August 24, 2011

langsir oh langsir kulangsir oh langsir ku

first time menjahit langsir membuatkan saya rasa berkobar2 nak pasang..hehehe.. Gambar tak leh upload lg. Kata langsir raya, tunggu raya la baru letak...hehehe..
Jahit simple2 je pun.idak le beropol ke berfesyen ngalahkan bilik pengantin pulak..
Kak yong pun eksited jugak nak nolong pasangkan..

August 23, 2011

rasa nak balik sangat2

rasa tak sabar nak balik kuale. Lama dah tak balik rasa udara di sana, tido di rumah mak..huhu.. Isk..ngalahkan budak2 plak. Kak yong lagi la asyik tanya bila nak balik kampung kuale..huhu..diorg pun tau rindu..huhu.. Dah dah..sedih pulak ni..emosi terganggu pulak

August 22, 2011

kisah nak raya

semalam pegi jalan-jalan cari baju raya. Kebetulan pulak, abah baru dpt bonus..eh kebetulan pulak..walhal mmg sengaja..hehe. Pegi shopping kat plaza alam sentral, memula ingt nak g pkns, tp pikir kot org ramai kat sana, kansel g pkns..straight ke pas..hehe..

Hajat nak cari baju kurung anak2 dan baju melayu abah kaler hijau..tapi kak yong nampak baju kebaya kaler 'blue' dia terus jatuh cinta..meronta2 nak yg tu. Harga blh tahan la juge..tp saiz takde.. Udah lg kuat dia nangis nak jugak baju kebaya.. Jenuh juge le nak pujuk, last2 ajak g naik eskalator, mujur lah dia nak.

Naik tingkat atas dpt le 2 pasang baju kurung moden. Cantik sgt tgk budak2 kecik pakai..hehe. Terpaksa pilih kaler purple sbb saiz kak yong takde kaler blue.. Lepas cari baju anak, misi mencari baju ibu dan abah...jenuh meround, akhirnya baju melayu abah dah jumpe..anak2 tau je la, time abahnya mencari, ibunya le yg jaga.. Aduh..melasak 2 org ni, mujur kat tingkat atas tak ramai org, nak berguling ke apa ke, lantak korang la. Misi mencari baju ibu ditunda selepas berbuka yg hanya makan selepas 45 min beratur di kfc.. Masa nilah sgt mencabar sbb adik bikan reti nak duduk diam, nak2 duduk sj tak smpi2 lg ayam upin ipinnya..huhu. Sabar jelah..ramai juga dgr budak2 nangis..so idak le malu sgt. Lepas mkn baru cari bju ibu. Tp penat ngejor budak2 ni nyorok celah2 baju bergantungan. Last2 abahnya ajak gi tgk boboi boy kat kedai video..pandai tokeh tu pasang kartun time tu, ramai budak2 nengoknya.. Ibu pun mencari le..tp idak juga berjumpa..huhu..

Balik dah kul 10, terus tak sempat nak simpan brg. Esoknya bangun, kakyong dgn semangat waja terus nak pakai baju raya g sekolah.. Itu je nak ceritakn..

August 20, 2011

berbuka beramai-ramai di rumah

hari ini kakak sekeluarga dan wan n elly datang berbuka puasa di rumah. Mulanya nak masak mi rebus tp kot nnt diorang cari nasik jugak. Almaklumlah, perut org melayu ni nasik je la nak bagi puas. Jadi, masak sambal tumis udang dan petai, ikan keli goreng bersambal, dan menu special hari ini adalah ayam tergolek-golek yah kata...hehe.. First time masak ayam golek ni. Janji blh makan. Anak2 pun blh makan.. Esok kita bebuka puasa di luar buat pertama kalinya thn ini..hehe

August 19, 2011

Iftar di sekolah

Hari ini akan diadakan majlis bacaan yasin serta iftar bersama-sama guru, pelajar dan ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5. selepas berbuka, solat Maghrib, solat sunat hajat, Isyak dan Tarawikh beramai-ramai. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dr ALLAH

test setelah sekian lama sepi

test guna melalui hp. Hehe
Related Posts with Thumbnails