn anakku di dalam perut ini
biarlah...ibu tahu, anakku di dalam ini mendengar apa yg ibu sampaikan

Insyirah,
sememangnya ibu tak sabar menanti kehadiran mu
di saat sakit ketika melahirkan mu
ibu redha dgn kesakitan itu
teringat ibu dgn kata2 abah
"terima apa juga keadaan...kerana ianya anak kita..."
ibu sememangnya redha dan berdoa agar anakku selamat dilahirkan

Insyirah,
tatkala abah mendakapmu buat pertama kali
ketika hendak mengqamatkan di telinga mu
abah terpaku seakan tak percaya
yg di tangannya itu seorang bayi comel
yg halus kulitnya
yg putih dan suci bersih mukanya
dan ayat yg abah cakapkan pada opah
" comel sgt insyirah....mcm muka ma..(merujuk kepada ibu.."
hehe..comel ke ibu ni...?
tak kisah la, asalkan anak ibu sihat sempurna

insyirah,
masih terngiang lagi suara mu
semasa berada di hospital buat pertama kalinya
kerana kesesakan nafas
huhu...maafkan ibu kerana ibu terlambat utk bawak ke klinik
semasa insyirah tidak sihat
ibu sentiasa doakan agar
insyirah sentiasa dilindungi Allah
dikurniakan kesihatan yg baik
dijauhi malapetaka
mungkin ini ujian buat ibu dan abah
dalam menjalankan amanah yang Allah berikan
iaitu menjaga mu dgn penuh kasih sayang

maafkan ibu sayangku
sekiranya ibu tidak pandai memasak bubur yg sedap
seandainya ibu tidak pandai melayan kerenah mu
seandainya ibu ada tertinggi suara
di kala ragam mu semakin menccabar kesabaran ibu
huhuhu...ibu cuba lakukan yg terbaik
hanya utk mu sayang

insyirah,
seandainya insyirah dah mulai membaca blog ini suatu hari nanti
ketahui lah
sesungguhnya hanya ada seorang shj
Nur Iffah Insyirah di dlm hati ibu dan abah
sesungguhnya ibu dan abah teramat sayang dan cintakan mu
sesungguhnya ibu dan abah sanggup dan bersedia
lakukan apa shj
demi anakku...segala yang terbaik ibu dambakan

insyirah...
ibu sayang pada insyirah
ibu ingin peluk dan belai insyirah setiap masa
maafkan ibu kerana terpaksa bekerja
utk dptkan yg terbaik utk insyirah
ibu ingin menjaga insyirah sendiri
dgn tangan ibu sendiri
tp masa tidak mengizinkan buat masa ini
ibu perlu tolong abah utk carikan yg terbaik utk insyirah
bukan hanya utk ibu dan abah
tetapi segalanya utk anakku...............

sayangku nur iffah insyirah
engkau lah kegembiraan ibu dan abah
semoga engkau menjadi seorang insan yg mempunyai hati yg suci murni
yg dpt menyinari hidup bukan shj ibu dan abah
tetapi kepada orang lain yang menyayangi mu

Salam sayang dari ibu dan abah buat Insyirah di hari lahirnya yg pertama 15 July 2008 4:37 pm

1 comment:

Related Posts with Thumbnails