November 19, 2010

Musim orang kawin

Kelepak kelepak kelepung kelepung...bunyi kompang dah nak mula bermula minggu depan. almaklumlah cuti sekolah dah mula. Jemputan kenduri di sana sini. Nak pegi sana, nak pegi sini.....yang penting jagalah pemanduan dgn baik.. walaupun ada yg kata, org dah bwk berhemah, tp kena gak dgn org lain yg tak berhemah.. itu semua ketentuan tuhan. lg pun kdg2 kita kena fikir jugak, mesti ada di antara kita yg terlepas cakap ke, yg membuatkan kita terkena musibah. ia kan satu pengajaran utk kita. seandainya masih hidup, hendaklah kita bersyukur kerana diberi peluang utk menebus kesalahan yg kita tak sedari telah lakukan. apa apa pun kita kena tgk jugak ke belakang, apa yg telah kita lakukan, apa yg telah kita katakan tanpa disedari ianya mgkin menyinggung perasaan org lain.

erm.. bermula esok ada org kawin. sepupu saya (laki) kawin dgn org melaka. insya Allah, saya dan keluarga akan bertolak ke Melaka esok pagi bersama keluarga kakak saya. mak dan babah dan bertolak hari ini.
minggu dpn pulak di Rawang, belah laki la. pastu minggu dpnnya plak bekas rakan sekerja, juga lelaki... ermm... pastu lg kawan suami plak...adoi... ramai la kan..

semoga ikatan perkahwinan yg indah ini akan sentiasa berkekalan dan indah sentiasa sepertimana indahnya suasana perkahwinan itu. Jadilah pasangan suami isteri yg saling mendengar antara satu sama lain kerana itulah yg akan menguatkan hubungan suami isteri. yelah, kalau suami bercakap isteri tidur... mesti dia boring, cari lain plak..hahhahaa...

No comments:

Related Posts with Thumbnails