May 28, 2008

Rasa bersalah pd Insyirah

Huhuhu...hari ni ibu terpaksa berpisah sementara dgn Insyirah sebab opah amik insyirah utk duduk dgnnya kat rumah baru kakak. Memang la berat hati tp kalo dh disebabkan anak bbsitter kena chicken pox, ibu terpaksa jugaklah kan... yang geramnya, si bbsitter tu tak plak bgtau anak dia kena chicken pox semalam. pagi td tgk muka anaknya penuh bintik2 merah baru dia bgtau. kalo bgtau semalam, sure ibu tak antar hari ni. pastu dh on da way ke ofis, call mak, cakap anak bbsitter kena chicken pox then mak kata; "kalo camtu, biarla ma jaga wat sementara. lgppun dekat umah kakak pun. budak2 tgh cuti sekolah..seronok dpt main dgn insyirah nnt. "
"oklah mak, din pun kata takpe.. mlm nnt kitorg dtg la bwk kain baju insyirah".

Kesian plak kat mak ngn babah..kena jaga insyirah, tp mak marah betul guna word "jaga" sebab mak bukan "jaga" yg nk "jaga" anak. "ini cucu mak...bukan setakat jaga, mak sayang n nak bela sangt insyirah ni.. " dari dalam pantang mmg tangan mak yg jaga sehingga insyirah 4 bln baru antar bbsitter (mama nor). sapa yg tak sayang cucu...paling risau kalo dpt bbsitter yg tak ikhlas nk jaga cucunya mcm skg ni....bbsitter (ibu ****) yg amik sambil lewa je jaga anak ibu nih. huhuhu....risau sgt.

skg ni mmg nk kena cr nursery lain utk insyirah. rasa tak harap je kat ibu **** utk jaga insyirah.
rupanya abah pun rasa mcm tu. Abah lagi la, berprasangka buruk dgn keluarga tu.. kot la anak ibu *** makan bubur nasi yg ibu buat utk insyirah, pakai pampers insyirah ke, minum susu insyirah...hehe..lagi pikir melalut abah ni. tapi bila abah bgtau mcm tu, ibu pun rasa wonder jugak, pampers hr tu letak 4, abis...letak 5 pun abih...walhal, kalo ikut daily, pagi, ibu mandikan insyirah (after she throw "everything") then tukar pampers blk patut kol 10/11 pg. mandi plak.. then eat @ 12 pm, sleep then kalo tak buang lg, tukar blk pamper kol 1/2 pm. then main...sleep n tukar last pampers ptg kol 5/6pm. biasa mmg macam gini je rutin pampers insyirah melainkan kalo dia uk uk byk kali...kalo bg 5 abih..bg 3 lg la abis..bukan pampers cokia pun nk tukar setiap sejam...

kalo sblm ni dgn mama nor, pampers yg tak guna hr tu, dia akan bg semula. mcm ibu *** tak penah pun bg pampers yg balance tu semula..isk..tak sedap ati ku..................
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tp takpe la bab pampers tu blh dicari. yg tak bestnya bab dia burukkan ibu kat salah seorang jiran kat sini, yg lepas tu diceritakn semula ibu melalui mama nor. mama nor ni mmg dh kamceng dgn ibu, dia dgn rasa tanggungjawab akan tegur ibu kalo betul ibu ada buat salah.. ibu pun blh terima teguran dia sebab dh anggap mcm sedara sndr jer. tak payah citer la hal apa kan...tp itu dh rasa dia mcm tak best. lgpun dia mmg nk jaga insyirah sebab nk tmbh income dia..bukan mcm mama nor yg betui2 ikhlas nk jaga...huhu..blh rasakan perbezaan 2 org insan ini..apa pun semoga mama nor cepat sembuh dr penyakitnya. dan kalo ibu ada 2nd baby, mmg ibu nk mama nor yg tlg jagakan...mmg superbbbbbb la..

isk...dh byk melalut plak hari ni. hari ni hari risau insyirah sebab takut insyirah jangkit plak dgn anak ibu *** tu. tp alhamdulillah, mak dan pun amik insyirah td masa ibu call pukul 10 lebih td. biarlah insyirah dok dgn opah dan atuknya. lg senang hati ibu...

huhuhu...mlm ni tdo tak peluk insyirah la....kena peluk abah la pulak...hahahhaha....ops...telebih sudahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

May 26, 2008

My favourite song

This song is special dedicated to my beloved person, Abang and Insyirah.. Luv forever....

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujimu


Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu


*Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..


Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

May 15, 2008

Tips Mendidik Anak

Tips Mendidik Anak

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

banyak kena catat dlm minda dan ingatan ku...

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Akan kupraktikkan bila anak dah besar, insya Allah

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

Sumber daripada cari menantu

May 14, 2008

Entry May 1

1. Isu Pindah
Sekarang ni situasi ibu tah tak tau nk kabor mcm mane. Pasal pndah ke Terengganu tu, kena hold dlu. N now, our planning to move into our own house still 50-50. Ye lah, buatnya ibu tak jadi pindah..tak ke jauh ibu nak pegi keje dari Bukit beruntung ke Ampang nih. Tp td ada dgr dlm radio Era, highway dr Jalan duta ke UK akan siap bulan Jun nnt. So, kalo ibu pindah nnt, blh thru Plus highway then amik je Uk plak le. Isk...ibu pun tak reti sgt jln KL ni. huhuhu...dulu2 tak mo sgt dok kat KL, but now I have to...!!!! huhuhuu

Semalam, dok cr area sentul. ok jugak rumah kat situ. dah ada yg tersangkut hati tp huhuuhu bersebelahan dgn tanah perkuburan plak. Takut la pulak kot kena blk mlm2 lalu kat situ. seram gak. Tengok la, sabtu ni g cr lain la..tp kat situ ok cuma byk kwsn kilang la.. sure penuh dgn buses nnt.

2. Insyirah 10 bln
Hurm...dalam tak sedar, Insyirah dh 10 bln. Ingatkan dh blh berjalan, rupanya takut2 lagi dia nk angkat kaki melangkah. Cuma skg ni dh tumbuh 3 btg gigi atas dan 2 btg gigi bawah. Her new habit, kalo tak dpt apa yg dia nk, dia akan menggigit. Or when sometimes ibu or abah called her, dgn pantasnya dia menggelengkan kepala....erk...knpe tuh yer!!?????
Nk buat apapun mesti dimulakan dgn menggelengkan kepala. alahai anakku.. nak suap mkn pun gelengkan kepala juge. pulak tu dh blh nk sebut NANAK kalo betui dia tak nak....NANANANANNAKKKK..... itu je dia dok ulang2. hehe

3. Kisah hari ibu
Hari ibu yg lepas (Sunday, 11 may) tak celebrate mane pun sebab gi Nilai antor Kak We gi masuk kolej kejururawatan. Akhirnya termakmub jugak impian dia. Hopefully she will be a good nurse and take a good care for every patient in hospital without perasaan geram + tak suka + bla bla mcm kat spital selayang tu... i hated most!!

May 9, 2008

Insyirah @ waterfall Sungai Yu


Masa tu on da way back from Besut, abah lalu kat Gua Musang, the one place that i hate most because nothing interesting there... But suddenly, ternampak lak sign board to Hutan Rekreasi Sungai Yu. So, apa lagi..abah pun nak berenti utk cuci mata jap. Rupanya ada waterfall kat situ. Dgn tgh kepanasan sebab time tu betul baru kol 1 lebih.. Insyirah pun tak selesa sebab tak salin pampers lagi. Nak upload gmbr Insyirah mandi air terjun. best sangat tgk dia mandi..very excited!! Ibu n abah pun rasa nk turun mandi, tapi apakan daya, time is gold...kang ujan le apa le...sampai umah lewat sgt plak.
Wajah keterujaan anak dara ibu...hehehe...suke betui dia dpt main air. kalo blh nk rendam lelama dlm tu. kesian kan dia je sebab selsema time tu.Ala gerammmmnya dia . main2 splash air kat ibu plak..nnt la, lain kali ibu splash Insyirah blktry to take sands hehehe...geram sgt tu.
Tak tau sejuk ke budak kecik ni??

May 5, 2008

Lamanya tak update

Dah lama tak update blog nih. Almaklum la...sejak2 si Insyirah dah mula belajar menapak ni, mmg mata, kaki, tangan ibu dekat dgn dia je bila blk keje tu. pantang letak je..mula cari sesuatu utk berpaut. Hurm.. skag ni Insyirah dah nk masuk 10 bln.

Sebenarnya dia mula berdiri sejak umur 7, 8 bln lg...tp time tu tak berani lak dia nk lepas2 tgn. tp skg ni dh mula lepas tgn. 2,3 minggu lepas bpe kali kepala terhantuk sebab kedudukan kaki tak stabil tp dgn belagaknya, dia melepaskan tgnnya kekonon nk hooraaayy...hehehe..ala bucuk ibu ni.. sabar2 la kalo nk berjalan pun.

Hr tu ibu demam...confuse jap...lain macam jer demam ni. Dengan perut rasa memulas...rasa mual plak tu. dgn muntah2nya.. alahai...nak dapat adik dah ke? hehehe...udah la selang seminggu demamnya...tp tak menjadi lagi... Belum rezeki Insyirah nk dpt adik lg. mungkin kah thn dpn...hehehe. Insyirah plak start demam Rabu hari tu (30/4/08). Alahai..siannya anak ibu demam lagi. tp tak serius mcm dlu, takde batuk or lelah...just flu skit jer.

Baru2 ni balik Besut, ajak abah g La Hot Spring. rupanya Na pun janji nak jumpe kat sane, sebab dia dh duduk kat Besut la ni. Dpt la jmpe Na n girls nya tu...Naima dh besar muka sebijik muka Mad Di..tp Syifa putih skit..n bulat skit..banyak ikut na tp tah la...baru 4 bln kan. Si Insyirah plak demam lg time tu, so tak nak la bg dekat sgt dgn baby tu. kalo ikut dia mau diterkamnya....dh pandai sayang baby...hehehe...takkan nak adik dah kot Insyirah..nnt tak leh nk manja2 dah...
sebut pasal manja..memang dia tersangat la manja sekarang nih. Pantang tinggal sekejap, uwaaaa dia tu lain mcm jer.. ala2 ngada2 gitu...mulut je nganga uwaaaa tp air mata tak dak pun.
pastu satu hal lagi, kalo abah balik keje tak amik dia terus, hemm...uwaaaaa....even ibu ada dpn idung dia...nak jugak ibu ngn abah dpn mata..

Skg ni demam Insyirah dah ok, rupanya dia nk kena demam campak. isk..isk..patut la muka bintit merah..ingatkan nyamuk, risau kot denggi. hehe...mujur la campak jer. tp campak ni tak mcm campak sgt. mcm nak tak nak je kuarnya...patutlah Insyirah asyik nk tidur jer hari tu...penat, sakit badan agaknya.

ooo terlupa nak story, masa kat la hot spring, bawak dia g mandi. amboi..ingatkan takut air...rupanya suka sgt. siap mandi 2 kali lg. masa on the way back from besut, we all singgah kat kwsn rekreasi air terjun lata yu. best gak situ. hehehe.. nnt ada masa leh upload gmbr baby mandi manda kat situ...syok sgt tgk dia suka main air. mcm ibu n abahnya yg suka mandi sungai.. hahahhahahaha

Insyirah @ Masjid Terapung

Masa balik Besut baru ni singgah sebentar di Masjid Terapung Kuala Terengganu. Ingat nak mandikan Insyirah tp badan still panas lagi. so ibu n abah g solat je la. Bergilir2 tunggu Insyirah yg tengah sedap tido. Tak blh nk wat photo session kat luar sebab tgh panas terik. Insyirah tak sihat lak tu. so ala kadar je la...Ini pun sj nak snap gelagat dia yg tak suka pakai topi. n pandai lak wat muka skg ni ..
Elok2 pakai topi (tutup aurat dlm masjid le konon) dh dibukak plak. Dah besar ni mmg susah dah nk pakai topi. Tp kalo ckp nk g jln, ok plak..ikut mood dia la..
Suka la dpt rasa sejuk kat kepalanya tu.. masa ni tgh dok mencari abahnya...dh g solat. Nak ikut.. hehehe...
Amboi...luasnya mulut. Nganga apa tu Insyirah oooii..kot ye pun cver2 la skit mulut luas sgt tu
Ala...tak rotate lak gmbr ni...huhuhu...

Tolong ibu lipat kain

Tolong ibu lipat kain le kononnya tuh..
Cium dulu kain sebelum lipat..mcm yg ibu selalu buat..hehehe
Hari ke 2 melipat dan memunggah kain
memang seorang yang rajinnnn
Tengok je la kain yg dah bsepah tu
Related Posts with Thumbnails