Sangat lama tak update dlm blog ni. Semakin sibuk dengan kerja-kerja sebagai isteri, ibu, cikgu dan muslimah.. Inshaa Allah, bermula hari ini, saya akan aktifkan semula penulisan blog ini tapi mungkin lebih kepada pembacaan pengetahuan bersama..
Dalam meniti kehidupan sekarang, anak-anak semakin membesar, kak yong dah pun berusia 5 tahun dan inshaa Allah thn depan nak masuk tadika. Nayli pulak dah 3 tahun lebih.. Inshaa Allah juga akan memasuki tabika.. alhamdulillah ya Allah kerana mengurniakan anak-anak yg sihat, comel dan aktif ini. semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak-anak yang solehah.
Sebagai seorang ibu, dah pasti saya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Sedari kecil, sebolehnya saya menerapkan ajaran Islam dan inshaa Allah saya akan teruskan sehingga mereka sudah mengenal baik buruk kehidupan. Sebagai ibu, saya sentiasa doakan kebaikan untuk anak-anak saya, ye..doa ibu memberi keberkatan dalam kehidupan anak-anak. Saya seakan takut melihat zaman pembesaran anak-anak di masa akan datang kerana pada masa sekarang ini pun, pelbagai ragam anak-anak remaja yang bermasalah, yang kekurangan ajaran terhadap org yang lebih tua.. melawan cakap ibu bapa, guru dan bergaduh hanya kerana teman lelaki/perempuan.... Astaghfirullah... semoga anak-anak yang sedang membesar ini diberikan hidayah dan membawa perubahan positif dalam hidup mereka..
Saya terbaca satu artikel dalam majalah Harmoni keluaran bln Disember kalau tak silap..untuk menyuburkan kebaikan anak-anak adalah dengan selalu menyatakan kebaikan yg telah dilakukan oleh anak kita. walaupun si anak pernah melakukan kesilapan dan sebagai ibu bapa kita menegur dan menasihati anak atas apa yg telah dilakukan, jangan kita lupa untuk menyatakan sesuatu yang memberi kesenangan pada jiwa anak-anak kita. Sebagai contoh, dengan selalu memberi pujian atau ganjaran atas kebaikan yang telah dilakukan oleh si anak..
Inshaa Allah, kita suburkan jiwa anak-anak dengan kebaikan agar mereka menjadi insan yang baik dan anak yang soleh dan solehah.