November 4, 2010

Semangat guru

Seronok tgk cikgu-cikgu SMKTBR yang bersemangat waja membuat bengkel menjawab SPM untuk calon2 SPM yang akan mereka hadapi lebih kurang 2 minggu lagi. Tapi sangat sedih pulak bila tgk pelajar2 terutama yang berada di kelas hujung2 sangat tidak bersemangat untuk menyertai bengkel menjawab SPM tersebut. Aduhai pelajar-pelajar ku, kenapalah tak nak sedar2 diri lagi. Cikgu2 kat sini bukan main risau dgn result percubaan SPM baru2 ni, tapi pelajar2 langsung tak risau. Ada tu mcm tak kisah pun nak SPM. Tanya soalan pun blh ckp, tak penah pun cikgu xx ajar ni.... mcm mana tak penah kalo dah dtg sekolah pun seminggu 2,3 hari je. Sempat jugak la saya bertanya pada salah seorang calon SPM, adakah awak dah bersedia ke utk SPM...? Tau apa jawapannya... "Ala cikgu, kami mmg dah tak minat dah nak belajar... nak sambung lepas SPM lagi la tak berminat...sekarang ni kan dah byk pertandingan...pertandingan menyanyi ada, pertandingan berlakon ada..pertandingan berlawak pun dah ada... apa susah.... kalo rasa tak nak study, blh la kami join pertandingan ni.. nt kami jadi artis, cikgu2 jugak yang berbangga... "

Ye....itulah jawapan panjang lebar yang diberikan. Berbangga ke?? Ntah la..pada saya takde istilah bangga kalo dia tak menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza. Kalau dlu time relief, saya ada la serapkan juga apa yang nak dibuat selepas SPM.. tp utk pelajar2 'special' ni... tak dapek den nak buat apa dah... sendiri mau ingat... bukan semua org yg masuk pertandingan tu blh menang, kalau ada yg menang, bukan semuanya berjaya seperti Datuk Siti Nurhaliza.. Sekali lagi saya kata Datuk Siti sebab dia memang seorang yang berjaya..dan disegani... yang baik itu kita jadikan teladan.... mmg kita tak tau nasib seseorang tu mcm mana. Tapi kalo dah perangai pelajar yg tak dgr ckp cikgu, tak minat nk dtg ke sekolah, dtg pun bukan utk belajar, nak main2 je..mcm mana org mcm ni nak berjaya??

Saya dlu pun ada gak main2 sebelum nak SPM..tp bila dah semakin hampir, baru sedor diri yg byk lg yg tak habis study... mujurlah cepat sedar diri..kalo tak ntah jd apa la saya ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails