January 25, 2008

Insyirah mengah lagi..

Semalam Insyirah mengah lagi.. mulanya dah suspect mlm kelmarinnya (22 jan 08) sebab dh start batuk tp slow lg..tp pg tu (23 jan 08) dah berkahak. then pagi (24 jan 08) dh kena bwk klinik utk sedut nebulizer. Doc bg mc utk jaga baby.

Kesian betul Insyirah ni..asyik tak sihat je. Sensitif pada persekitaran yg tak sihat, tak bersih... Insyirah ibu tinggalkan kat umah mama kejap. ibu balik umah utk mop lantai, kemas rumah, sapu sawang...sumenya ibu buat. Demi Insyirah cayang... muahhh

Petang tu pegi buatkan Insyirah tabung haji. Dah start saving utk baby. Sebenarnya ibu pun baru nk bukak akaun tabung haji gak..huhu..patutnya awal2 dlu dh buat. tp dok leka sampai semalam baru buatkan..

Hari ni ingat nk bukak akaun SSPN plak. Takaful Insyirah ibu dah buat, maklong tolong buatkan. ok la saving skit2 kan...

January 16, 2008

Celebrate my birthday kat Wad 8A

8 Januari 2008 merupakan sejarah dalam hidup ku kerana menyambut hari jadi yg pertama kali sebagai seorang ibu di sisi anak di dlm wad HS.

Sedih la jugak..tp bila abah dtg bawak kek..hehe..bestnya...



Tenkiu abah sebab nk jugak selebrate birthday ibu walaupun anak sakit. Hadiah...?? cukuplah diberikan kesihatan yang baik supaya dapat ibu jaga abah dan baby di rumah.. tak mo dah dok kat spital ni...

ade lerrrrr.....hehehe

January 15, 2008

Hujung 2007 dan Awal 2008




29 Disember 2007 – 2 Jan 2008




Insyirah masuk Hospital Selayang (HS) atas sebab batuk berkahak yang keterlaluan. Pagi sampai di sana, Insyirah kena sedut gas 2x. Patut la nampak Insyirah mengah je pagi tu..bunyi wheezing agak kuat dan luar biasa...Kena buat xray nak tgk paru sama ada dijangiti virus atau tak. Aduh, sedihnya...Insyirah yang baru 5 bln stgh dah nak kena x-ray. Selepas di x-ray doctor confirmkan yang paru2 Insyirah dijangkiti kuman atau nama saintifiknya Broncholitis. Banyak dah kahak dlm paru2 dia…kesiannya..Admit pagi tu jugak. Dah la nak bagi dia nebulizer tu pun payah..tak penah dia tgk pun menda tuh. Mujurlah ada mak. Dia yang support utk bg kat Insyirah. Nangis jugak ibu tgk insyirah meaung tak nak nebulizer..huhu. Abahnya kebetulan plak kena keje sabtu tu. Huhu…pengalaman pertama ibu anak sakit mcm tu, panik la jugak.
Sebelum tu, sebenarnya mak nk blk kg mlm tu. Tp kereta stranded plak kat KL sebab clucth ke ape tah la…so kena g amik mak, opah, babah n ucu kt KL. Dah la lama kat sana, Insyirah dah start batuk..kahak yg bnyk sgt. Tp dia kecik lg..tak pandai nk buang.
Esok paginya tu yang tgk dia mengah sgt. Nak bernafas pun payah.

So, Insyirah pun selamat admit ke wad 8B katil no 3. best gak view kat sini sebab betul2 sebelah tingkap..so tak la boring ibu tunggu. Mcm kat hotel aje.hehehe.. Maka bermulalah percutian kami di sana…Hehehe.

Insyirah pun mulakan langkah utk merayau dalam katil berpalangnya..keciknya…cian dia tak leh nk pusing. Sakit2 pun aktiviti meniarap diteruskan jugak. Siap nk merangkak lagi.. tak lama pastu, doc dtg cek Insyirah, n mcm2 la yg diorg tnya kat ibu..mcm polis nnak investigate kes plak.. Huhuhu…so doc decide utk bagi nebulizer setiap 3 jam dan antibiotik (antibiotik thru injection)
Arghhh…tak tahan dengar Insyirah menangis sebab kena cucuk kat kaki utk injection dan amik darah. Huhuhuhuhu…. Kesian Insyirah, kakinya tak blh nk gerak banyak sebab ada jarum kat situ… tapi dia ni jenis tak blh dok diam, tambah plak baru nk kukuhkan langkah utk merangkak…dia gagahkan jugak. Kita yang tgk ni seriau…ngeri sebab ada jarum tu..


Aduh…nampak gayanya mcm kena stay lama lg kat sini sebab Insyirah betul2 teruk. Kahaknya tak blh terus disedut sebab ia dah penuhi paru2 si kecik tu. Doc dtg lagi, dia kata suspect athma or paru2 berair… Buat aje nebulizer utk mencairkan kahaknya. So ia akan keluar melalui najis or muntah. Mujurlah abahnya ada temankan sampai malam… tak de la rasa risau sgt apa2 jadi pada baby….


Erm….pengalaman sambut tahun baru bersama baby dalam wad buat kali pertama. Abah pun ada kat wad. Itu pun ibu suruh abah g keje sebab ibu blh jaga sorang. Lgpun waktu siang ni takpe… malam abah dtg bwk mknn sekali..hehe…mknn kat hospital tak best tp bubur nasi baby best sgt….sedapppp…baby tak mo makan, ibu yg makan.

Begitu la cerita Insyirah masuk wad sampai la hari ke 5 yakni pada 2 Januari 2008. Doc kata blh blk tp pagi tu, wheezing dia kuat plak..so tgk petang plak… Tunggu doktor pakar plak. Akhirnya doc kata tak yah blk tp ibu kata nk balik gak…bwk la baby blk…

Tapi nak dijadikan cerita lagi, esoknya Insyirah kena masuk wad semula sebab wheezing dia mmg kuat and dia pun mengah2 bila bangun tido…huhu.. maka sambunglah percutian kami bermula 3 Januari 2008 hingga 10 Januari 2008. dah penat ibu tunggu mintak opah plak temankan sebab ibu kena pegi keje jugak. Maafkan ibu ye sebab tinggalkan Insyirah dgn opah, tp ibu tetap temankan Insyirah mlm kannn… abah pun ada. Hehe…

Akhirnya 10 Januari 2008 ( khamis) baby dah blh kuar…yahoooo…
Eh…alhamdulillah…. Akan ku jaga anakku dgn baik supaya tak mo masuk hospital lagi…

January 14, 2008

Doa seorang sahabat



Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang meyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..

Related Posts with Thumbnails