December 22, 2011

kakyong dah besar kan....

ayat kakyong hari ni...j

ibu...kakyong dah besarkan... nanti nak sekolah mcm upin ipin kan... kakyong nak minum susu dlm cwn la... mcm upin ipin tadi....

hurmm.....penangan upin ipin berjaya memisahkan kakyong dgn botol susu...

pasni nak suruh bangun awal utk pegi sekolah mcm upin ipin tu...agak2 menjadi tak.. ibu harap blh la bertahan lama skit azam kakyong ye...

lagi satu...sekarang kakyong dah pandai mintak game psp....adoyaiiii....


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 21, 2011

posing sana sini







yeah....kami bercuti dari melaka ke seremban dan ke bagan lalang sehingga la ke nilai....

sekian...

Published with Blogger-droid v2.0.1

minum susu dah...

hehehe...sejak balik bercuti baru2 ni terasa lenguh kaki pinggang dan bahu...dgn kata lain kat belakang ni dh mula sakit2... itu baru berjalan kat pantai...belum mendaki lagi...

balik rumah en suami la yg tolong urutkan. abis urut isteri kita pulak kena urut dia..tapi lepas urut dia saya pulak lenguh lagi..adoiyaiii...

tapi tak baik la kan kalau merungut pulak...tetiba ada pulak iklan susu  anlene. en suami suruh minum susu tu...erkk...saya hanya minum susu masa preknen dan menyusukan anak je..tah kenapa tak leh nak telan...

tapi tadi pegi tesco en suami meletakkan pekat susu anlene tu dlm troli...dia suruh minum katanya sebelum tulang rapuh sebelum usianya.

uihhh takut jugak bila dia cakap nnt nak naik tangga sekolah tiga tingkat terketar2, tu mungkin belum sampi 60 thn lagi...hehehe.

jadi mlm ni saya telah mulakan minum susu....


syirah siap ckp ibu pun minum susu jugak....? tak nak guna botol susu ke....?

erkk....


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 5, 2011

aktiviti masa cuti-cuti







kalau dah cuti mesti dikaitkan dgn aktiviti tidur makan jalan2 dan balik kampung. ye...cuti sekolah adalah peluang anak bangun lewat drpd biasa.  tp kakyong tetap bangun awal..

adik pulak kalau tak dikejutkan mmg bangkit tengahari la jawabnya.

pas bab tidur...bab makan.. kalau kat rumah biasanya mkn pagi tu agak lewat maka saya masakkan mknn berat seperti nasi, mi, pasta dan sebagainya. jadi tengahari tak yah makan dah...tapi anak2 biasalah... pas mkn yg berat pun diaorang blh mintak nak biskut la, roti la, pizza segera la..ermmm..layankan jelah. ptg baru masak nasi mkn awal...tp tu semua kat rumah sendiri la..kalau kat kampung, pas mkn pagi, ada mkn tengahari pastu ada minum petang pastu ada mkn mlm...wahhhh...camno nak diet tu....

abis bab mkn, bab g jalan2 pulak tak ke mana lg selain balik kampung g kebun mkn durian, g rumah sedara mkn rambutan dan g taman permainan kanak2..

nak pegi cuti2 blom berkesempatan sbb bajet sudah lari...kesian abahnya plan nak bawak anak2 jln bercuti tp cuti dipendekkan..duit plak lari bajet sbb bayar itu ini..huhuhu....keje siang malam tapi bila dpt gaji kena bayar hutang....ate kalau tak berhutang takde rumah sendiri..takde kereta sendiri...astro insurans utiliti bil..adoiyaiiii.....

Published with Blogger-droid v2.0.1
Related Posts with Thumbnails